Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Tulisan Jawi: جابتن ڤندعواان شرعية ولايه ڤرسكوتوان) telah ditubuhkan pada 1 November 2016.[1] Penubuhan tersebut adalah hasil Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 21 Julai 2014 yang bersetuju dengan cadangan pengasingan dan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan
جابتن ڤندعواان شرعية ولايه ڤرسكوتوان
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1 November 2016; 7 tahun yang lalu (2016-11-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatKuala Lumpur
Kakitangan36 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 3,426,900 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • , Ketua Pengarah
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Seawal penubuhannya, sebanyak 36 jawatan telah diperuntukkan sebagaimana yang disenaraikan di dalam Waran Perjawatan Bil.A 277 Tahun 2016 termasuk 3 jawatan di cawangan Labuan. Japens WP diketuai oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Deris selaku Pengarah merangkap Ketua Pendakwa Syarie bagi Wilayah Persekutuan.

Objektif Dan Kepentingan sunting

Langkah pengasingan bahagian pendakwaan syariah dan pewujudan sebuah jabatan baharu adalah selaras dengan agenda dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mensasarkan objektifnya untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat.

Selain itu, bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk sentiasa peka terhadap kemaslahatan umum dengan memenuhi Maqasid Syariah dalam pelaksanaan setiap dasar yang dibuat, penubuhan JAPENS WP dilihat sebagai sebagai satu langkah yang tepat dan progresif agar setiap hasrat murni kerajaan ke arah matlamat tersebut tercapai.

JAPENS WP ditubuhkan bagi mencapai beberapa objektif utama iaitu menyelesaikan isu doktrin pengasingan kuasa di antara kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif. Selain itu, penubuhan JAPENS WP adalah salah satu langkah memantapkan kedudukan institusi perundangan syariah di Malaysia, mempertingkatkan imej, kecekapan dan keberkesanan dalam sistem penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan peningkatan kadar jenayah syariah di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

Visi sunting

“Menjadi agensi pendakwaan syariah di Wilayah Persekutuan yang berintegriti dan berakauntibiliti.”

Misi sunting

“Melaksanakan pendakwaan syariah yang bebas, berkualiti, berintegriti dan selaras dengan hukum syara’ dan peruntukan undang-undang syariah.”

Rujukan sunting

Pautan luar sunting