Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1900 apabila A.L.M Scott dilantik sebagai Pegawai Perhutanan Negeri Sembilan yang pertama. Bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dalam mentadbir sumber hutan negeri. Mendapat nasihat teknikal dan professional dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia di dalam semua aspek pengurusan hutan, pembangunan perindustrian kayu-kayan, latihan dan pendidikan tentang faedah-faedah hutan selaras dengan kehendak-kehendak Dasar Perhutanan Negara.

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
جابتن ڤرهوتنن نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1900 (124 tahun yang lalu) (1900)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatWisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pengarah Perhutanan Negeri
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
forestry.ns.gov.my

Hutan di Negeri Sembilan adalah sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika Malaysia yang merupakan salah satu daripada ekosistem yang kaya dan kompleks di dunia. Ianya kaya dengan flora dan fauna yang unik dan amat mengkagumkan, bahkan juga mempunyai peranan yang tersendiri di dalam mengawal kestabilan dan kualiti alam sekitar. Hutan juga merupakan tempat perlindungan hidupan liar selain bertindak sebagai gedung simpanan sumber genetik disamping menjadi punca utama hasil hutan untuk kepentingan sosio-ekonomi negara.

Di bawah naungan pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan terdapat 3 Pejabat Hutan Daerah iaitu Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat (Seremban 2), Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur (Kuala Pilah) dan Pejabat Hutan Daerah Negeri Semblan Utara (Jelebu). Di samping bertanggungjawab mengurus dan mentadbir kawasan hutan di negeri ini, Jabatan Perhutanan juga bertanggungjawab menyusun strategi berasaskan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya pengurusannya menjadi lebih mantap dan efektif.

Wawasan sunting

Untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan.

Misi sunting

Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Objektif sunting

  1. Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
  2. Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
  3. Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
  4. Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan; air dan tanah; dan penggunaannya secara berkekalan.
  5. Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilaitambah yang tinggi.
  6. Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
  7. Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
  8. Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

[1]