Jaami Muhammad Qureshi (lahir 2 Februari 2004) Lahir di London kepada seorang ibu Malaysia dan bapa Iraq, Qureshi mula memulakan kariernya dengan Brentford sebelum pindah ke Chelsea dan Fulham. Beliau menyertai Brighton pada tahun 2016 dan pernah berlatih bersama England pada peringkat bawah-15 tahun.[1]

Jaami Qureshi
Maklumat peribadi
Nama penuh Jaami Muhammad Qureshi
Tarikh lahir (2004-02-02) 2 Februari 2004 (umur 20)
Tempat lahir London, United Kingdom
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Free Agent
Nombor 7
Kerjaya remaja
Tahun Pasukan
2012-2013 Brentford F.C.
2013-2015 Chelsea F.C.
2015-2016 Fulham F.C.
2016-2022 Brighton & Hove Albion F.C.
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14:27, 20 December 2021 (UTC)

Lahir di London kepada seorang ibu Malaysia dan bapa Iraq, Qureshi mula memulakan kariernya dengan Brentford sebelum pindah ke Chelsea dan Fulham. Beliau menyertai Brighton pada tahun 2016 dan pernah berlatih bersama England pada peringkat bawah-15 tahun.[1]

Awal kehidupan sunting

Qureshi dilahirkan di London kepada seorang ibu Malaysia dan bapa Iraq. Ibunya merupakan seorang berbangsa Melayu yang berasal dari Manjoi, Ipoh, Perak. Bapanya pula mempunyai campuran darah Arab dan Wales.[2] Beliau adalah anak yang terakhir daripada 4 orang abang dan seorang kakak. Minatnya terhadap bola sepak bermula apabila berusia 4 tahun, hasil bermain bola dengan abang-abangnya.[1]

Kerjaya bersama kelab sunting

Brentford sunting

Qureshi mula memulakan kariernya dengan Brentford pada usia 6 tahun.[3] Beliau menghabiskan 2 tahun dengan pasukan itu sebelum mereka menutup akademi mereka disebabkan persaingan sengit untuk mendapatkan bakat dan kos yang tinggi.[1]

Chelsea dan Fulham sunting

Selepas meninggalkan Brentford, Qureshi menghabiskan masa bersama akademi Chelsea selama 3 tahun dan kemudiannya Fulham.[3] Beliau memutuskan untuk menyertai Brighton pada tahun 2016.

Brighton & Hove Albion sunting

Qureshi menyertai Brighton pada tahun 2016 dan menandatangani kontrak dua tahun, ketika beliau berumur 12 tahun. Pada umur 14 tahun, beliau kemudian ditawarkan kontrak empat tahun, dengan jangkaan bahawa beliau akan dinaikkan ke pasukan utama apabila beliau berumur 17 tahun.[1][3] Pada Mei 2021, Qureshi merupakan salah seorang daripada beberapa pemain muda Brighton yang ditawarkan kontrak profesional baru oleh pasukan itu.

Qureshi menjalani sesi pemilihan bersama QPR and Cardiff City,[4][5] beberapa bulan sebelum beliau dilepaskan oleh Brighton pada Jun 2022.[6]

Karier kebangsaan sunting

Qureshi pernah berlatih bersama skuad England bawah-15 pada tahun 2018.<ref>"England Under 15 Discussions Thread #1". BigSoccer Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-18.</rettf>

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "From idolising Lionel Messi to dreaming of Arsenal - Who is English-Malaysian youngster Jaami Qureshi? | Goal.com". www.goal.com. Dicapai pada 2022-06-17.
  2. ^ "FAM jumpa Jaami Ogos ini".
  3. ^ a b c "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2022-06-19.
  4. ^ Bennett, Dan (2022-03-29). "Trialists Dju and Qureshi feature for QPR Under-23s". West London Sport (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-19.
  5. ^ "Cardiff City taking look at Brighton and Hove Albion youngster Jaami Qureshi". The72 (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-26. Dicapai pada 2022-06-19.
  6. ^ "Albion confirm released and retained list for out of contract players". www.brightonandhovealbion.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-19.