Buka menu utama

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Tulisan Jawi: جابتن واقف، زكاة دان حاج; singkatan: JAWHAR) telah diisytiharkan penubuhannya pada 27 Mac 2004 bersamaan 6 Safar 1425H oleh mantan Perdana Menteri Y.A.Bhg. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi semasa mengumumkan kabinet kerajaan Malaysia. Penubuhan jabatan ini merupakan titik permulaan dalam usaha Kerajaan Persekutuan membantu memajukan harta umat Islam sebagai sumber kekayaan dan kekuatan ummah pada masa hadapan.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
جابتن واقف، زكاة دان حاج
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk27 Mac 2004; 15 tahun yang lalu (2004-03-27)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya
Kakitangan76 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 15,176,800 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Ahmad Musadad Sulaiman, Ketua Pengarah
Agensi indukJabatan Perdana Menteri Malaysia
Tapak webwww.jawhar.gov.my

Iltizam mantan Perdana Menteri seterusnya dizahirkan lagi dalam ucapan beliau semasa pelancaran Rancangan Malaysia Ke-9 pada 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat:

Pelancaran rasmi JAWHAR telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr Abdullah bin Md Zin, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (menteri yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal Islam) pada 8 Oktober 2004 bersamaan 23 Syaaban 1425H, bertempat di Dewan 2, Aras Concourse, Pusat Konvensyen Putrajaya.Di dalam ucapan perasmiannya, mantan Y.B. Menteri menegaskan hasrat Kerajaan seperti berikut :

VisiSunting

Menjadi sebuah jabatan Kerajaan terunggul dalam memacu kemajuan ummah menerusi pengukuhan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah bertaraf dunia.

MisiSunting

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah menerusi pengukuhan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah melalui tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan terbaik.

ObjektifSunting

  1. Memperkasa dan memajukan pembangunan sosio-ekonomi ummah dalam bidang Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah melalui kerjasama erat dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri dan agensi-agensi berkaitan;
  2. Mempertingkatkan tadbir urus terbaik institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
  3. Meningkat kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam mengenai konsep Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah; dan
  4. Menyubur dan membudayakan turath (legasi) dalam amalan berwakaf di kalangan masyarakat Malaysia.

FungsiSunting

  1. Merancang, melaksana, memantau dan menyelaras pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah;
  2. Merancang dan menyelaras keperluan serta keseragaman sistem perundangan bagi pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
  3. Menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi-agensi Kerajaan serta GLC/pihak swasta dalam pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
  4. Menjalankan kajian serta penyelidikan, penerbitan dan penyelarasan mengenai isu dan program-program pembangunan khazanah umat Islam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummah; dan
  5. Membantu dan memberi khidmat sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan ICT kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri dan agensi-agensi berkaitan.

MottoSunting

“Bersama Membina Tamadun Ummah”Sunting

Motto JAWHAR menunjukkan harapan dan semangat JAWHAR dalam meningkatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi ummah. Bidang-bidang teras JAWHAR akan dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan tamadun ummah yang cemerlang secara keseluruhannya dan di Negara ini. Sehubungan itu, warga JAWHAR akan sentiasa komited untuk melaksanakan program dan agenda ke arah pembangunan tamadun ummah ini.

SloganSunting

“Bersama Memantapkan JAWHAR”Sunting

Slogan JAWHAR pula membawa pengertian yang sangat mendalam. Slogan ini merupakan seruan kepada setiap warga JAWHAR agar sentiasa bekerjasama dalam setiap perancangan dan perkara yang dijalankan oleh jabatan agar hasil diperolehi adalah yang terbaik dan merupakan hasil paduan usahasama jitu daripada setiap warga. Hasil daya usaha yang berterusan ini mampu memberikan pencapaian yang terbaik dan seterusnya menyumbang kepada matlamat JAWHAR ke arah pembinaan tamadun ummah. Dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab tersebut, setiap warga JAWHAR digesa untuk melaksanakannya dengan kaedah yang terbaik. Ia juga menunjukkan komitmen JAWHAR yang sangat mementingkan kualiti dalam setiap tindakan yang bakal diambil.

Kod EtikaSunting

Pembentukan jati diri warga JAWHAR turut disandarkan kepada penghayatan dan amalan beberapa nilai serta etika kerja yang dirangkumkan membentuk perkataan HIJRAH serta dijadikan falsafah pengurusan JAWHAR. Prinsip Hijrah ini diterangkan seperti berikut:

Piagam PelangganSunting

Beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai organisasi terunggul dalam memacu kemajuan ummah melalui pengukuhan institusi wakaf, zakat, mal dan haji dengan:

  1. Melaksanakan program tahunan Jabatan mengenai institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah dengan menjalin perkongsian pintar dengan MAIN, entiti Zakat negeri, pusat-pusat kecemerlangan tempatan serta antarabangsa dan Lembaga Tabung Haji mengikut jadual yang ditetapkan.
  2. Memberikan perkhidmatan sokongan kepada stakeholders dan pelanggan secara responsif, cepat dan berintegriti tidak lewat 2 hari bekerja.
  3. Memberikan khidmat nasihat kepada stakeholders dan pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima pertanyaan.
  4. Memastikan pembayaran bil-bil dibuat dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja.
  5. Memastikan laman web jabatan sentiasa informatif dan dikemaskini sepanjang masa.

Carta OrganisasiSunting

BahagianSunting

Unit Integriti Dan Komunikasi KorporatSunting

  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program berkaitan integriti dan pembangunan insan selaras dengan modul PNI, PIPA dan PIN.
  2. Melaksanakan akiviti perhubungan awam: aduan / maklumbalas pelanggan, pengurusan lawatan dan maklumat korporat jabatan.
  3. Menguruskan aktiviti yang melibatkan media massa.

Bahagian WakafSunting

  1. Menjalinkan kerjasama pintar pembangunan hartanah wakaf bersama GLC/Swasta dan lain-lain;
  2. Merancang, melaksana dan memantau program pembangunan wakaf dalam rancangan pembangunan ekonomi lima tahun Malaysia;
  3. Mewujudkan tatacara standard pengurusan kewangan dan perakuan untuk kegunaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN);
  4. Mewujud dan menyelaraskan pembangunan dan guna pakai sistem standard teknologi maklumat dan komunikasi ICT;
  5. Mengawasi pengurusan dan pembangunan harta wakaf;
  6. Memberi khidmat nasihat dan mudah cara dalam pembangunan organisasi dan urusan-urusan berkaitan wakaf;
  7. Mengendali kajian, menyediakan laporan dan mengemukakan perakuan mengenai isu-isu wakaf;
  8. Mengurus setia mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan dan persidangan berkaitan wakaf; dan
  9. Mewakili negara dalam perundingan dan forum rasmi berkaitan urusan wakaf.
  10. Melaksanakan projek-projek kecil berimpak besar menggunakan dana Kerajaan Persekutuan;
  11. Mengadakan kerjasama pintar dengan High Networth Individual Muslim (HNIM) dalam pembangunan hartanah wakaf menerusi program Corporate Social Responsibility (CSR).

Bahagian BaitulmalSunting

Unit ZakatSunting

  1. Merancang, menyelaras menyeragam dan memantapkan perundangan,peraturan,prosedur pengurusan kutipan dan prosedur agihan zakat untuk kegunaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Zakat Negeri (JZN).
  2. Mewujudkan tatacara standard pengurusan kewangan dan perakuan untuk MAIN/JZN dan syarikat mengurus zakat.
  3. Mengurusetia mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan dan persidangan berkaitan zakat.
  4. Memberi khidmat nasihat dan mudah cara dalam pembangunan organisasi dan urusan-urusan berkaitan zakat.
  5. Mengendali kajian, menyediakan laporan dan mengemukakan perakuan-perakuan mengenai isu-isu zakat.
  6. Mewujudkan dan menyelaraskan pembangunan dan guna pakai sistem standard teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh semua MAIN dan JZN; dan
  7. Mewakili negara dalam perundingan dan forum rasmi berkaitan urusan zakat.

