Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) ialah sebuah agensi berkanun kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 8 Januari 2004. JKJR sebagai peneraju advokasi keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya. JKJR juga memainkan peranan sebagai penyelaras bagi inisiatif-inisiatif baru ke arah peningkatan keselamatan jalan raya. Di samping itu, jabatan ini merupakan urusetia kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR). JKJR ialah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.[1]
JKJR | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 8 Januari 2004 |
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
Ibu pejabat | Galeria PJH, Aras 3, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pengangkutan Malaysia |
Laman sesawang | www |
Peranan dan fungsi
sunting- Merancang dan menyelaras strategi berkaitan keselamatan jalan raya;
- Melaksanakan kempen kesedaran jalan raya bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya;
- Libat urus bersama pemegang taruh dalam program pendidikan, advokasi dan intervensi mengenai keselamatan jalan raya; dan
- Penggerak kepada MKJR di peringkat kebangsaan dan negeri.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ JKJR: Mengenai kami Diarkibkan 2020-03-06 di Wayback Machine Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2018.