Buka menu utama
Mohor Persatuan Jacobin menggunakan nama rasminya pada musim gugur 1792: Les amis de la Liberté et de l’Égalité ("Sahabat [pendukung] Kebebasan dan Kesaksamaan").

La société des Amis de la Constitution ("Persatuan Sahabat Perlembagaan"), kemudian dikenal di bawah nama Club des jacobins, merupakan antara persatuan utama dikenali peranannya dalam Revolusi Perancis.[1]:163 Ia dikenali sebagai suatu persatuan yang menumpukan kepada pemikiran bebas dengan gerakan yang sangat pantas dalam melaksanakan matlamat mereka melalui rangkaian mereka yang berkesan, lalu mereka menjadi suatu kuasa yang kuat dalam menggalang fahaman republikanisme sehingga menjadi antara pihak paling berpengaruh dalam Revolusi Perancis.

Persatuan ini itu mengambil namanya dari sebuah biara terletak di jalan Saint-Honoré - "college des Jacobins" - di mana persatuan ini diasaskan pada tahun 1789; tempat ini merupakan binaan tambahan yang wujud sejak antara 1611 dan 1613 terletak dari rue Saint-Jacques (Jacobus dalam bahasa Latin) di Paris.

Gambaran umumSunting

Keanggotaan dalam persatuan ini meningkat dengan banyaknya sejak berpangkalan di Paris di mana ia menjadi tempat utama mengemukakan perbincangan mengenai banyak isu berkaitan hak kenegarawanan yang belum pernah diketahui dan difikirkan dalam kalangan masyarakat ketika itu termasuk hak mengundi sejagat, pemisahan di antara agama dan negara dan sebagainya.[2]

Pada Julai 1794, Sidang Kebangsaan memutuskan bahawa Maximilien de Robespierre dan beberapa orang pengikutnya dianggap berbahaya serta menggugat kestabilan sidang tersebut, maka mereka ditahan serta dihukum penggal. Perkara ini melemahkan keutuhan persatuan ini dari segi peranan politiknya sehingga menyebabkan pembubarannya pada bulan November tahun sama.

KepimpinanSunting

PresidenSunting

Presiden yang dipilih memimpin persatuan ini dilantik setiap dua bulan, kemudiannya setiap dua minggu dengan dua anggota yang mentadbir bersama:[3]

RujukanSunting

  1. ^ Prat, Henri (1868). Études historiques. Révolution française (dalam bahasa Perancis). Paris: C. Borrani. 
  2. ^ "World History: The Modern Era". Worldhistory.abc-clio.com. Dicapai 11 Ogos 2012. 
  3. ^ Projet de réglement pour la Société des amis de la Constitution: séante aux ...
  4. ^ a b A. Aulard (1897). La Société des Jacobins (PDF).