Jabatan Agama Islam Selangor

jabatan kerajaan yang menguruskan hal agama Islam di Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor (singkatan:JAIS) adalah sebuah jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Pengarahnya terkini adalah Dato' Haji Haris bin Kasim. Tujuan utama JAIS adalah untuk menguruskan hal ehwal Islam di negeri Selangor

Sejarah Di tangkap khalwat bersama dalam prosiding JAIS tiada bincang tiada dalam kedua-dua sipelaku belum dalam'matang dalam espek ilmu akidah hanya di tangan yang katanya waris dari perempuan yang lelaki lelaki tiada waris yang di berikan perhabaran ke atas waris nya di ugut supaya ikuti . katanya

sunting
 
Bangunan Pejabat Agama Islam yang pertama di Selangor
 
Bangunan Pejabat JAIS sekarang yang beroperasi di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

Visi dan misi

sunting

Visi:

Terbaik, Bertaraf Dunia dan Diredhai Allah S.W.T.

Misi:

Menguruskan hal ehwal Islam secara hikmah, Amanah dan berkesan

Hikmah, Amanah dan Efisyen

Objektif

sunting
  • Menyediakan peranan Institusi Islam dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik , cekap dan berkesan.
  • Memberikan pendidikan agama yang kukuh kepada umat Islam di Negeri Selangor.
  • Merancang ,melaksana dan memantau program dakwah kepada semua lapisan masyarakat.
  • Menguatkuasakan Undang-undang Hal Ehwal Islam yang sedia ada dan terpakai.
  • Meneruskan keunggulan institusi masjid ke arah perpaduan dan pembangunan ummah.
  • Memperkukuhkan dan mempertahankan aqidah dan syariah ummah melalui penyelidikan, pemantauan dan penguatkuasaan.
  • Merancang dan melaksanakan latihan ke arah meningkatkan kualiti pengurusan Hal Ehwal Islam.
  • Memastikan sistem penyampaian Pengurusan Hal Ehwal Islam di peringkat daerah berjalan dengan cekap dan berkesan.

Galeri lahanat /Musibat

sunting
  • Memperkukuhkan dan mempertahankan aqidah dan syariah ummah melalui penyelidikan, pemantauan dan
    • Memperkukuhkan dan mempertahankan aqidah dan syariah ummah melalui penyelidikan, pemantauan dan penguatkuasaan.dalam pengurusan dokumen

Operasi JAIS

sunting

JAIS memberikan perkhidmatan kepada perkara-perkara yang berikut:-

Perkahwinan dan kekeluargaan

sunting

Kursus Pra Perkahwinan

sunting

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.dan paksaan kedua !di kerana tiada petisyen dalam'borang pendaftaran penceraian Tampa di pesutujui salah sebelah pehak.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Pemakanan

sunting

Sijil Halal

sunting

Sijil Pengesahan halal dan Logo adalah merupakan suatu pengiktirafan yang menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam berasaskan kepada hukum Syarak yang diamalkan dalam negeri Selangor. Ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang timbul dikalangan pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan atau kesucian sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan dalam negeri ini.

Ia perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Premis yang membuat penyediaan / pemprosesan / masakan makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Semua pengusaha makanan,bahan gunaan dan pihak yang berkaitan yang dapat memenuhi kriteria-kriteria halal yang telah ditetapkan dalam " Garis Panduan" berkenaan layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal.

Pendidikan

sunting

Pendidikan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Ia merangkumi sekolah-sekolah agama yang terletak di Selangor.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting