Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كستم دراج مليسيا; singkatan: JKDM) ialah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. JKDM berfungsi sebagai pemungut cukai tidak langsung utama negara, memberi fasilitasi kepada perdagangan dan menguatkuasa undang-undang. Pengurusan tertinggi JKDM diterajui oleh Ketua Pengarah Kastam (Turus III) dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan (Jusa A), Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri (Jusa A) dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan (Jusa B). Jabatan Kastam Diraja Malaysia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Bahagian Pematuhan, Bahagian Perkastaman, dan Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Logo Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Logo Jabatan Kastam Diraja Malaysia
SingkatanJKDM / KDRM / RMCD
Gambaran keseluruhan agensi
Ditubuhkan1931
Agensi terdahulu
  • Persatuan Kastam
  • Jabatan Kastam dan Eksais Negeri Selat
  • Jabatan Kastam dan Eksais Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
  • Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
Struktur bidang kuasa
Agensi negara
(Bidang kuasa operasi)
Malaysia
Bidang kuasa operasiMalaysia
Bidang kuasa undang-undangNegara
Badan pentadbirKerajaan Malaysia
Struktur operasi
Ibu pejabatPutrajaya, Malaysia
Pegawai bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Dato' Anis Rizana binti Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam
Agensi indukKementerian Kewangan Malaysia
Laman web
Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Fungsi

sunting
  • Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan, levi perlepasan, hasil bukan cukai, hasil negeri/wang amanah dan cukai perlancongan.
  • Memberi fasilitasi perdagangan dalam bentuk insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian telah disediakan JKDM.
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditadbir oleh JKDM.

Bidang kuasa

sunting

Jabatan Kastam Diraja Malaysia , telah diperuntukkan kuasa untuk menguatkuasakan Akta, Perintah dan Peraturan seperti di bawah. Senarai rujukan undang-undang adalah seperti berikut:

Akta

  • Akta Kastam 1967 (Akta 235)
  • Akta Eksais 1976 (Akta 176)
  • Akta Zon Bebas 1990 (Akta 438)
  • Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806)
  • Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807)
  • Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592)
  • Akta Cukai Perlancongan 2017 (Akta 791)
  • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
  • Akta Racun 1952 (Akta 360)
  • Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
  • Akta Senjata 1960 (Akta 206)
  • Akta Penjara 1995 (Akta 537)
  • Kaedah-Kaedah Lokap 1953
  • Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)
  • Akta Membaharui Undang Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 (Akta 165)
  • Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)
  • Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708)
  • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 688)
  • Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
  • Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
  • Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 (akta 504)
  • Akta Pelindung 2006 (Akta 657)
  • Akta Passport 1966 (Akta 150)
  • Akta Imigresen 1959/63
  • Akta Pendaftaran Penjenayah Dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969
  • Akta Keterangan 1950
  • Akta Perlindungan Saksi 2009
  • Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
  • Akta Mahkamah Kehakiman 1964
  • Perlembagaan Persekutuan

Perintah

  • Perintah Duti Kastam
  • Perintah Duti Kastam (Pengecualian)
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)
  • Perintah Kastam (Larangan Pemindahan)
  • Perintah Kastam (Nilai-Nilai) (Minyak Kelapa Sawit)
  • ​Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit)
  • Perintah Duti Kastam(Barang-Barang Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun)
  • Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Barharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata)
  • Perintah Duti Kastam (Barang Barang di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Kompr​ehensif AntaraNegeri-Negeri Anggota ASEAN dengan Jepun)
  • Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN)
  • ​Perintah Duti Kastam (Barang-Barang di bawah Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas antara ASEAN - Australia - New Zealand)
  • ​Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Di Bawah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara ASEAN Dan China)
  • ​Perintah Duti Kastam (Barang-Barang di Bawah Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Kerajaan Negara-Negara Anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara dan Republik Korea)(Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN)
  • Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Di Bawah Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN – Hong Kong, China)
  • ​​Perintah Duti Kastam (Barang-Barang DI Bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau)
  • ​Perintah Duti Kastam (Barang-barang Di Bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik)
  • Perintah Duti Kastam (Langkawi)
  • Perintah Duti Kastam (Pangkor)
  • Perintah Duti Kastam (Labuan)
  • Perintah Duti Kastam (Tioman)
  • ​Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)
  • Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Dipercepat)
  • ​​Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan Sementara)
  • ​Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)(Pelanj​utan)
  • Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran)
  • Perintah Kastam (Nilai-Nilai Kenderaan Motor Pasang Siap Yang Diimport)(Baru)
  • Perintah Duti Eksais
  • ​Perintah Duti Eksais (Minuman Bergula)(Bayaran)
  • ​Perintah Eksais (Pengecualian Daripada Perlesenan)
  • Perintah Duti Eksais (Pengecualian)
  • Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor)(Bayaran)
  • ​Perintah Duti Eksais (Penyediaan Pra Campuran)(Bayaran)
  • Perintah Duti Eksais (Langkawi)
  • Perintah Duti Eksais (Pangkor)
  • Perintah Duti Eksais (Labuan)
  • Perintah Duti Eksais (Tioman)
  • Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2018
  • Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018
  • Perintah Cukai Jualan (Jumlah Nilai Jualan Barang Bercukai) 2018
  • Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2018
  • Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018
  • Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai Perkhidmatan Digital) 2019

Peraturan

  • ​​​​Peraturan-Peraturan Kastam 1977​
  • Peraturan-Peraturan Kastam 2019​ ​
  • Peraturan-Peraturan Kastam (Ketetapan Kastam) 2007​​​​​
  • ​​Peraturan-Peraturan Kastam(Pengkompaunan Kesalahan) 2020
  • ​Peraturan- Peraturan Kastam (Fi Lesen Import Kenderaan Bermotor) 2009​
  • Peraturan-Peraturan Eksais 1977 ​
  • Peraturan-Peraturan Eksais (Ketetapan Kastam) 2007​
  • ​​Peraturan-Peraturan Eksais (Pengkompaunan Kesalahan) 2020
  • Peraturan-Peraturan Eksais (Membotol dan Memindah Liquor yang Memabukkan) 1977
  • ​Peraturan-Peraturan Eksais (Penentuan Nilai Barang-Barang yang Dikilangkan Secara Tempatan bagi Maksud Melevi Duti Eksais) 2019​​​​

Sejarah Awal Perkastaman

sunting

Sebelum Tanah Melayu dijajah oleh Barat, sistem pentadbiran cukai telah sekian lama wujud, iaitu semenjak Kegemilangan Pemerintahan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau. Dalam era Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan-pelabuhan pesisir laut dan perundangan, adalah saling berkaitan dengan struktur cukai yang melibatkan pedagang-pedagang asing dan tempatan. Sepanjang tempoh tersebut, pungutan cukai dan hal-hal yang berkaitan dengan percukaian di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari (Chief of the Exchequer) . Pegawai percukaian dikenali sebagai Syahbandar. Merekalah yang merupakan golongan yang menguatkuasakan Peraturan-peraturan dan Undang-undang Pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.

" ... the Chief of the Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officers and looked after the palace building and equipment (...Penghulu Bendahari. (Dia) Mengawal semua sumber perbendaharaan dan semua Syahbandar serta bangunan Istana dan peralatannya)".

(R.J. Wilkinson "The Malacca Sultanate". JMBRAS VOL. XIII-Pt.2, 1935, p.31)

Pentadbiran Cukai di Negeri-Negeri Selat 1826

sunting

Dengan penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 pentadbiran cukai ditadbir oleh seorang Gabenor dan sebuah Majlis Jeneral di Calcutta yang mana ia dikawal oleh Board of Control Syarikat Hindia Timur. Walaupun Negeri-negeri Selat telah ditubuhkan, namun beberapa struktur dan amalan percukaian yang telah digunakan oleh pembesar Melayu sebelum ini masih dikekalkan, umpamanya sistem Tax Farming iaitu satu bentuk percukaian dengan memajakkan kuasa memungut cukai kepada pemajak yang paling tinggi dengan dikenakan lesen kepada pemajak dan diikuti dengan beberapa syarat. Cara ini dapat melicinkan proses pemungutan cukai eksais. Bagi tujuan penyeludupan pula terutama penyeludupan candu, pada tahun 1961, polis telah digunakan bagi tujuan tersebut.

Walaupun belum wujud lagi Jabatan Kastam dan Eksais, namun segala aktiviti kastam adalah dikendalikan oleh satu badan yang dipanggil Government Monopolies, iaitu satu badan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mengimport, memproses dan menjual barangan tertentu seperti candu, tembakau, arak, rokok dan mancis.

Pada masa ini Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Labuan dan Daerah Dinding di Perak telah menjadi Kawasan Utama Kastam. Daerah Dinding kemudiannya telah dikeluarkan daripada kawasan Kastam Negeri Selat dengan menyerahkan semula kepada Sultan Melaka pada 6hb. Jun 1934. Pada masa ini barang yang dikenakan Cukai Eksais ialah samsu, todi dan candu buatan tempatan. Manakala Cukai Kastam pula dikenakan ke atas pengimportan candu dari Negeri China, tembakau, rokok, arak dan mercun.

Government Monopolies, badan yang mengawal perjalanan kastam dan eksais ini berjalan sehingga tahun 1937, apabila pada tahun itu Jabatan Kastam dan Eksais Negeri Selat ditubuhkan dengan rasmi dengan gelaran H.M Customs and Excise. Pada masa ini juga Cawangan Pungutan Hasil dan Cawangan Pencegah telah ditubuhkan. Stesen yang dipanggil Coast Post telah didirikan bagi menempatkan pegawai Revenue Officier memungut cukai dan mengawal aktiviti perdagangan. Pada masa ini Jabatan Kastam juga berkongsi kuasa dengan “Harbour Master, Post Master dan Immigresen”. Pada tahun 1938 aktiviti penggeledahan kapal telah dijalankan untuk menghapuskan aktiviti penyeludupan.

H.M. Customs and Excise kekal sehingga ke zaman Malayan Union sehinggalah pada tahun 1948 apabila Jabatan Kastam dan Eksais terbentuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Singapura dan Labuan.

Sistem Percukaian di Negeri-Negeri Melayu

sunting

Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu dan sebelum Sistem Residen diperkenalkan telah wujud system pentadbiran cukai di negeri-negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dimana ianya ditadbir oleh pembesar-pembesar Melayu. Pada masa ini Negeri-negeri Melayu telah dibahagikan kepada beberapa jajahan daerah yang mempunyai seorang pembesar yang berkuasa untuk mengenakan cukai ke atas rakyat. Antara cukai yang dikenakan adalah seperti contoh berikut:

a.    Getah                               - $1 sepikul

b.    Kulit Haiwan                   -$12.5 sepikul

c.    Bijih Timah                      -$4 sebahara

d.    Beras                                -$16 sepikul

e.    Tembakau                       -$2 sepikul

f.     Candu                              -$4 sepikul

g.    Minyak                             -10% setiap jenis


Dengan pengenalan Sistem Residen pada tahun 1870 hingga 1880an, maka pentadbiran British telah mengambil alih tugas memungut cukai daripada pembesar-pembesar tempatan. Sebelum pembentukan Majlis Negeri di negeri-negeri yang ditadbir melalui Sistem Residen, pemungutan hasil cukai adalah bergantung kepada budi bicara tiap-tiap Residen yang bertindak sebagai penasihat kepada Sultan. Majlis Negerilah yang kemudiannya menentukan segala perkara yang berhubung dengan Cukai Kastam di negeri-negeri berkenaan. Antara fungsi majlis tersebut adalah:

“…Connection with the Government of the country influential natives and other with whom the Government may consult, regarding proposals for taxation, appoiments concessions, the institution or abolition of laws and other matters…”

Antara cukai yang telah diperkenalkan ialah:

a.    Sistem pemajakan tanah lombong dengan bayaran Cukai Eksport sebanyak $15.00 sebahara dan 1/10 bagi logam lain.

b.    Farming Revenue – cukai 2.5%

c.    Cukai ke atas candu import

Penyatuan Jabatan Kastam di Negeri Melayu Bersekutu

sunting

Pentadbiran aktiviti percukaian di Negeri Melayu dengan lebih teratur telah membawa kepada penubuhan Jabatan Kastam di Negeri Melayu bertempat di muara-muara sungai dan sempadan antara negeri dan ditugaskan khusus untuk memungut cukai ke atas barang keluaran pertanian, perlombongan, minuman keras, candu dan gambir. Sistem pentadbiran Jabatan Kastam pada masa itu adalah bersaingan antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Urusan pentadbiran jabatan dan pemungutan cukai dijalankan oleh kerani-kerani kepada pejabat daerah dan kerani daripada pejabat Perbendaharaan Negeri. Oleh itu, Jabatan Kastam tidak sepenuhnya mengendalikan pentadbiran dalam urusan pemungutan Cukai Kastam dan Eksais. Sebagai contoh di Teluk Anson, Taiping dan Kuala Lumpur, cukai-cukai dipungut oleh Bendahari Kerajaan sementara di pelabuhan, muara-muara sungai serta sempadan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, cukai dipungut oleh Kerani-kerani Kastam yang bertanggungjawab kepada Pegawai-pegawai Daerah berkenaan. Di Negeri Selangor Cukai Import ke atas candu dipungut oleh Pegawai Pelindung Hal Ehwal Orang-orang Cina.

Pada masa ini belum wujud lagi kesatuan kastam antara Negeri-negeri Melayu yang membawa masalah kepada tarif barangan dan kadar cukai yang berbeza-beza di antara negeri-negeri. Akibat daripada itu timbul keperluan bagi membentuk sebuah persekutuan antara Negeri-negeri Melayu dan telah dipersetujui pada dasarnya oleh Setiausaha Luar British dan Gabenor Negeri-negeri Selat.

Dengan terbentuknya persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka timbul usaha-usaha bagi menyatukan hal ehwal kastam antara negeri-negeri. Natijah daripada itu lahirlah satu undang-undang yang dinamakan Enakmen Hasil Barang Bilangan ll pada tahun 1904, yang bertujuan mengawal segala hasil Cukai Import ke atas minuman keras. Di bawah undang-undang ini pemborong diberi kuasa khas mengimport dengan bayaran sewa yang telah ditetapkan.

Pada tahun 1907 satu jawatan telah diwujudkan dengan nama Inspector of Trade and Customs pada 1hb Januari 1907. Pada tahun yang sama juga satu undang-undang yang dinamakan “The Customs Regulation Enactment” telah diadakan dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 1907 setelah diluluskan keempat-empat Majlis Undangan Negeri. Kemudian pada tahun 1908 nama Inspector of Trade and Customs telah diganti dengan nama Commissioner of Trade and Customs.

Dengan wujudnya enakmen 1907, maka jadual-jadual Cukai Import dan Eksport telah diseragamkan di seluruh Negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun penyatuan sepenuhnya hanya wujud pada tahun 1920 dengan pembentukan satu enakmen kastam yang seragam bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan penyatuan ini juga stesen-stesen kastam di sempadan telah dimansuhkan dan cukai tidak dikenakan jika barang tersebut dibawa daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berada dalam kesatuan kastam. Untuk memungut Cukai Eksport ke atas barang-barang yang dibawa keluar dengan kereta api maka stesen pemungut cukai telah ditubuhkan di tanah jajahan Singapura dan Prai pada tahun 1918 dan 1919, di Melaka pada tahun 1922. Stesen ini juga ditugaskan untuk memungut cukai ke atas barang yang diimport.

Pembentukan Kesatuan Kastam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyelaraskan segala peraturan kastam di antara negeri-negeri tersebut. Ia juga telah menyatakan semua pejabat kastam di bawah Pesuruhanjaya Perdagangan dan Jabatan Kastam bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Commissioner of Trade and Customs telah diubah namanya kepada Comptroller of Customs pada tahun 1938.

Pembentukan Kesatuan Kastam Persekutuan Tanah Melayu 1948

sunting

Dalam Persidangan Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau dikenali sebagai Durber pada tahun 1931 di Sri Menanti, Negeri Sembilan, cadangan untuk memperluaskan kesatuan telah dikemukakan oleh Sir Cecil Clementi. Cadangan beliau ini adalah berasaskan kepada semakin bertambahnya cukai import dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 1932, taraf kastam meliputi sejumlah besar barangan dan terpaksa diwujudkan prefential duty bagi barangan yang datang daripada empayar British. Akibat daripada pergantungan yang amat sangat terhadap duti import sebagai hasil negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi pada tahun 1932 berpendapat

“Like the rest of the British Empire

Become increasingly dependent on Customs

import duties as their score that he strongly

recommended the creation of a customs

union embracing the whole of the Malay

peninsula

if trade is not to be intolerably cramped

and the interdependence of one

territory upon another i matter of commerce”,

(C.R.Emerson Malaysia a study in Direct and

Indirect Role Out 1979.P.190).

Atas alasan supaya perdagangan tidak tergugat akibat daripada bertambahnya tarif di Negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan beliau mengesyorkan supaya Kesatuan Kastam dibentuk bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Kesatuan Kastam bagi Semenanjung Tanah Melayu hanya berjaya dibentuk pada tahun 1946 iaitu dengan terbentuknya Malayan Union pada bulan April 1946, dan jabatan ini diberi nama “Customs and Excise of Malayan Union”. Walau bagaimanapun dengan pembubaran Malayan Union pada tahun 1948 maka Jabatan ini terpaksa disusun semula. Jabatan Kastam pada masa ini bukan sahaja terdiri daripada Jabatan Kastam yang diletakkan di bawah Negeri Melayu Bersekutu tetapi termasuk juga Jabatan Kastam yang di bawah Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat.

Jabatan Kastam dan Eksais Persekutuan Tanah Melayu 1948

sunting

Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Ordinan Kastam 1952, jabatan ini diletakkan dibawah penguasaan Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dan diketuai oleh seorang Pengawal Kastam sepertimana yang terdapat sejak tahun 1938. Ia berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Dengan kuasa yang ada pada Seksyen 138 Ordinan Kastam 1952, beliau yang berada dalam Majlis Persekutuan bertanggungjawab mengeluarkan segala peraturan-peraturan yang berhubung dengan hal ehwal kastam. Kawasan Utama Kastam pada masa itu adalah seluruh Semenanjung Tanah Melayu terkecuali Pulau Pinang, untuk mengekalkan tarafnya sebagai sebuah Pelabuhan Bebas.

Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948, maka timbullah keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan dan jabatan bagi memenuhi keperluan Negara yang akan menuju ke arah kemerdekaan. Dengan itu, pada tahun 1956 sebuah pusat latihan telah ditubuhkan di Bukit Baru Melaka yang pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 orang pelatih pada satu masa.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957 sekali lagi Jabatan Kastam dan Eksais dari segi struktur pentadbirannya disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka. Pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pegawal Kastam dan Eksais yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan.

Jabatan ini dari segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah berdasarkan kepada pusat perdagangan yang utama. Bagi Wilayah Utara pengkalannya adalah Pulau Pinang, meliputi Kedah, Perlis dan Perak. Bagi Wilayah Tengah pula, pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya meliputi Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Akhir sekali ialah Wilayah Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Stesen Kastam di Singapura. Tipa-tiap wilayah diketuai oleh seorang Senior Assistant Comptroller of Customs.

Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963, maka sekali lagi struktur pentadbiran Kastam dan Eksais disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan. Pada tahun 1964, ketua bagi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi Negeri Tanah Melayu dengan pindaan kepada Undang-undang Kastam 1964 diterbitkan di bawah L.N. 306 bertarikh 1hb Oktober 1964, telah diberi nama sebagai Regional Comptroller of Customs and Excise. Pada tahun 1964 juga semua pegawai yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang Pegawai Inggeris menamatkan tempoh perkhimatan masing-masing.

Walaupun wujud penyatuan dengan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia namun Sabah dan Sarawak masih bergerak dibawah Ordinan-ordinan Kastam dan Perintah Duti yang berasingan. Ini memberi kesan kepada perjalanan barangan secara bebas di antara sebuah wilayah ke wilayah yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut. Ekoran daripada masalah ini, maka pengawal bagi ketiga-tiga wilayah telah berjumpa pada pertengahan tahun 1967 dan hasil daripada perjumpaan tersebut telah melahirkan sebuah Akta Kastam No.62, tahun 1967 yang memberikan seluruh Malaysia satu undang-undang kastam yang tunggal. Akibat daripada itu Jawatan kuasa Cukai Tidak Langsung di Perbendaharaan telah giat menyediakan sebuah tarif bersam untuk ketiga-tiga wilayah. Pada 29hb Oktober 1963, jabatan Kastam dan Eksais dianugerahkan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ia merupakan detik sejarah baru dalam sejarah perkembangan Jabatan Kastam dan Eksais seterusnya.

Pada tahun 1972, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah terlibat dalam penyusunan semula pentadbiran berikutan dengan laporan seorang pakar daripada International Monetary Fund. Akibat daripada itu pada 1hb Ogos 1972, Ketua Pengarah Kastam Malaysia mewujudkan seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan seorang Penolong Ketua Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pelaksanaan, ditambah pula seorang lagi Timbalan Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pengurusan. Mulai dari tarikh tersebut juga jawatan Pengarah Kastam Wilayah Malaysia Barat telah dihapuskan dan digantikan dengan tiga Pengarah Kastam Kawasan sebagai ketua bagi tiap-tiap satu kawasan, iaitu utara, tengah dan selatan yang sebelum itu diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam.

Pada dekad 70-an dan 80-an, negara menuju ke era perindustrian akibatnya peranan Jabatan Kastam dan Eksais semakin luar. Cukai baru telah diperkenalkan seperti Cukai Jualan yang dikenakan ke atas barang yang dikilang di tempatan dan memungut cukai-cukai perkhidmatan yang diberi oleh hotel-hotel, rumah tumpangan serta pusat hiburan dan kesihatan. Untuk mengelakkan industri dan pelaburan cawangan industri telah ditubuhkan unit-unit sokongan seperti Unit Narkotik, Unit Komputer dan lain-lain unit telah diwujudkan bagi menghadapi perkembangan industri di Malaysia.

Bil. Tahun Sejarah Penubuhan
1. 1907 Inspektor Perdagangan dan Kastam
2. 1908 Pesuruhjaya Perdagangan dan Kastam
3. 1937 Jabatan Kastam dan Eksais Negeri-Negeri Selat
4. 1946 Kesatuan Kastam Semenanjung Tanah Melayu
5. 1948 Jabatan Kastam dan Eksais Persekutuan
6. 1963 Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
7. 1998 Kastam Diraja Malaysia
8. 2008 - Kini Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Gelaran “Diraja”

sunting

Upacara pengurniaan penuh istiadat ini telah disempurnakan pada 29 Oktober 1963 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-3, Tuanku Syed Putra Jamalullail, melalui penyerahan Gencana Diraja kepada Ketua Pengarah Kastam yang pertama, Tuan Abdul Rahman Bin Ariffin.[perlu rujukan]

Senarai Ketua Pengarah Kastam

sunting
Bil. Nama Tempoh Skim Jawatan Tempoh Kekosongan Jawatan Ketua Pengarah
1. En Abdul Rahman bin Ariffin 10.2.1964 - 13.9.1965 - -
2. Tan Sri Wan Hamzah bin Wan Muhamad 14.9.1965 - 30.4.1972 - 1 Hari
3. Tan Sri Hj. Daiman bin Jamaluddin 1.5.1972 - 18.11.1976 - 1 Hari
4. Dato' Hj. Mohd Khalid bin Sahol 19.11.1976 - 16.10.1978 - 1 Hari
5. Tan Sri Datuk Abdul Rahim bin Dato' Tak 30.8.1978 - 15.3.1985 - -
6. Dato' Hj. Mohd Nor bin Abdul Hamid 16.3.1985 - 16.4.1997 - 1 Hari
7. Datuk Hj. Ahmad Padzli bin Mohyiddin 17.4.1997 - 30.7.2000 - 1 Hari
8. Tan Sri Abdul Halil bin Abd Mutalib 1.8.2000 - 4.10.2005 Pegawai Tadbir Diplomatik 1 Hari
9. Dato' Sri Hj. Abd Rahman bin Abd Hamid 5.10.2005 - 2.10.2008 Penguasa Kastam 1 Hari
10. Dato' Sri Hj. Ibrahim bin Hj. Jaapar 3.10.2008 - 2.10.2010 Penguasa Kastam 1 Hari
11. Dato' Sri Mohamed Khalid Hj. Yusuf 3.10.2010 - 1.6.2012 Penguasa Kastam 1 Hari
12. Dato' Sri Khazali bin Hj. Ahmad 22.6.2012 - 20.3.2017 Pegawai Tadbir Diplomatik 21 Hari
13. Dato' Sri Subromaniam Tholasy 24.3.2017 - 8.3.2019 Penguasa Kastam 4 Hari
14. Dato' Seri Paddy Bin Abd Halim 1.4.2019 - 10.4.2020 Penguasa Kastam 24 Hari
15. Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir 5.6.2020 - 24.3.2022 Penguasa Kastam 56 Hari
16. Dato' Haji Zazuli Bin Johan 8.07.2022 - 25.09.2023 Penguasa Kastam 106 Hari
17. Dato' Anis Rizana Binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin 25.09.2023 Pegawai Tadbir Diplomatik -

Struktur pentadbiran

sunting
Pangkat Nama
Ketua Pengarah Kastam

(TURUS III)

Dato' Anis Rizana Binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin (PTD)
Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Penguatkuasaan & Pematuhan)

(JUSA A)

Tuan Ribuan Bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Cukai Dalam Negeri & Perkastaman)

(JUSA A)

Dato Aidid Bin Tajuddin
Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Pengurusan)

(JUSA B)

Tuan Mohd Daud Bin Mohd Arif (PTD)

Organisasi

sunting

Bahagian Penguatkuasaan

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B
Cawangan Siasatan

-Unit Siasatan Frod Perdagangan

-Unit Siasatan Frod Dokumentasi

-Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA)

-Unit Siasatan Forensik

Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Risikan

-Pusat Perisikan Kastam / National Targeting Centre

-Unit Pengurusan Komunikasi dan Semboyan

-Unit Strategi dan Taktikal

-Unit Perisikan Khas

-Unit Verifikasi Penumpang

-Unit IPR / CITES / ATIPSOM dan Border Measure

Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Pendakwaan, ABT dan Rayuan

-Unit Penguatkuasaan ABT

-Unit Guaman Kriminal

-Unit Guaman Sivil

-Unit Kajian Undang-Undang

-Unit Tribunal Rayuan

-Unit Semakan Semula

Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Operasi, Marin dan Khidmat Sokongan

-Unit Kawalan & Rondaan Darat

-Unit Operasi Taktikal

-Unit Marin

Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Narkotik

-Unit Risikan Narkotik

-Unit Operasi Narkotik

-Unit Siasatan Narkotik

-Unit Anjing Pengesan Dadah (APD) K9

Timbalan Pengarah Kastam WK54

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia Pegawai Tadbir Diplomatik JUSA C
Cawangan Khidmat Pengurusan Timbalan Pengarah M54
Cawangan Perkhidmatan dan Latihan Timbalan Pengarah M54
Cawangan Pengurusan Kewangan Timbalan Pengarah M54
Cawangan Logistik Timbalan Pengarah M54
Cawangan Pengurusan Perolehan Timbalan Pengarah M54
Cawangan Akaun Ketua Akauntan WA54

Bahagian Teknologi Maklumat

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Pegawai Teknologi Maklumat JUSA C
Cawangan Aplikasi (CA) Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Infrastruktur dan Rangkaian (CI) Timbalan Pengarah F54
Cawangan Pengurusan Kewangan Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48

Bahagian Perancangan Korporat

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Perancangan Strategik Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Brussel, Belgium)

Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Beijing, China)

Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Jakarta, Indonesia)

Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Canberra, Australia)

*Telah diluluskan oleh kerajaan, belum ada penempatan

-
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Dubai, UAE)

*Telah diluluskan oleh kerajaan, belum ada penempatan

-
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase London, United Kingdom)

*Telah diluluskan oleh kerajaan, belum ada penempatan

-
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase New York, Amerika Syarikat)

*Telah diluluskan oleh kerajaan, belum ada penempatan

-
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Tokyo, Jepun)

*Telah diluluskan oleh kerajaan, belum ada penempatan

-
Cawangan Perhubungan Awam Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52
Pusat Panggilan Kastam (CCC) -

Bahagian Perkastaman

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perkastaman Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Import/Eksport dan Kawalan Sempadan (IEKS)

-Unit Kemudahan Import Eksport dan Perkastaman Serantau

-Unit Kawalan Import Eksport Komoditi dan Data

-Unit Sempadan dan Dasar Import Eksport

-Unit Pengurusan Perlesenan Rokok Minuman Keras Tembakau

-Unit Komitmen Agensi : MIDA

Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Fasilitasi Perdagangan & Perindustrian (FPP)

-Unit Pengurusan dan Kawalan GPB, GB dan KBC

-Unit AEO

-Unit Pengecualian Perbendaharaan / Pulang Balik

-Unit ROO

-Unit Pengurusan dan Kawalan Zon Bebas

Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Industri, Petroleum & Gas (IPG)

-Unit Petroleum Huluan (Upstream)

-Unit Petroleum Hiliran (Downstream)

-Unit Eksais dan Levi Keuntungan Luar Biasa

Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Mesin Pengimbas Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52
UCustoms Pengarah Kastam (Projek uCustoms) JUSA C

Bahagian Cukai Dalam Negeri

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Jualan Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Kawalan & Pemantauan Cukai Dalam Negeri Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Perkhidmatan Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi dan Konsultasi Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Pengurusan & Penyelarasan Risiko Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Pengurusan Teknikal Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Khas SST dan Cukai Perlancongan Timbalan Pengarah Kastam WK54
Pengurusan Perakaunan Hasil Akauntan WA52
Bahagian Cukai Dalam Negeri Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) Pengarah Kastam JUSA C
Pusat Pemprosesan Kastam (CPC) Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52

Bahagian Perkhidmatan Teknik

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Pengurusan Penilaian Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Klasifikasi, Tarif dan Gubalan Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Perakaunan Hasil

-Unit Analisa Hasil

-Unit Pungutan

-Unit Tuntutan

-Unit Terimaan dan Bayaran

Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Customs Verification Initiative Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48

Bahagian Pengurusan Pematuhan

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Pengurusan Pematuhan Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Jaminan Kualiti Audit (CJKA) Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Dasar dan Teknikal Audit Import & SST Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Pendidikan Masyarakat & Pelanggan (CPMP) Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52
Cawangan Pengurusan Pembayar Cukai Utama (LTU) Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) Timbalan Pengarah Kastam WK54
Cawangan Audit Import & SST Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) Timbalan Pengarah Kastam WK54

Bahagian Perundangan

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perundangan Pegawai Undang-Undang JUSA C
Pejabat Pegawai Undang-Undang

-Cawangan Jenayah

-Cawangan Gubalan

-Guaman Sivil

-Penasihat dan Hal Ehwal Antarabangsa

Cawangan Integriti

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Cawangan Integriti Pegawai Siasatan P54
Unit Pengesanan dan Pengesahan Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52
Unit Pemeriksaan dan Pematuhan Integriti Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48
Unit Pengukuhan Integriti Pegawai Hal Ehwal Islam S48
Unit Tatatertib Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48
Unit Tadbir Urus Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48
Unit Aduan Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48

Cawangan Audit Kastam

sunting
Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Cawangan Audit Kastam Juruaudit W54

Pengarah Kastam Zon / Negeri & Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)

sunting
Zon / Negeri / AKMAL Pangkat Nama Pengarah Zon / Negeri / AKMAL
Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur & KLIA) Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B Puan Norlela Binti Ismail
Zon Sabah (Sabah & Labuan) Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B Tuan Mohd Nasir Bin Deraman
Kedah Pengarah Kastam JUSA C Puan Nor Izah Binti Abdul Latiff
Pulau Pinang Pengarah Kastam JUSA C Tuan Roselan Bin Ramli
Perak Pengarah Kastam JUSA C Dato' Abdul Ghafar Bin Mohamad
Melaka Pengarah Kastam JUSA C -
Kelantan Pengarah Kastam JUSA C Tuan Wan Jamal Abdul Salam Bin Wan Long
Johor Pengarah Kastam JUSA C Tuan Misbahudin Bin Parmin
Sarawak Pengarah Kastam JUSA C Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman
Perlis Pengarah Kastam JUSA C Tuan Ismail Bin Hashim
Negeri Sembilan Timbalan Pengarah Kastam WK54 Tuan Mohammad Hafiz Bin Ishak
Terengganu Timbalan Pengarah Kastam WK54 Tuan Mohd Nadzri Bin Ariffin
Pahang Timbalan Pengarah Kastam WK54 Tuan Mohd Asri Bin Seman
Pemungut Cukai Kastam Persekutuan (PCKP) Singapura Penolong Pengarah Kastam WK44 Tuan Mohd Adam Bin Salam
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka (Bukit Baru) Pengarah Kastam JUSA C Puan Raizam Binti Setapa @ Mustapha
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Langkawi (Bukit Malut) Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52 Tuan Mohd Sanusi Bin Ab Aziz
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Sarawak (Jalan Matang, Kuching) Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52 Tuan Zamri Bin Wardi
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Sabah (Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu) Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52 Tuan Saufe Bin Yahya
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Timur (Rantau Panjang, Kelantan) Penguasa Kastam WK41 Tuan Suradet A/L Surapun
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Selatan (Tg. Surat, Johor) Penguasa Kastam WK41 Tuan Khairul Aqran Bin Abdul Kadir

Pangkat dan Kedudukan

sunting
# Pangkat Singkatan Gred Jumlah Perjawatan JKDM (2023) Tanda pangkat
Papan Bahu Lencana Kolar
Penguasa Kastam
1 Ketua Pengarah Kastam KPK Turus III 1
2 Timbalan Ketua Pengarah Kastam TKPK JUSA A 2
3 Penolong Ketua Pengarah Kastam PENKPK JUSA B 4
4 Pengarah Kastam PK JUSA C 19
5 Timbalan Pengarah Kastam TPK WK 54 85
6 Penolong Kanan Pengarah Kastam I PKPK I WK 52 239
7 Penolong Kanan Pengarah Kastam II PKPK II WK 48 537
8 Penolong Pengarah Kastam PPK WK 44 1,013
9 Penguasa Kastam PAK WK 41 1,969
Penolong Penguasa Kastam
10 Penolong Penguasa Kastam Tinggi I PENPAKT I WK 40 3
11 Penolong Penguasa Kastam Tinggi II PENPAKT II WK 36 31
12 Penolong Penguasa Kastam Kanan PENPAKK WK 32 127
123 Penolong Penguasa Kastam PENPAK WK 29 318
Pembantu Penguasa Kastam
13 Pembantu Penguasa Kastam Tinggi I PIKT I WK 28 40
14 Pembantu Penguasa Kastam Tinggi II PIKT II WK 26 388
15 Pembantu Penguasa Kastam Kanan PIKK WK 22 1,242
16 Pembantu Penguasa Kastam PIK WK 19 6,615
Jumlah Perjawatan JKDM (2023)
Jumlah Keseluruhan Perjawatan 14,872

Pintu Masuk & Keluar Negara

sunting

Terdapat 3 mod pintu masuk utama negara iaitu mod udara, mod darat dan mod laut yang dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

MOD DARAT : Jalan Raya atau Kereta Api
Negeri Pintu Masuk / Keluar
Perlis Padang Besar

Wang Kelian

Kedah Bukit Kayu Hitam

Kota Putra, Durian Burung

Perak Bukit Berapit
Johor Johor Bharu

Zon Bebas Pasir Gudang

Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang

Kelantan Rantau Panjang

ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah

Sabah Long Pa Sia

Pensiangan

Sarawak Baram

Batu Lintang

Bau

Biawak

Bunan Gega

Lubok Antu

Lundu

Padawan

Sematan

Sarikin

Sungai Tujuh

Tebedu

Tedungan

Mengkalap

Pandaruan

Ba'kalalan, Lawas

MOD LAUT : Pelabuhan atau Jeti
Negeri Pintu Masuk / Keluar
Perlis Kuala Perlis
Kedah Kuah, Langkawi

Tanjung Lembung, Langkawi

Telaga Harbour Park, Langkawi

Tanjung Malai, Langkawi

Telok Ewa, Langkawi

Kuala Kedah

Pulau Pinang Geogetown

Batu Maung

Butterworth

Prai

Perak Lumut

Teluk Muruh

Pangkor

Sungai Pinang, Pulau Pangkor

Marina Pulau Mentagor, Lumut

Teluk Rubiah

Telok Anson

Bagan Datoh

Hutan Melintang

Pulau Lekir 1

Selangor Westport, Pelabuhan Klang

Northport, Pelabuhan Klang

Jeti ASA Niaga, Pelabuhan Klang

Negeri Sembilan Port Dickson

Mukim Jimah, Port Dickson

Jeti Penumpang Jabatan Laut, Port Dickson

Melaka Melaka

Sungai Udang

Kuala Linggi

Johor Muar

Batu Pahat

Minyak Beku, Batu Pahat

Kukup

Johor Bharu

Pasir Gudang

Pengerang / Tajong Pengelih

Sebana Cove Marina, Kota Tinggi

Tanjung Langsat, Sungai Tiram

Sungai Rengit

Tanjung Pelepas

Tanjung Surat, Kota Tinggi

Telok Ramunia

Mersing

Tanjung Belungkor

Jeti Pusat Petrokimia dan Industri Maritim, Pontian

Tanjung Setapa, Pengerang

Puteri Harbour, Pulai

Pahang Kuala Rompin

Tanjung Gemok

Kuantan

Tanjung Gelang, Kuantan

Kg. Lalang, Pulau Tioman

Terengganu Chukai, Kemaman

Pelabuhan Kemaman

Jeti Dermaga Kimia Cecair, Pelabuhan Kemaman

Tanjung Berhala, Kemaman

Tanjung Sulong, Kemaman

Kuala Terengganu

Kerteh

Kuala Besut

Kelantan Pengkalan Kubor

Kota Bharu

Pangkalan Bekalan Tok Bali, Pasir Puteh

Sabah Kota Kinabalu

Teluk Sepanggar

Sandakan

Beluran

Kudat

Lahad Datu

Semporna

ICQS Semporna

Tawau

Jeti Awam Surya Sakti, Tawau

Kuala Penyu

Kota Belud

Sipitang

Menumbok

Pulau Tambisan

Tengku

Labuan Ranca-ranca

Labuan

Sarawak Bintulu

PFLNG-1, Bintulu

Pelabuhan Samalaju, Bintulu

Kuala Lawas

Kuching

Lawas

Limbang

Lundu

Marudi

Miri

Pelabuhan Miri, Kuala Baram

Punang

Sarikei

Sejingkat

Semantan

Senari Port, Kuching

Sibu

Sundar

Pelabuhan Tanjung Manis, Sarikei

Kuching

MOD UDARA : LapanganTerbang
Negeri Pintu Masuk / Keluar
Kedah Alor Setar

Langkawi

Pulau Pinang Bayan Lepas
Perak Ipoh

Pulau Pangkor

Selangor Subang

KLIA, Sepang

KLIA2, Sepang

Terengganu Kuala Terengganu

Pulau Redang

Pahang Kuantan

Pualau Tioman

Melaka Batu Berendam
Kelantan Pengkalan Chepa
Johor Senai
Sabah Kota Kinabalu

Kudat

Lahad Datu

Sandakan

Semporna

Tawau

Labuan Labuan
Sarawak Bintulu

Kuching

Lawas

Limbang

Marudi

Miri

Mulu

Sibu

DEPOT PELEPASAN PEDALAMAN (INLAND CLEARANCE DEPOT / DRY PORT)
Negeri Pintu Masuk / Keluar
Pulau Pinang Kontena Nasional, Prai

North Terminal Sdn Bhd, Prai

Perak Terminal Kargo Ipoh, Ipoh
Kuala Lumpur Seri Setia, Petaling Jaya

Express Rail Link Sdn Bhd, Stesen Central KL

Negeri Sembilan Nilai Inland Port
Johor Pelabuhan Pedalaman Segamat
Sarawak SM Inland Port Sdn Bhd, Tebedu

Fasilitasi Perdagangan

sunting

Fasilitasi (kemudahan) perdagangan yang diberikan oleh JKDM kepada pemain-pemain industri dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menarik pelabur asing.

Bil. Jenis Fasilitasi Keterangan Catatan
1. Zon Bebas -Kemudahan pengecualian duti/cukai

-Menggalakkan aktiviti entrepot

-Pertumbuhan ekonomi

-Jenis-jenis Zon Bebas : Zon Perdagangan Bebas, Zon Perindustrian Bebas dan Pulau Bebas Cukai

Contoh Zon Bebas: KLIA Kargo, Port Klang Free Zone, Sungai Way Kuala Lumpur, North Butterworth Container Terminal dll.
2. Gudang -Untuk mengurangkan kesesakkan di Pelabuhan Utama

-Simpan sementara sebelum dieksport atau dijual tempatan

-Pembayaran duti/cukai serentak

-Meringankan beban kewangan

-Jenis-jenis gudang: Gudang Berlesen Awam, Gudang Berlesen Persendirian, Gudang Berlesen PEKEMA, Gudang Berlesen Awam (Petroleum), Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum), Gudang Pengilangan Berlesen, Kedai Bebas Cukai

Contoh Gudang: Gudang PEKEMA, GBA, LMW dll.
3. Authorized Economic Operator (AEO) -Pembayaran duti/cukai secara tertangguh

-Pelepasan Kastam melalui pengikraran data yang minimum

-Pelepasan Kastam melalui lorong hijau (green lane)

Contoh syarikat AEO: IKEA, Bosch, Top Glove dll.
4. Asean Customs Transit System (ACTS) -Dalam usaha untuk memudahkan pengangkutan barang-barang melalui jalan raya di ASEAN, di samping mengekalkan kawalan untuk melindungi pendapatan kerajaan dan masyarakat.

-Sistem yang diwujudkan bagi memberikan fasilitasi dalam perdagangan dengan membenarkan pedagang untuk mengangkut barangan mereka secara bebas di antara negara.

-
5. Live Operation ASEAN Single Window (ASW) -Asean Single Window (ASW) adalah inisiatif serantau yang menghubungkan dan mengintegrasikan National Single Window (NSW) Negara Anggota ASEAN (AMS).

-Objektif ASW adalah untuk mempercepat pelepasan kargo dan mempromosikan integrasi ekonomi ASEAN dengan membolehkan pertukaran elektronik dokumen berkaitan perdagangan di kalangan negara anggota ASEAN.

-
6. Kemudahan Pengecualian Duti / Cukai di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967 Dan Seksyen 35(3) Akta Cukai Jualan 2018 -Kemudahan pengecualian duti/cukai ini adalah satu kemudahan yang diberikan untuk menggalakkan perkembangan ekonomi dan industri terpilih terutamanya industri pengilangan di Malaysia. Ia merupakan satu insentif khas di bawah kuasa Menteri Kewangan Contoh: 487 syarikat diberi pengecualian di WPKL, 1136 syarikat diberi pengecualian di Selangor dll.
7. Rules Of Origin (ROO) -Rules of Origin (ROO) merupakan peraturan/kriteria bagi menentukan tempat asal (origin) sesuatu produk/barang. Pengimport yang ingin menikmati kemudahan di bawah sesuatu FTA perlu memenuhi peraturan / kriteria Rules of Origin (ROO). Contoh: Malaysia telah melaksanakan lima belas (15) Perjanjian Perdagangan Bebas yang terdiri dari lapan (8) perjanjian pelbagai hala (multilateral agreement) dan tujuh (7) perjanjian dua hala (bilateral agreement).
8. Kelulusan Pengecualian Cukai Jualan di bawah Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 -Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 telah mewartakan berkuat kuasa pada 1 September 2018. Perintah ini adalah pengecualian daripada pembayaran cukai jualan kepada mana-mana orang atau golongan orang. Pengecualian daripada pembayaran cukai di bawah perintah ini melibatkan Jadual A, Jadual B dan Jadual C. Contoh Jadual A - Universiti, Yang Dipertua Negeri, Yang Dipertua Agong dll.
9. Pembayaran Balik (Refund) Dan Pulang Balik (Drawback) -Pembayaran balik cukai jualan atau cukai perkhidmatan di bawah Seksyen 36 Akta Cukai Jualan 2018 dan Seksyen 35 Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Peruntukan pembayaran balik di bawah seksyen ini adalah berhubung dengan hutang lapuk.

-Pembayaran balik cukai jualan atau cukai perkhidmatan di bawah Subseksyen 39(1)(a) Akta Cukai Jualan 2018 dan Subseksyen 38(1)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Peruntukan pembayaran balik di bawah seksyen ini adalah untuk memulangkan apa-apa cukai jualan atau cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah terlebih bayar atau terkhilaf bayar.

-Pulang balik cukai jualan di bawah Seksyen 40 Akta Cukai Jualan 2018 (termasuk Seksyen 54 dan Seksyen 61) Akta Cukai Jualan 2018. Peruntukan pulang balik di bawah Seksyen ini adalah memulangkan balik cukai jualan yang telah dibayar berkenaan dengan barang bercukai yang kemudiannya dieksport.

Contoh: hutang lapuk, cukai terlebih bayar atau terkurang bayar, barang bercukai yang dieksport.
10. Skim Pengeksport Utama Diluluskan (Approved Major Exporter Scheme) - AMES -Skim Pengeskport Utama Diluluskan (AMES) di bawah Seksyen 61A Akta Cukai Jualan 2018 yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2020.

-AMES membenarkan mana-mana orang diluluskan untuk dikecualikan daripada pembayaran keseluruhan cukai jualan yang dikenakan dan dilevikan ke atas barang bercukai yang diimport atau diangkut dari kawasan ditetapkan atau kawasan khas atau dibeli daripada pengilang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Contoh: Pengilang AMES atau Pedagang AMES
11. Kemudahan Pengecualian Di Bawah Butiran 67 & 68 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 -Kemudahan Pengecualian bawah Butiran 67, Perintah Duti Kastam 2017 adalah satu kemudahan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai perjanjian kontrak dengan PETRONAS yang dipanggil sebagai “Production Agreement Contract” (PAC) yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat yang dikenali sebagai “Production Sharing Contractor” (PSC) bagi menggalakkan perkembangan ekonomi dan industri petroleum dan gas di Malaysia. Ia merupakan satu insentif khas di bawah kuasa Menteri Kewangan.

-Manakala, kemudahan Pengecualian bawah Butiran 68, Perintah Duti Kastam 2017 adalah satu kemudahan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai perjanjian kontrak dengan syarikat “Production Sharing Contractor” (PSC). Syarikat Fabrikator lebih kepada menjalankan aktiviti pemasangan, pembinaan rig, coating dan kimpalan.

Contoh syarikat Pengecualian Butiran 67 - Exxonmobile Exploration & Production Malaysia Inc, Sabah Shell Petroleum, Sarawak Shell Berhad dll.

Contoh syarikat Pengecualian Butiran 68 - Malaysia Marine And Heavy Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Engineering Sdn.Bhd dll.

12. Syarikat “Person Exempted” Bagi Projek RAPID, Pengerang -Projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) merupakan sebahagian daripada program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikenal pasti oleh kerajaan sebagai sebuah projek yang berimpak tinggi dan mampu membawa perubahan besar kepada taraf sosio ekonomi rakyat.

-Selaras dengan Subseksyen 14(1) Akta Kastam 1967, Menteri Kewangan telah meluluskan pengecualian duti kastam ke atas mesin, alat-alat kelengkapan dan bahan mentah yang digunakan untuk pembinaan, penyelengaraan dan pengilangan serta keselamatan (Goods Exempted) yang digunakan oleh projek RAPID melalui pengecualian Duti Kastam di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

Contoh: Petronas Refinery And Petrochemical Corporation Sdn. Bhd dll.

Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA)

sunting

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam atau Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) pada tahun 2016 selepas insiden pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) yang ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April 2013.

COBRA berfungsi sebagai penggempur dan pelindung Bahagian Penguatkuasaan JKDM, terutama dalam menangani kes berisiko tinggi berikutan peningkatan ancaman terutama kepada pegawai Bahagian Penguatkuasaan seperti ugutan bunuh, halangan, anggota dirempuh ketika menjalankan tugasan, rumah dan kenderaan milik pegawai dibakar, rumah dan kenderaan milik pegawai disimbah cat serta termasuk gangguan tonto. COBRA berpusat di JKDM Ibu Pejabat (Putrajaya).

Selain bertindak sebagai strike and support team kepada pegawai dan anggota yang bertugas di barisan hadapan (frontliner), COBRA juga ditugaskan sebagai pelindung dan pengiring kepada pegawai-pegawai tertinggi JKDM (pengurusan atasan). Seterusnya COBRA turut ditugaskan untuk melindungi aset-aset penting JKDM termasuklah pangkalan marin serta aset bot yang menjadi perhatian sindiket.

Pengambilan siri pertama dilaksanakan pada tahun 2016 dengan 23 pegawai dan anggota yang berjaya menamatkan kursus asas COBRA. Manakala pengambilan siri kedua dilaksanakan pada tahun 2021 dengan 41 pegawai dan anggota yang berjaya menamatkan kursus asas COBRA. Bagi kedua-dua siri pengambilan, anggota COBRA telah menjalani latihan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta Perak yang mana anggota COBRA telah didedahkan dengan pelbagai bentuk kemahiran termasuk menembak, perubatan tempur, “close quarter battle” (CQB), serbuan rumah serta bangunan dan operasi di laut (marin).

Pusat Latihan Taktikal Cobra yang terletak di JKDM Perlis telah beroperasi sepenuhnya dalam melatih anggota meliputi aspek serbuan, risikan, persenjataan, perubatan, kemahiran mempertahankan diri yang mana mereka dilatih oleh operator pasukan khusus di Malaysia. JKDM dalam perancangan untuk menambah keanggotaan COBRA kepada seramai 205 orang untuk ditempatkan di kawasan berisiko tinggi dengan jenayah penyeludupan.

Pasukan Penguatkuasaan Penyeludupan Kastam (CCET)

sunting

Pasukan Penguatkuasaan Penyeludupan Kastam atau lebih dikenali sebagai Customs Contraband Enforcement Team (CCET) ditubuhkan pada tahun 2015 bagi memerangi jenayah penyeludupan di darat dan laut yangg berpusat di AKMAL Melaka. CCET terlibat di dalam operasi marin di peringkat antarabangsa iaitu Operasi Patroli Laut Terkoordinasi Kastam Indonesia dan Malaysia (PATKOR KASTIMA) dan juga operasi bersama Bahagian-Bahagian lain di dalam JKDM disamping persembahan di dalam PATKOR KASTIMA, Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA), Hari Kastam Sedunia (HKS) dan lain-lain. Anggota CCET didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam menjalankan tugas antarannya “close quarter battle” (CQB), menembak, T-Baton, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP)

sunting

Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes jenayah penyeludupan di darat dan laut yang melibatkan semua komoditi/barangan seperti rokok, minuman keras, tembakau, dadah (narkotik), senjata api, barangan STA, racun, kenderaan, mercun dan lain-lain termasuklah kes pemerdagangan dan penyeludupan orang (ATIPSOM). USFP ada di setiap JKDM negeri dan JKDM Ibu Pejabat. Pegawai Penyiasat (IO) USFP terlibat dalam permohonan reman terhadap suspek, proses penyiasatan seterusnya pengemukaan Kertas Siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya seperti pertuduhan mahkamah. Siasatan yang dijalankan oleh USFP melibatkan kesemua perundangan yang ditadbir oleh JKDM antaranya Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta ATIPSOM 2007, Akta CITES 2008, Akta Samsu Gelap 1976, Akta Racun 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan sebagainya.

Unit Siasatan Frod Dokumentasi (USFD)

sunting

Unit Siasatan Frod Dokumentasi (USFD) bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes frod dokumentasi (document fraud). USFD ada di setiap JKDM negeri dan JKDM Ibu Pejabat. Pegawai Penyiasat (IO) USFD terlibat dalam permohonan reman terhadap suspek, proses penyiasatan seterusnya pengemukaan Kertas Siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya seperti pertuduhan mahkamah. Siasatan yang dijalankan oleh USFD melibatkan kesemua perundangan yang ditadbir oleh JKDM antaranya Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan sebagainya.

Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (USPWH/AMLA)

sunting

Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (USPWH) bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap kesemua kesalahan berat yang tersenarai dalam jadual kedua Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang melibatkan pemindahan rentas sempadan wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa. USPWH hanya berpusat di JKDM Ibu Pejabat.

Berdasarkan Kertas Siasatan Predikat yang dibuka oleh Pegawai Penyiasat (IO) USFP dan Pegawai Penyiasat (IO) USFD, maka Kertas Siasatan (IP) akan dibuka oleh IO USPWH bagi siasatan di bawah Akta AMLATFPUAA 2001. IO USPWH terlibat dalam permohonan reman terhadap suspek, proses pembekuan harta dan akaun, proses penyitaan, proses penyiasatan seterusnya pengemukaan Kertas Siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya seperti pertuduhan mahkamah. Siasatan yang dijalankan oleh USPWH melibatkan perundangan yang ditadbir oleh JKDM iaitu Akta AMLATFPUAA 2001.

Seksyen kesalahan di dalam Akta AMLATFPUAA 2001 yang popular dikuatkuasakan oleh unit ini adalah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 iaitu kesalahan pengubahan wang haram. Hukuman bagi kesalahan Seksyen 4(1) Akta Kastam 1967 adalah dipenjarakan dalam suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau 5 juta ringgit yang mana lebih tinggi.

Unit Siasatan Dalaman (USD) / Cawangan Siasatan Khas (CSK)

sunting

Unit Siasatan Dalaman (USD) atau lebih dikenali sebagai Cawangan Siasatan Khas (CSK) ditubuhkan pada 01 Januari 2019 dengan kekuatan 20 orang Pegawai Kanan JKDM yang diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I) WK52. Fokus unit ini adalah untuk menangani masalah penyeludupan, penyelewengan dan salah laku terutamanya melibatkan integriti dalam kalangan Pegawai dan Anggota Kastam itu sendiri. USD/CSK akan melapor terus gerak kerja mereka kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK).

Seksyen kesalahan di dalam Akta Kastam 1967 yang popular dikuatkuasakan oleh unit ini adalah Seksyen 137 Akta Kastam 1967 iaitu penalti kerana menawarkan atau menerima rasuah. Hukuman bagi kesalahan Seksyen 137 Akta Kastam 1967 adalah dipenjarakan dalam suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau denda tidak melebihi RM500,000.00 atau kedua-duanya. Dan orang yang dituduh/disabitkan di bawah Seksyen 137 Akta Kastam 1967 ini akan ditahan daripada memegang jawatan di dalam perkhidmatan awam kerajaan persekutuan atau kerajaan mana-mana negeri.

Unit Import/Eksport & Zon Bebas

sunting

Pegawai Penaksir di Unit Import/Eksport & Zon Bebas merupakan salah satu tunjang utama JKDM dalam memberikan fasilitasi perdagangan di pintu masuk dan pintu keluar negara. Lebih daripada separuh pungutan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah menerusi Unit Import/Eksport dan Zon Bebas yang berada di seluruh negeri di negara ini. Antara duti/cukai yang dikutip oleh unit ini adalah Cukai Jualan Import, Duti Eksais, Duti Import, Duti Eksport, Levi, Ses Getah dan lain-lain.

Pegawai Penaksir terlibat dalam membuat taksiran terhadap barangan yang diimport atau dieksport melalui punca kuasa Seksyen 13 Akta Kastam 1967. Selain itu, Pegawai Penaksir bersama Permit Issuing Agency (PIA)/ Others Government Agency (OGA) turut terlibat dalam semakan keperluan Approval Permit (AP) atau Certificate of Approval (CoA) bagi dagangan yang diimport atau dieksport. Rujukan utama unit ini dalam membuat taksiran adalah Akta Kastam dan Peraturan-Peraturannya 1967, Explanatory Note (EN) Harmonized Code, Perintah Duti Kastam, Perintah Duti Eksais, Perintah Cukai Jualan, Larangan Mengenai Import, Larangan Mengenai Eksport dan lain-lain perudangan/peraturan berkaitan.

Sistem Maklumat Kastam (SMK) merupakan sistem utama yang digunakan oleh Pegawai Penaksir membuat taksiran dan perlepasan terhadap dagangan. Sistem Maklumat Kastam yang dibangunkan sejak era 90-an masih digunakan sehingga kini dan bakal digantikan dengan Sistem UCustoms yang masih dalam proses pembangunan sejak tahun 2013.

Antara Borang Kastam yang diproses oleh unit ini adalah:

Bil. Jenis Borang Kegunaan Borang
1. Borang Kastam 1 Perisytiharan Barang Diimport
2. Borang Kastam 2 Perisytiharan Barang Dieksport
3. Borang Kastam 3 Permohonan Mengangkut Barang Dalam Persekutuan (Malaysia)
4. Borang Kastam 8 Permohonan Pindah Kapal / Memindahkan Barang
5. Borang Kastam 9 Permohonan Memindahkan Barang Berduti

Unit Mesin Pengimbas X-ray (Scanner)

sunting

World Customs Organisation (WCO) SAFE Framework of Standards to Secure and Facilitate Global Trade menetapkan peralatan pemeriksaan seperti mesin pengimbas harus disediakan dan digunakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Alat ini dapat membantu JKDM dalam memastikan barangan import dan eksport yang diikrar serta duti/cukai yang dibayar adalah betul di samping mengesan dan menghalang barang yang berbahaya/terlarang seperti dadah dan senjata api, tanpa mengganggu aliran perdagangan yang sah. Penggunaan mesin pengimbas adalah diperlukan untuk mengurangkan pemeriksaan fizikal ke atas barangan yang diimport dan dieksport bagi mempercepatkan perlepasan barangan berkenaan daripada kawalan Kastam.

JKDM telah mula menggunakan mesin pengimbas sejak tahun 2001 bagi mengimbas kandungan yang terdapat dalam kargo yang diimport/dieksport dan pemeriksaan terhadap penumpang di lapangan terbang, sempadan dan pelabuhan/jeti. Jenis mesin pengimbas adalah terdiri daripada tiga jenis iaitu mesin pengimbas kargo, mesin pengimbas bagasi, dan mesin pengimbas badan. Fungsi mesin pengimbas adalah untuk memastikan jenis barang yang diimbas adalah seperti mana yang diikrar, mengesan barang larangan atau barang berisiko tinggi daripada memasuki negara, serta mengekang aktiviti penyeludupan atau penyelewengan cukai.

Unit Latihan & Pengendalian Anjing K9 Narkotik Kastam

sunting

Unit Anjing Pengesan Dadah (APD) K9 ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Unit K9 JKDM diletakkan di bawah Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Narkotik bagi membantu Cawangan Narkotik JKDM untuk mengesan dadah yang disembunyikan di ruangan sulit atau sukar dikesan. Pada awal penubuhan unit K9 JKDM, 6 ekor anjing pengesan dadah telah dibekalkan oleh Kastam Amerika Syarikat dan 4 ekor anjing pengesan dadah dihadiahkan oleh Biro Narkotik Australia. 4 orang Pegawai Kastam yang merupakan pasukan nuklues awal penubuhan Unit K9 JKDM telah dihantar bagi menghadiri kursus pengendalian anjing pengesan dadah di Front Royal Virginia, Amerika Syarikat.

Unit ini amat penting dalam membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah yang semakin membimbangkan akhir-akhir ini selain dengan bantuan mesin pengimbas (scanner). Pada masa kini, baka anjing yang digunakan oleh unit ini adalah jenis German Shephed dan Belgian Shepherd. Kebanyakkan anjing pengesan dadah Unit K9 JKDM dibiakkan di dalam negara bagi menjimatkan kos. Unit K9 JKDM kerap mengadakan kerjasama dengan agensi di dalam negara dan luar negara seperti Kastam Jepun (JICA) dalam memperkasa modal insan jurulatih/pengendali anjing K9. Selain itu, Unit K9 JKDM juga kerap dijemput dalam memberikan demonstrasi dan penerangan mengenai bahaya dadah di sekolah-sekolah serta hari terbuka jabatan kerajaan.

Jumlah aset anjing pengesan (K9) yang dimiliki oleh Unit K9 JKDM pada masa kini adalah sebanyak 37 ekor anjing pengesan dadah dan 2 ekor anjing pengesan tembakau. Antara Negeri JKDM yang mempunyai Unit K9 adalah:

Bil. Negeri Lokasi
1. JKDM Ibu Pejabat Kg. Jijan, Nilai
2. JKDM Sabah Sepanggar, Kota Kinabalu
3. JKDM Sarawak Kuching
4. JKDM Sarawak Tebedu, Serian
5. JKDM Johor Johor Bahru
6. JKDM Pulau Pinang Perai
7. JKDM Kedah Alor Setar
8. JKDM Perlis Padang Besar
9. JKDM Kelantan Rantau Panjang
10. JKDM Perak Pengkalan Hulu

Unit Marin Kastam

sunting

Menurut rekod bertulis, Unit Marin Kastam telah wujud sejak 1917 lagi. Unit Marin Kastam adalah dibawah Bahagian Penguatkuasaan dan ditubuhkan bertujuan memerangai jenayah penyeludupan di laut. Pada 20 September 2020 adalah detik cemas berbalas tembakan diantara Unit Marin JKDM dan penyeludup di Perairan Bohey Dulang, Sabah. Pasca Covid 19 ini, Unit Marin Kastam telah terlibat secara aktif di dalam Op Benteng Laut (OBL) bagi mengekang kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), barang seludup dan penularan wabak Covid 19 itu sendiri.

Perolehan kes yang diperoleh oleh Unit Marin Kastam pada masa ini bukan hanya melibatkan kes-kes penyeludupan rokok dan minuman keras di bawah Akta Kastam dan Akta Eksais sahaja, kini perolehan kes unit ini dipelbagaikan seperti kes-kes di bawah Akta ATIPSOM (penyeludupan dan pemerdagangan orang), Akta CITES (penyeludupan hidupan liar), Akta Dadah Berbahaya dan lain-lain perundangan yang ditadbir oleh JKDM.

Perolehan 32 unit Bot Ronda Laju pada tahun 2021 dan 2022 yang dibekalkan oleh Kerajaan Malaysia kepada seluruh pangkalan Kastam marin dapat meningkatkan keupayaan unit ini dalam menjalankan tugasan dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi.

Tidak hanya tugas-tugas penguatkuasaan, Unit Marin Kastam juga terlibat secara aktif dalam pelbagai misi CSR seperti bantuan menyelamat mangsa terperangkap banjir di Pantai Timur, bantuan mencari dan menyelamat mangsa disyaki lemas di laut, misi menyelamat mangsa bot karam di laut dan sebagainya.

Peralatan dan kelengkapan

sunting

Pengangkutan Marin

sunting
Bil. Nama Bot/Kapal Jenis Bot/Kapal Bilangan Bot/Kapal Kelajuan Draft Panjang Enjin Kemudi
1. Penumpas Siri 7 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 45 knot 0.59 m 12 m Sulit Berumah, Hawa Dingin
2. Penumpas Siri 6 (Aluminium) Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 45 knot 0.59 m 12 m Sulit Berumah, Hawa Dingin
3. Penumpas Siri 5 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 50 knot 0.55 m 12 m Sulit Terbuka
4. Penumpas Siri 4 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 60 knot 0.7 m 13 m Sulit Terbuka
5. Penumpas Siri 3 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 55 knot 0.55 m 9.50 m Sulit Terbuka
6. Perantas Siri 9 Fast Interceptor Craft (FIC) Sulit 60 knot 0.98 m 16.5 m Sulit Terbuka
7. Perantas Siri 8 Fast Interceptor Craft (FIC) 15.25-16 m
8. Perantas Siri 7 Fast Interceptor Craft (FIC) 15.25 - 16 m
9. Pemintas Fast Patrol Craft (FPC) 45 knot 0.60 m 10.93 m
10. Risik 6.5 - 9.5 m
11. Bahtera Jerai Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
12. Bahtera Juang Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
13. Bahtera Perak Bahtera Class Diserahkan

kepada

APMM

20 knot 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
14. Bahtera Hijau Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
15. Bahtera Pulai Bahtera Class 20 knot 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
16. Bahtera Bayu Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
17. Pembanteras Johan Pembanteras Class Diserahkan kepada

APMM

22 m Berumah, Hawa Dingin
18. Pembanteras Jaguh Pembanteras Class 22 m Berumah, Hawa Dingin
19. Pembanteras Juara Pembanteras Class 22 m Berumah, Hawa Dingin
20. Bot Ronda Bot Ronda 10 Buah 13.5 m Berumah, Hawa Dingin
21. Bot Pelabuhan Bot Pelabuhan 2 Buah 11 m Berumah, Hawa Dingin

Pengangkutan Darat

sunting
Bil. Buatan Model Bilangan Kenderaan Kegunaan
1. Isuzu DMax 3.0 Sulit Penguatkuasaan
2. Maxus Window Panel Van V80 12 unit Iring kawal tahanan (OKT)
3. Proton 1. Preve

2. Persona

Spanco Digunakan oleh semua Bahagian dalam JKDM
4. Lain-lain 1. Honda Oddsey

2. Toyota Wish

3. Toyota Estima

4. Toyota Alphard

5. Lexus RX

6. Nissan Murano

7. Lain-lain

Kenderaan lucuthak Digunakan oleh semua Bahagian dalam JKDM

Persenjataan

sunting
Model Gambar Jenis Kaliber Negara pembuat
Pistol
Glock 17
 
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Glock 19
 
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Glock 26
 
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Glock 43
 
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Beretta 92FS
 
Pistol 9×19mm Parabellum Itali
CZ P07
 
Pistol 9×19mm Parabellum Republik Czech
Walther P99
 
Pistol 9×19mm Parabellum Jerman
Shotgun / Pumpgun
Benelli M4 Super 90
 
Semi Automatic Combat Shotgun 12-gauge Amerika Syarikat
Sub Machine Gun (SMG)
HK MP5
 
Sub Machine Gun (SMG) 9×19mm Parabellum Jerman
Turki
CZ Scorpion Evo 3
 
Sub Machine Gun (SMG) 9×19mm Parabellum Republik Czech
Rifle
Colt M4 Carbine
 
Assault Rifle 5.56×45mm NATO Amerika Syarikat
General Purpose Machine Gun (GPMG) / Long Machine Gun
 
General Purpose Machine Gun (GPMG) 7.62×51mm NATO
 
Long Machine Gun
Long Machine Gun 7.62×51mm NATO

Pangkalan Kastam Marin

sunting
Bil. Pangkalan Kastam Marin Negeri
1. Kastam Marin Kuala Perlis Perlis
2. Kastam Marin Langkawi Kedah
3. Kastam Marin Tanjung Dawai Kedah
4. Kastam Marin Weld Quay Pulau Pinang
5. Kastam Marin Lumut Perak
6. Kastam Marin Port Klang Selangor
7. Kastam Marin Lukut Negeri Sembilan
8. Kastam Marin Banda Hilir Melaka
9. Kastam Marin Sungai Pulai Johor
10. Kastam Marin Tanjung Surat Johor
11. Kastam Marin Mersing Johor
12. Kastam Marin Muar Johor
13. Kastam Marin Kuantan Pahang
14. Kastam Marin Tanjung Gemuk Pahang
15. Kastam Marin Kemaman Terengganu
16. Kastam Marin Kuala Terengganu Terengganu
17. Kastam Marin Pengkalan Kubor Kelantan
18. Kastam Marin Muara Tebas Kuching Sarawak
19. Kastam Marin Bintulu Sarawak
20. Kastam Marin Limbang Sarawak
21. Kastam Marin Lawas Sarawak
22. Kastam Marin Labuan WP. Labuan
23. Kastam Marin Kota Kinabalu Sabah
24. Kastam Marin Sandakan Sabah
25. Kastam Marin Lahad Datu Sabah
26. Kastam Marin Mempakul Sabah
27. Kastam Marin Tawau Sabah

Lokap Tahanan Kastam

sunting
Bil. Lokap / Negeri Warta Tarikh Gazet
1. Lokap Kastam Dengkil, Selangor P.U.(B) 484 29.09.2022
2. Lokap Kastam Melaka P.U.(B) 191 15.02.2022
3. Lokap Kastam Pengkalan Kubor, Kelantan P.U.(B) 349 15.08.2023

Lapang sasar

sunting
Lapang Sasar Jenis Lapang Sasar Lokasi Tarikh Dirasmikan Perasmi
Lapang Sasar Dato' Sri Subromaniam (Lapang Sasar DSS) Terbuka (Outdoor) Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka 02.11.2017 Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah,
Lapang Sasar Tan Sri Mohd Zuki Ali Tertutup (Indoor) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat (Putrajaya/Dengkil) 11.04.2021 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali

Setem Cukai Rokok dan Minuman Keras

sunting

Menerusi Bajet 2004 kerajaan telah mencadangkan kaedah penggunaan setem cukai (2004-2025) dan dakwat keselamatan (ditamatkan pada tahun 2016) yang mempunyai ciri-ciri keselamatan mengikut piawaian antarabangsa bagi minuman keras dan rokok.

Pelaksanaan penggunaan setem cukai  dikenakan ke atas :

- Rokok yang di IMPORT.

- Minuman Keras yang di IMPORT.

- Rokok yang dikilang DALAM NEGERI.

- Minuman Keras yang dikilang dan dibotol DALAM NEGERI (kecuali bir dan stout yang dikeluarkan oleh kilang Guinness Anchor Bhd [Heineken Malaysia Bhd.], Carlsberg Brewery Malaysia Bhd dan Napex Brewery Sdn Bhd)

Jenis Setem Cukai:

sunting
Bil. Setem Cukai Komoditi Warna Setem Cukai Pasaran
1. Malaysia Duty Paid (MDP) Rokok Biru Kawasan Utama Kastam dan Pulau Bebas Cukai
2. Malaysia Duty Not Paid (MDNP) Rokok Merah Zon Bebas dan Kedai Bebas Cukai
3. Malaysia Duty Paid (MDP) Minuman Keras Biru Kawasan Utama Kastam dan Pulau Bebas Cukai
4. Malaysia Duty Not Paid (MDNP) Minuman Keras Merah Zon Bebas dan Kedai Bebas Cukai

Sistem Semakan Ketulenan Setem Cukai:

sunting

Ketulenan setem cukai (rokok dan minuman keras) boleh disemak menggunakan telefon pintar oleh orang awam / pembeli / penjual melalui sistem yang dibangunkan oleh JKDM/pembekal:

Bil. Nama Sistem Android / IOS Tahun
1. JKDM2U Google Play / App Store 2018
2. V3 Check Google Play / App Store 2020
3. Setem Cukai Google Play / App Store 2022

Setem Cukai Minuman Keras:

sunting
Tahun (Tempoh) Pembekal
2004-2005 Nova Satra Holding / De La Reu
2005-2009 Cam Industries Sdn Bhd
2009-2015 Lembah Sari Sdn Bhd
2015-2020 Lembah Sari Sdn Bhd
2020-2025 Lembah Sari Sdn Bhd

Setem Cukai Rokok:

sunting
Tahun (Tempoh) Pembekal
2004-2009 Liberal Technolgy Sdn Bhd
2009-2014 Lembah Sari Sdn Bhd
2014-2020 Lembah Sari Sdn Bhd
2020-2025 Lembah Sari Sdn Bhd

Dakwat Keselamatan Rokok Tempatan:

sunting
Tahun (Tempoh) Pembekal
2004-2009 Kod Efisien Sdn Bhd / SICPA Holding S.A. Switzerland
2009-2014

2014-2016

Lembah Sari Sdn Bhd

*01.10.2016 tukar kepada Setem Cukai Rokok

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting