Jabatan Perang Amerika Syarikat

Jabatan Perang Amerika Syarikat, juga dipanggil Jabatan Perang (dan kadang-kala Pejabat Perang di awal tahunnya), adalah jabatan Kabinet Amerika Syarikat yang pada asalnya bertanggungjawab bagi operasi dan penyelenggaraan Tentera Darat Amerika Syarikat, juga memikul tanggungjawab bagi hal ehwal tentera laut sehingga penubuhan Jabatan Tentera Laut pada tahun 1798, dan bagi kebanyakan tentera udara yang berpangkalan di darat sehingga kewujudan Jabatan Tentera Udara pada 18 September 1947.

Jabatan Perang Amerika Syarikat
Mohor Jabatan Perang A.S.
Intisari agensi
Dibentuk7 Ogos 1789
Dibubarkan18 September 1947
Agensi-agensi yang mengambil alih
JenisJabatan eksekutif
Menteri bertanggungjawab
Agensi anak

Setiausaha Perang adalah penjawat awam yang mempunyai tanggungjawab seperti kewangan dan pembelian serta peranan kecil dalam pengarahan hal ehwal ketenteraan, mengepalai Jabatan Perang di sepanjang kewujudannya.

Jabatan Perang wujud dari 7 Ogos 1789[1] sehingga 8 September 1947, apabila ia dipecahkan kepada Jabatan Tentera Darat dan Jabatan Tentera Udara dan disertai Jabatan Tentera Laut sebagai sebahagian daripada Lembaga Ketenteraan Nasional (NME) yang baru, dinamakan semula Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 1949.

Organisasi sunting

Setiausaha Perang Amerika Syarikat, anggota Kabinet Amerika Syarikat, mengepalai Jabatan Perang.

Akta Keselamatan Negara 1947 menggabungkan Jabatan Perang dan Jabatan Tentera Laut kedalam Lembaga Ketenteraan Nasional, kemudian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari yang sama akta ini telah ditandatangani, Perintah Eksekutif 9877 memfokuskan fungsi ketenteraan dan tanggungjawab utama[2] dengan fungsi-fungsi Jabatan Perang dibahagikan antara Jabatan Tentera Darat dan Jabatan Tentera Udara yang baru.

Selepas Perang Dunia II, kerajaan Amerika memutuskan untuk membuang perkataan 'Perang' ketika merujuk kepada pimpinan awam ke atas tentera. Peninggalan bekas istilah adalah Maktab Perang Tentera Darat, Maktab Perang Tentera Laut dan Maktab Perang Udara, yang masih melatih para pegawai tentera A.S. dalam taktik medan tempur dan strategi pertempuran perang.

Mohor jabatan sunting

Tarikh "MDCCLXXVIII" dan designasi "Pejabat Perang" menandakan asalnya mohor ini. Tarikh (1778) merujuk kepada tahun penubuhannya. Istilah "Pejabat Perang" digunakan semasa Revolusi, dan selama bertahun-tahun kemudian, dikaitkan dengan Markas Tentera Darat.

Lihat juga sunting

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ "The Establishment of the Department of War - US House of Representatives: History, Art & Archives". house.gov. Dicapai pada December 16, 2016.
  2. ^ http://www.nationalmuseum.af.mil/factsheets/factsheet.asp?id=1845

Bibliografi sunting

  • Cline, Ray S. Washington Command Post: The Operations Division, United States Army in World War II. (1950)
  • Coffman, Edward M. The Regulars: The American Army, 1898–1941 (2007) excerpt and text search
  • Coffman, Edward M. The hilt of the sword: the career of Peyton C. March (1966), on World War I
  • Hewes, James E. From Root to McNamara: Army Organization and Administration, 1900–1963. (1975)
  • Koistinen, Paul A. C. Beating Plowshares into Swords: The Political Economy of American Warfare, 1606–1865 (1996) excerpt and text search
  • Koistinen, Paul A. C. Mobilizing for modern war: the political economy of American warfare, 1865–1919 (1997)
  • Koistinen, Paul A. C. Planning War, Pursuing Peace: The Political Economy of American Warfare, 1920–1939 (1998) excerpt and text search
  • Koistinen, Paul A. C. Arsenal of World War II: the political economy of American warfare, 1940–1945 (2004)
  • Shannon, Fred. The Organization and Administration of the Union Army 1861–1865 (2 vol 1928) vol 1 excerpt and text search; vol 2 excerpt and text search
  • Pogue, Forrest C. George C. Marshall, Volume 2: Ordeal and hope, 1939–1942 (1967)
  • Pogue, Forrest C. George C. Marshall, organizer of victory, 1943–1945 (1973)
  • White, Leonard D. The Federalists: a Study in Administrative History, (1948).
  • White, Leonard D. The Jeffersonians: A Study in Administrative History, 1801–1829 (1965)
  • White, Leonard D. The Jacksonians: A Study in Administrative History, 1829–1861. (1965)
  • White, Leonard D. The Republican Era, 1869–1901 a Study in Administrative History, (1958)
  • Wilson, Mark R. The Business of Civil War: Military Mobilization and the State, 1861–1865 (2006) excerpt and text search

Pautan luar sunting

Templat:Externalimage