Unit Sumber AmSunting

  1. Merancang,melaksana dan memantau program pembangunan sumber am dalam rancangan pembangunan ekonomi lima (5) tahun Malaysia;
  2. Merancang dan mendapatkan belanjawan pembangunan sumber am, harta pusaka, wasiat dan amanah seluruh negara;
  3. Merancang dan melaksanakan perkongsian pintar di kalangan institusi sumber am seperti Amanah Raya Berhad (ARB),Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), institusi perbankan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM),Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sosio-ekonomi ummah;
  4. Menyelaras dan memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran sumber am, wasiat, pusaka dan amanah;
  5. Menyelaras perundangan,prosedur dan tatacara sumber am seluruh negara; dan
  6. Merancang dan memacu pengwujudan dan pembangunan harta sumber am terutamanya institusi baitulmal di peringkat negeri.

Bahagian Penyelidikan Dan Kerjasama AntarabangsaSunting

  1. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisis maklumat pengurusan haji dan umrah;
  2. Mengkaji sistem pengurusan haji/umrah di dalam dan luar negara;
  3. Memantau isu-isu, menyedia laporan dan perakuan berkaitan haji/umrah;
  4. Memantau dan menyelaras hal-hal dasar berkaitan pengurusan haji/umrah dan pelaburan;
  5. Mengurus setia mesyuarat bersama pihak Tabung Haji dalam mesyuarat, perundingan dan forum rasmi berkaitan urusan haji;
  6. Merancang dan melaksanakan penyelidikan terhadap bidang berkaitan wakaf, zakat dan haji;
  7. Menjalin kerjasama pintar dengan Institusi Pengajian Tinggi/Penyelidikan di dalam bidang berkaitan;
  8. Melaksanakan tugas-tugas keurusetiaan ke atas Pelan Strategik JAWHAR dan menjalankan kajian strategik keperluan Jabatan;
  9. Menyediakan kertas cadangan berkaitan wakaf, zakat, mal dan haji untuk dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan; dan
  10. Melaksanakan tugas-tugas penerbitan jurnal dan makalah JAWHAR.

Bahagian Khidmat PengurusanSunting

Unit Sumber Manusia Dan PentadbiranSunting

  1. Pengurusan hal ehwal khidmat pengurusan;
  2. Menguruskan perolehan Jabatan;
  3. Pengurusan Aset Jabatan;
  4. Keurusetiaan Mesyuarat Jabatan;
  5. Pengurusan hal ehwal kakitangan;
  6. Menyelenggara fail Jabatan;
  7. Mengendalikan keceriaan dan keselamatan pejabat;
  8. Pengurusan hal ehwal latihan;
  9. Merancang dan menjalankan modul-modul latihan/kursus;

Unit KewanganSunting

  1. Pengurusan hal ehwal kewangan;
  2. Membuat Analisis Penyata Kewangan Hasil Projek-Projek Wakaf Dan Menjaga Akaun Baitulmal;

Seksyen Teknologi MaklumatSunting

  1. Merancang strategi sistem pengkomputeran JAWHAR bagi perkhidmatan ICT yang cekap dan berkesan;
  2. Memastikan pelaksanaan projek ICT mengikut perancangan ISP, dasar, pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan;
  3. Merancang, membangun, menyelaras, mengawasi pelaksanaan dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong perkhidmatan teras laman web JAWHAR;
  4. Mengkaji keperluan keselamatan perkakasan/perisian dan rangkaian serta memastikan sistem komputer berfungsi dengan baik dan berkesan;
  5. Memberi perkhidmatan teknikal dan menyelenggara kemudahan ICT;
  6. Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan ICT;
  7. Meningkatkan keupayaan pengurusan dan operasi JAWHAR melalui penggunaan ICT;
  8. Membantu JAWHAR melaksanakan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik; dan
  9. Mengawalselia keselamatan ICT selaras dengan garis panduan keselamatan ICT sektor awam.

Pautan luarSunting