Jabatan Standard Malaysia
Jabatan Standard Malaysia (JSM) (Tulisan Jawi: جابتن ستندرد مليسيا) merupakan Badan Standard Kebangsaan dan Badan Akreditasi Kebangsaan, memberi keyakinan penuh kepada pihak yang berkepentingan, menerusi perkhidmatan standardisasi dan akreditasi yang boleh dipercayai untuk persaingan global. Ditubuhkan pada 28 Ogos 1996, JSM adalah sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Sejak bertahun-tahun, JSM menjalankan peranan berkanun dalam standardisasi dan akreditasi dan dalam melaksanakan tugas dan fungsinya, ditadbir oleh Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549).[1]
Jabatan Standard Malaysia جابتن ستندرد مليسيا | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 28 Ogos 1996 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 4-7, Menara 2, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia |
Menteri bertanggungjawab |
|
Timbalan menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) |
Laman sesawang | www |
Visi
suntingDiterima Rakyat, Diiktiraf Dunia.
Misi
suntingUntuk menyediakan perkhidmatan standardisasi dan akreditasi yang kredibel untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi, masyarakat dan alam sekitar.
Sejarah
sunting- April 23, 1996 - Parlimen Malaysia meluluskan Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549)
- Ogos 28, 1996 - Penubuhan Jabatan Standard Malaysia melalui Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549)
- September 1, 1996 - Jabatan Standard Malaysia secara rasminya beroperasi di tingkat 21, Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor
- September 3, 2001 - Jabatan Standard Malaysia berpindah dari Shah Alam ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya
- 2008 - Jabatan Standard Malaysia berpindah ke Century Square, Cyberjaya
- April 5, 2019 - Jabatan Standard Malaysia berpindah ke bangunan sendiri di Aras 4-7, Menara 2, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya
Ketua Pengarah
sunting- YBhg Dato' A Aziz Mat (1996 - 1999)
- YBrs Tn. Hj. Ir. Mah Lok Abdullah (Mac 2000 - September 2000)
- YBhg Dato' Mariani Mohammad (Oktober 2000 - 29 September 2006)
- YBhg Datuk Fadilah Baharin (1 Oktober 2006 - 31 Januari 2020)
- YBrs Tn. Hj. Shaharul Sadri Alwi (3 Februari 2020 - sekarang)
Fungsi Utama
suntingBadan Standard Kebangsaan
suntingJSM sebagai badan standard kebangsaan merupakan ahli badan standardisasi antarabangsa iaitu International Organization for Standardization (ISO) dan International Electrotechnical Commission (IEC).
“Standard” bermaksud dokumen yang dibangunkan secara konsensus dan diluluskan oleh badan yang diiktiraf, yang memperuntukkan, untuk kegunaan biasa dan berulang (common and repeated), peraturan (rules), garis panduan (guidelines) atau ciri aktiviti atau keputusan, yang bertujuan untuk mencapai tahap optimum dalam konteks tertentu. perintah dalam yang pematuhannya adalah secara sukarela.
Tahap standard adalah berdasarkan faktor geografi, politik atau pencapaian ekonomi yang melibatkan aktiviti standardisasi. Secara umum, terdapat lima (5) tahap standard yang dikenalpasti seperti berikut:
- Standard Antarabangsa
- Standard Serantau
- Standard Kebangsaan
- Standard Pertubuhan
- Standard Standard Industri/ Syarikat/ Dalaman
Malaysian Standard (MS) merupakan standard kebangsaan yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Standard (SDC) di bawah Sistem Pembangunan Malaysian Standard dan diluluskan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berlandaskan Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549].
Badan Akreditasi Kebangsaan
suntingSebagai badan akreditasi kebangsaaan kami menyediakan pekhidmatan akreditasi yang berwibawa kepada badan-badan penilaian pematuhan untuk menembusi pasaran dengan lebih baik dan pengiktirafan global bagi kecekapan teknikal dan jaminan kualiti.
Sistem akreditasi JSM adalah mengikut standard antarabangsa ISO/IEC 17011 bagi memastikan perkhidmatan akreditasi yang diberikan adalah berkecuali, tidak bersifat diskriminasi dan berwibawa. Sistem akreditasi JSM dijamin adil dan berkecuali menerusi 3 tahap operasi iaitu strategi dan dasar, keputusan dan penilaian.
Perkhidmatan Akreditasi JSM sesuai bagi jenis organisasi berikut:
- Makmal Pengujian & Penentukuran
- Makmal Pengujian Perubatan
- Badan Pensijilan
- Badan Pemeriksa
- Penyedia Pengujian Kecekapan
- Badan Validasi dan Verifikasi
- Fasiliti Pengujian (GLP)
Objektif utama perkhidmatan akreditasi adalah menyediakan perkhidmatan akreditasi yang boleh dipercayai kepada makmal ujian dan penentukuran termasuk makmal ujian perubatan supaya akhirnya laporan ujian dan sijil penentukuran yang disahkan oleh SAMM diterima di peringkat antarabangsa. Mekanisme pengiktirafan yang diterima adalah melalui rangka kerja International Laboratory Accreditation Co-operation (ILAC) dan Asia Pacific Accreditation Cooperation (APAC).
Skim akreditasi (VOLUNTARI) ditawarkan oleh JSM terbuka kepada mana-mana makmal, badan pensijilan, badan pemeriksa dan penyedia ujian kecekapan tanpa mengira penggunaannya (swasta, kerajaan atau dalaman).
Skim Akreditasi yang ditawarkan oleh JSM adalah:
- Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)
- Skim Akreditasi Badan Pensijilan (ACB)
- Skim Akreditasi Badan Pemeriksa Malaysia (MIBAS)
- Skim Akreditasi Penyedia Pengujian Kecekapan Malaysia (MyPTP)
- Good Laboratory Practice Compliance Program (GLP CP)
- Skim Akreditasi Validasi & Verifikasi (V&V)
- Skim Akreditasi Makmal Penjagaan Kesihatan Primer (PHLAS)
Jawatankuasa Penasihat - Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia (MSDAM)
suntingFungsi utama Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia (MSDAM) ialah:
- Tertakluk kepada arahan dan pengawasan daripada Menteri, Ahli Majlis bertanggungjawab memberi nasihat dan cadangan untuk pertimbangan dan kelulusan Menteri dalam perkara-perkara berhubung standardisasi dan akreditasi berdasarkan Seksyen 13 (3) Akta 549.
- Ahli Majlis juga bertanggungjawab memastikan kesinambungan pelaksanaan aktiviti yang perlu dalam menyempurnakan tugas dan fungsi berkaitan standardisasi dan akreditasi serta perkara-perkara berkaitan.
- Subject to Act 549 and any direction of the Minister, the Council may establish the rules for their own activities.[2]
Contoh Malaysian Standard (MS)
sunting- MS 974 Specification for Rubber Swimming Fins
- MS 1722 Occupational Safety and Health Management Systems – Requirements