Jabatan Meteorologi Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ميتيورولوڬي مليسيا; singkatan: METMalaysia) merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memantau keadaan cuaca di darat, laut dan udara secara berterusan di seluruh negara. Selain itu, METMalaysia mengeluarkan ramalan, nasihat, amaran cuaca dan lautan serta tinjauan iklim bagi mengurangkan risiko bencana. METMalaysia juga membekalkan perkhidmatan meteorologi penerbangan untuk melancarkan operasi penerbangan pesawat udara dan perkhidmatan geofizik bagi mengesan kejadian gempa bumi serta pengeluaran amaran tsunami untuk Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia
جابتن ميتيورولوڬي مليسيا
Kerajaan Malaysia
Logo rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia
Intisari agensi
JenisKerajaan
Ibu pejabatJalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor
Kakitangan1,037 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Muhammad Helmi bin Abdullah, Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia
Agensi induk
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Laman sesawang
www.met.gov.my

Visi sunting

Menjadi agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik.

Misi sunting

Membekal perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang cekap dan berkesan untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari selaras dengan keperluan negara dan antarabangsa.

Teras Strategik sunting

  • Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan cuaca bagi mengurangkan risiko bencana
  • Memantapkan perkhidmatan meteorologi penerbangan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penerbangan
  • Memperkasakan perkhidmatan gempa bumi dan tsunami bagi mengurangkan risiko bencana gempa bumi dan tsunami
  • Memperkukuhkan perkhidmatan iklim bagi kemakmuran negara
  • Memperkasakan pembangunan modal insan

Organisasi sunting

Jabatan Meteorologi Malaysia

  • Ketua Pengarah
    • Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal)
      • Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Teknikal
      • Pusat Iklim Nasional
      • Bahagian Latihan Teknikal
      • Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa
      • Bahagian Komunikasi Meteorologi
    • Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
      • Pusat Operasi Cuaca & Geofizik Nasional
      • Bahagian Teknikal Cuaca & Geofizik
      • Bahagian Radar & Satelit Meteorologi
    • Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional
    • Pejabat-pejabat Meteorologi Negeri
    • Bahagian Pengurusan & Pentadbiran
    • Pusat Instrumentasi Meteorologi & Sains Atmosfera
    • Unit Komunikasi Korporat
    • Unit Integriti


Rujukan sunting