Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

jabatan kerajaan di Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اسلام مليسيا; singkatan: JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia.[1] Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Kini, JAKIM diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Dato' Abdul Aziz Jusoh.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
جابتن كماجوان اسلام مليسيا
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
LOGO JAKIM - OUTLINE.png
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 Januari 1997; 24 tahun yang lalu (1997-01-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
Kakitangan1,400 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 810,890,000 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pengarah
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Tapak webwww.islam.gov.my

SejarahSunting

Pada tahun 1969, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.

Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan BAHEIS.

KepengarahanSunting

JAKIM mula menerima Ketua Pengarah sejak 1995 dengan pelantikan Abdul Hamid Zainal Abidin. Berikut merupakan senarai ketua pengarah JAKIM sejak 1995 hingga kini:

Nama Tahun khidmat
Abdul Hamid Zainal Abidin 1995 - 2001
Mohamad Shahir Abdullah 2001 - 2004
Mustafa Abdul Rahman 2004 - 2007
Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz 2007 - 2011
Othman Mustapha 2011 - 2018
Mohamad Nordin Ibrahim 2018 - 2019
Paimuzi Yahya 2020
Abdul Aziz Jusoh 2021 - kini

PerananSunting

JAKIM berperanan sebagai sebuah badan penyelaras pembangunan agama dan kemajuan ummah di Malaysia[2]. Ia juga berperanan menjalankan penyelarasan hal ehwal agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan dan berwaspada supaya tidak melanggar garis tanggungjawab yang menjadi hak pentadbiran pada peringkat negeri[2].

JAKIM juga memainkan peranan sebagai urus setia bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)[3]. JAKIM turut mengendalikan tiga masjid utama[4] di Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

JAKIM turut bertanggungjawab terhadap penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia[5].

JAKIM juga turut berperanan dalam menyelaras dan membangunkan pendidikan Islam. JAKIM mengendalikan pusat pendidikan dan latihan seperti Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Darul Quran[6]. Selain itu, JAKIM juga mengendalikan modul Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)[7] yang dilaksanakan di premis yang berdaftar dengan agensi agama Islam negeri-negeri.

Pensijilan HalalSunting

Pengurusan halal telah diterokai JAKIM seawal tahun 1974.[8] Ia bermula dengan penglibatan Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri dalam memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang patuh syariah. Pengesahan Halal mula diperkenalkan dalam bentuk persijilan dan logo pada 1994. Manakala proses pemeriksaan mula dilakukan pada tahun 1998 dan syarikat Ilham Daya dilantik oleh pihak kerajaan Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut[9].

Namun pada tahun 2002, pihak kerajaan telah mengarahkan semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam. Melihat kepada perkembangan pesat industri makanan di negara ini, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal. Pada tahun 2008, pengurusan pensijilan halal sekali lagi diserahkan kepada pihak swasta iaitu Halal Industry Development Corporation sebelum dikembalikan semula peranan dan fungsinya kepada pihak JAKIM berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009[9]

Pengurusan pensijilan halal JAKIM merupakan antara model pengurusan pensijilan halal terbaik di dunia selepas memperoleh beberapa pengiktirafan peringkat antarabangsa[10].

RujukanSunting

  1. ^ "Sejarah JAKIM". JAKIM. JAKIM. 13 March 2018. Dicapai pada 13 July 2020.
  2. ^ a b Dr Muhamad Razak Idris (15 Jun 2018). "Peranan JAKIM dan cabaran masa depan". Berita Harian. Diarkibkan from yang asal pada 15 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  3. ^ Norhafzan Jaafar (29 November 2019). "Waktu Subuh lewat 8 minit babitkan seluruh negara - JAKIM". Berita Harian. Diarkibkan from yang asal pada 15 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ AlHijrah Online (15 Mei 2020). "JAKIM: Hanya Masjid Negara zon hijau, mulai solat Jumaat hari ini". AlHijrah Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2020. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ BERNAMA (4 Julai 2019). "Penyelarasan, penyeragaman undang-undang syariah dilaksana tahun depan". Berita Harian. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Zaki Sapuan (20 Oktober 2018). "Darul Quran JAKIM; Model Tahfiz Berprestij". The Patriots. Diarkibkan from yang asal pada 15 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  7. ^ Mohd Iskandar Ibrahim (16 Julai 2020). "Projek rintis KAFA ditunda tahun depan". Berita Harian. Dicapai pada 15 Januari 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ Haika Khazi (8 September 2019). "JAKIM perlu kekal peneraju halal". Berita Harian. Diarkibkan from yang asal pada 15 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  9. ^ a b Abdul Razif Zaini & Rosfazila Abd. Rahman. "Kesedaran mempamer logo Halal di Premis Menjual Makanan: Satu Kajian Tinjauan".
  10. ^ Hasniza Hussain (28 September 2019). "Jakim terima dua anugerah jenama terbaik halal". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting