Jabatan Sukarelawan Malaysia

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dahulunya dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia ialah sebuah persatuan sukarelawan beruniform di Malaysia yang ditugaskan untuk membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan negara.

Ahli-Ahli RELA Kor Kota Kinabalu

SejarahSunting

Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, RELA telah ditubuhkan di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964.[1] Penubuhan RELA memberi kesempatan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memelihara kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara.

Pada 17 hb Mac 2020,kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa RELA diberi kuasa untuk membantu pihak Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didalam masa pandemik Covid 19.

PerananSunting

Di antara tugas-tugas RELA ialah:

  • Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
  • Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
  • Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

KekuatanSunting

Kerajaan menyasarkan menjelang tahun 2012, RELA akan mempunyai keanggotaan berjumlah 2.5 juta anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehingga April 2010, kekuatan anggota RELA adalah sebanyak 1.2 juta anggota.[2].

Lihat jugaSunting

RujukanSunting