Jacques Cartier (31 Disember 1491 – 1 September 1557), dibaptiskan Jakez Karter) merupakan penjelajah yang dianggap sebagai penemu utama untuk Kanada. Pada tahun 2005, karyanya Bref récit et succincte narration de la navigation faite en MDXXXV et MDXXXVI telah digelarkan sebagai buku yang paling mustahak dalam sejarah Kanada oleh "Ulasan Sastera Kanada" (Literary Review of Canada).

Portret Jacques Cartier oleh Théophile Hamel, k.k. 1844. Tiada portret sezamannya yang diketahui.

Cartier dilahirkan di Saint-Malo, sebuah perkampungan desa yang kecil di duchy Brittany yang kemudiannya digabungkan ke dalam Perancis pada tahun 1532. Berasal daripada sebuah keluarga pelaut yang bereputasi baik, beliau membaiki lagi taraf sosialnya pada tahun 1520 melalui perkahwinannya dengan Catherine des Granches, seorang daripada keluarga pemilik kapal yang utama. Nama baiknya di Saint-Malo dapat diperlihatkan daripada namanya yang kerap termuncul sebagai ayah pembaptisan atau saksi dalam daftar pembaptisan.


Pelayaran sulung, 1534 sunting

Raja Perancis, François I, melantikkan Cartier untuk mencari "certaines îles et pays où l'on dit qu'il se doit trouver grande quantité d'or et autres riches choses" ("pulau-pulau dan tanah-tanah yang dikatakan mempunyai banyak emas dan kekayaan yang lain").

Pada tahun 1534, Cartier memulakan pelayarannya dengan penuh harapan untuk menemui laluan barat ke pasaran-pasaran yang kaya di Asia. Bermula daripada 10 Mei dalam tahun itu, beliau menjelajah sebahagian Newfoundland serta bahagian-bahagian yang kini merupakan Kanada Samudera. Melalui sistem barter, beliau menukarkan bulu dengan orang India Micmac (kemungkinannya dekat Teluk Chaleur), dan mendapat tahu tentang sebatang sungai yang lebih jauh di barat (St. Lawrence) yang beliau berharap akan merupakan laluan ke Asia yang lama dicarinya.

Bagaimanapun, Cartier tidak mencapai Sungei St Lawrence sewaktu pelayaran sulung ini. Sebaliknya, beliau masuk ke Teluk Gaspé, dan mendarat buat pertama kali di tempat yang kini dipanggil Gaspé, Quebec. Cartier menanam sebuah salib yang tingginya 30 kaki dan menuntut wilayah itu untuk negara Perancis. Beliau membohongkan Ketua Donnacona bahawa salib itu hanya merupakan mercu tanda dan tidak beberapa mustahak. Sewaktu pelayaran ini, Cartier menangkap dua orang anak Ketua Donnacona, iaitu Domagaya dan Taignoagny, dan membawa mereka balik ke Perancis. Cartier juga membina hubungan diplomatik dengan orang-orang asli.

Pelayaran kedua, 1535-1536 sunting

Cartier memulakan pelayarannya yang kedua pada 19 Mei dalam tahun yang berikut dengan tiga buah kapal, 110 orang anak kapal, dan dua orang budak lelaki orang asli. Sewaktu sampai di St. Lawrence, beliau memudiki sungai itu buat pertama kali, dan tiba di desa Huron, Stadacona (tapak Québec City pada hari ini), di mana Ketua Donnacona bersatu semula dengan kedua-dua anaknya.

Cartier meninggalkan kapal-kapal utamanya di pelabuhan dekat Stadacona, dan menggunakan kapal yang terkecil untuk memudiki sungai. Beliau melawat Hochelaga (kini Montreal) sewaktu tiba di sana pada 2 Oktober 1535. Hochelaga adalah jauh lebih menarik berbanding desa Stadacona yang kecil dan kotor. Melebihi seribu orang Huron datang ke pinggir sungai untuk menyambut mereka. Tapak ketibaan itu telah dikenalpasti sebagai permulaan Sainte-Marie Sault, iaitu, lokasi "Jambatan Jacques Cartier" pada hari ini. Selepas dua hari dengan orang-orang Huron, Cartier kembali ke Stadacona pada 11 Oktober. Tidak diketahui dengan tepat bila Cartier memutuskan untuk menghabiskan tempoh musim sejuk 1535-1536 di Kanada, tetapi keputusan itu harus dibuat sebelum ketibaannya di Stadacona, kerana telah terlalu lambat untuk beliau berpulang ke Perancis.

Sewaktu musim sejuk ini, Cartier menyusun sebuah gazetir yang merangkumi banyak halaman mengenai tabiat orang asli, khususnya kebiasaan mereka untuk memakai sarung balut kaki dan mokasin, walaupun terlalu sejuk.

Dari pertengahan November 1535 sehingga pertengahan April 1536, angkatan Perancis terbeku di muara Sungai St. Charles, di bawah Batu Quebec. Tebalnya air batu di dalam sungai 1.8 meter dan salji di pantai 1.2 meter. Memburukkan lagi ketidakselesaan, orang-orang Huron menghidapi skurvi, dan kemudiannya orang-orang Perancis. Di dalam jurnalnya, Cartiers menyatakan bahawa sesampai pertengahan Februari, "daripada 110 orang kami, tiada sepuluh orang yang cukup sihat untuk membantu yang lain, sesuatu perkara yang menimbulkan rasa belas sewaktu dilihat". Cartier menganggarkan bahawa 50 orang Huron telah maut dalam peristiwa ini.

