Jabatan Bomba Bandar Raya New York

Jabatan Bomba Bandar Raya New York ([New York City Fire Department atau Fire Department City of New York] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), FDNY) dipertanggungjawabkan melindungi orang awam dan harta benda di kelima-lima daerah perbandaran Bandar Raya New York daripada kebakaran dan ancaman kebakaran, menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan, penyelamatan teknikal serta menjadi pegerak balas pertama kepada ancaman bahan biologi, kimia dan radioaktif. Jabatan ini beribu pejabat di 9 MetroTech Center, Downtown Brooklyn,[3] sementara pusat latihannya (The FDNY Fire Academy) di Randall's Island.[4]

Fire Department of New York

Fail:New York City Fire Department Emblem.svg

Fail:FDNYflag.png
Cogan kata: "New York's Bravest"
EMS Motto: "New York's Best" [1]
Ditubuhkan 31 Julai 1865 (asal-usul sejauh 1648)
Kakitangan Kerjaya
Bil. ahli 15,870 (pada 12/31/10) [2]
  • Bomba Beruniform: 10,849
  • EMS Beruniform: 3,399
  • Awam: 1,622
Batalion 52
Balai 251 (termasuk stesen EMS)
Kereta 198
Skuad 7
KPB 5
Helikopter 0. Helikopter NYPD digunakan jika perlu
Bot 3
Unit PPK 234 (Pagi dan Petang)
146 (Lewat Malam)
Tahap PPK CFR-ALS

FDNY, iaitu jabatan bomba perbandaran yang terbesar di Amerika Syarikat, dan kedua terbesar di dunia mengekori Jabatan Bomba Tokyo, mempunyai kira-kira 11,080 orang pegawai beruniform dan ahli bomba, dan lebih 3,300 EMT dan paramedik beruniform. Ia berdepan dengan cabaran yang amat pelbagai. Selain bergerak balas kepada kecemasan di rumah keluarga mahupun bangunan tinggi, juga terdapat banyak jambatan, terowong, taman besar dan kawasan berkayu yang mudah terbakar, dan juga salah satu sistem tren bawah tanah yang terbesar di dunia. Cabaran ini menambah lagi tahap kerumitan kerja bomba serta mendapatkan gelaran New York’s Bravest (Yang Paling Berani di New York) kepada para ahli bomba FDNY.

Rujukan sunting

  1. ^ New York'S Bravest
  2. ^ http://www.nyc.gov/html/fdny/pdf/vital_stats_2010_cy.pdf
  3. ^ "9 Metrotech Center - FDNY Headquaters Diarkibkan 2012-01-18 di Wayback Machine". Fresh Meadow Mechanical Corp. Retrieved on November 5, 2009.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-14. Dicapai pada 2011-07-28.

Pautan luar sunting

Templat:Bandar Raya New York