Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

(Dilencongkan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam)

Jabatan Perkhidmatan Awam (Tulisan Jawi: جابتن ڤرخدمتن عوام; singkatan: JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.

Jabatan Perkhidmatan Awam
جابتن ڤرخدمتن عوام
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk22 Ogos 1934; 90 tahun yang lalu (1934-08-22)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya
Kakitangan4,849 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 2,027,907,500 (2018)
Eksekutif kerajaan
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Laman sesawang
www.jpa.gov.my

Objektif

sunting

Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  • Cepat dalam semua tindakan
  • Layanan mesra kepada pelanggan
  • Menepati masa yang dijanjikan
  • Telus dalam semua peringkat pengurusan
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai (reliability)
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan
  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.
  • Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.
  • Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.
  • Menentukan saiz dan struktur yang optimum.
  • Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang harmonis.

Fungsi

sunting

Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:

  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam);
  • Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
  • Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)); dan
  • Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)).

Sejarah

sunting

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.

Rujukan

sunting