Jabatan Audit Negara Malaysia

Jabatan Audit Negara (Tulisan Jawi: جابتن اءوديت نڬارا) adalah jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia kewangan di dalam Malaysia.

Jabatan Audit Negara
جابتن اءوديت نڬارا
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1906; 118 tahun yang lalu (1906)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 1 - 9, Blok F2 & F3, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya.
Kakitangan2,040 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 156,233,800 (2020)
Eksekutif Kerajaan
Agensi induk
Parlimen Malaysia
Dokumen penting
Laman sesawang
www.audit.gov.my

Pengenalan sunting

Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.

Struktur Jabatan Audit Negara sunting

Jabatan Audit Negara diketuai oleh seorang Ketua Audit Negara yang dilantik berdasarkan Akta Audit 1957. Ketua Audit Negara pada kebiasaannya dilantik dikalangan pegawai tinggi Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik) yang telah bersara. Beliau dibantu oleh 2 orang Timbalan Ketua Audit Negara iaitu pegawai tertinggi Skim Perkhidmatan Juruaudit. Melalui penstrukturan organisasi pada 2007, Jabatan Audit Negara dibahagikan kepada 5 sektor iaitu Sektor Pengurusan, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Sektor Audit Kerajaan Negeri dan Sektor Audit Khas dan Penyelidikan.

  1. Sektor Audit Kerajaan Persekutuan - Menjalankan pengauditan di Kementerian dan Jabatan Persekutuan. Jabatan Audit Negara telah menempatkan cawangan bagi setiap Kementerian Mengakaun Sendiri (kecuali Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran diletakkan dalam satu cawangan iaitu Cawangan Audit Pendidikan) bagi memudahkan urusan pengauditan.
  2. Sektor Audit Kerajaan Negeri - Menjalankan pengauditan di setiap negeri. Jabatan Audit Negara juga menempatkan pejabat cawangan di setiap negeri bagi memudahkan pengauditan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, terdapat beberapa cawangan kecil di daerah.

Tugas dan Tanggungjawab sunting

Pada asasnya setiap Sektor Audit kecuali Sektor Audit Khas dan Penyelidikan akan menjalankan 3 Pengauditan Utama setiap tahun iaitu:

  1. Pengauditan Penyata Kewangan
  2. Pengauditan Pengurusan Kewangan; dan
  3. Pengauditan Prestasi

Pautan luar sunting