Salah seorang orang asli yang hidup ialah Domagaya, anak ketua yang telah diambil ke Perancis pada tahun yang lalu. Sewaktu Domagaya melawat kubu Peranci sebagai tanda persahabatan, Cartier menanyakannya dan mendapat tahu tentang sejenis campuran yang dibuat daripada pokok "annedda", iaitu pokok sedar putih yang boleh merawati skurvi. Kemungkinannya, ubat inilah yang menyelamatkan ekspedisi Cartier daripada pemusnahan, dan pada akhir musim sejuk, 85 orang Perancis masih hidup.

Bersedia untuk berpulang ke Perancis pada awal Mei 1536, Cartier memutuskan untuk menculik Ketua Donnacona, supaya ketua itu dapat sendiri menceritakan tentang negara di utara yang digelarkan "Kemaharajaan Saguenay", yang dikatakan penuh dengan emas, batu delima, dan harta karun. Selepas satu perjalanan yang payah ke hilir St. Lawrence, dan pelintasan Atlantik selama tiga minggu, Cartier tiba di Saint-Malo pada 15 Julai 1536. Dengan ketibaan ini, pelayaran Cartier yang kedua dan yang paling berfaedah bertamat selepas empat belas bulan.

Setelah menentukan jalan masuk ke St. Lawrence dalam pelayarannya yang pertama, Cartier kini membukakan jalan air yang teragung untuk penembusan Amerika Utara oleh Eropah. Beliau membuat anggaran yang bijak mengenai sumber-sumber Kanada, termasuknya yang sumber semulajadi dan bilangan penduduk, selain daripada membesar-besarkan kekayaan galiannya. Sedangkan sebahagian tindakan-tindakannya terhadap orang Wendat adalah mengaibkan, Cartier kekadang pernah mencuba mengasaskan persahabatan dengan mereka dan orang-orang asli yang lain di tebing Sungai St. Lawrence — satu perbuatan persediaan yang amat diperlukan untuk penempatan penduduk Perancis di tanah mereka.

Pelayaran ketiga, 1541-1542 sunting

Pada 23 Mei 1541, Cartier meninggalkan Saint-Malo untuk pelayarannya yang ketiga dengan lima kapal. Pada kali ini, segala niatnya untuk mencari laluan ke Timur telah dilupakan. Sasarannya pada waktu itu ialah untuk mencari "Kemaharajaan Saguenay" dan kekayaannya, dan untuk mengasaskan penempatan yang tetap di pinggir St. Lawrence.

Melabuhkan angkatannya di Stadacona pada 23 Ogos, Cartier sekali lagi bertemu dengan orang-orang Huron, tetapi selepas berasa bimbang melihat "pertunjukan kegembiraan" mereka, beliau memutuskan untuk tidak membina penempatan di sana. Melayar sembilan batu menujui ulu sungai ke suatu tempat yang beliau pernah nampak sebelum ini, Cartier memutuskan untuk menetap di tapak yang kini di gelar Cap-Rouge, Quebec. Banduan-banduan dan kolonis-kolonis yang lain didaratkan, lembu-lembu yang masih hidup di atas kapal dibebaskan, tanah dibajak untuk menjadi kebun sayur, dan biji benih kubis, lobak putih serta pokok salad ditanam. Sebuah penempatan berkubu dicipta dan digelarkan Charlesbourg-Royal. Lagi sebuah kubu yang dapat melihat penempatan itu juga dibina untuk perlindungan tambahan.

Selepas mengatur tugas-tugas untuk setiap orang, Cartier meninggalkan tempat itu dengan perahu-perahu panjang untuk mencari "Saguenay" pada 7 September. Selepas ketibaannya di Hochelaga, beliau dihalang oleh cuaca yang buruk serta jeram yang terlalu banyak daripada penerusannya memudiki Sungai Ottawa.

Berpulang ke Charlesbourg-Royal, Cartier mendapati keadaan sungguh tidak menyenangkan. Orang-orang Huron tidak lagi membuat lawatan ataupun menjajakan ikan dan binatang buruan, tetapi merayau-rayau dalam cara yang sungguh mencurigakan. Tiada rekod yang wujud mengenai musim sejuk 1541-1542 dan maklumat harus dikutip daripada perincian yang tidak banyak daripada anak-anak kapal yang pulang. Kelihatannya, orang-orang Red Indian telah menyerang dan makan 35 orang peneroka sebelum orang Perancis dapat berundur ke belakang kubu. Walaupun skurvi telah disembuhkan melalui ubat asli, tanggapan yang tertinggal ialah kesengsaraan yang umum, serta keyakinan Cartier yang semakin berkembang bahawa beliau tidak mempunyai tenaga manusia yang mencukupi untuk melindungi pangkalannya ataupun untuk mencari Saguenay. Setiap orang menaiki tiga buah kapal yang tertinggal pada awal Jun 1542, dan tiba di Eropah pada Oktober 1542. Ini merupakan pelayaran Cartier yang terakhir.

Cartier menghabiskan seumur hidupnya di Saint-Malo dan di ladang yang berdekatan. Beliau meninggal dunia disebabkan oleh wabak pada 1 September 1557 ketika berumur 66 tahun. Beliau meninggal sebelum penempatan Eropah yang tetap dapat dibina di Kanada; ini kena menunggu Samuel de Champlain pada 1608.

Pusaka sunting

Sedangkan Cartier biasanya dianggap sebagai "penemu Kanada", tuntutan ini harus dipertimbangkan dengan berhati-hati. