Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

agensi kerajaan di Malaysia
(Dilencongkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (Tulisan Jawi: جابتن كباجيكن مشاركت; singkatan: JKM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Ia bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKMM termasuklah:

  • Kanak-kanak
  • Orang kurang upaya
  • Warga emas
  • Keganasan rumah tangga
  • Keluarga bermasalah
  • Orang papa/fakir
  • Gelandangan
  • Perintah khidmat masyarakat (PKM)
  • Pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)
  • Mangsa bencana
Jabatan Kebajikan Masyarakat
جابتن كباجيكن مشاركت

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian
Intisari agensi
DibentukApril 1946; 78 tahun yang lalu (1946-04)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
Eksekutif Kerajaan
  • "Kosong”, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Laman sesawang
www.jkm.gov.my

Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah ditempatkan di bawah beberapa kementerian:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya (1946 - 1951)
  • Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial (1952 - 1955)
  • Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1956 - 1957)
  • Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1958 - 1959)
  • Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1960 - 1962)
  • Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1963)
  • Kementerian Kebajikan Am (1964)
  • Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia (1982)
  • Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Oktober 1990)
  • Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2004)

Pautan luar sunting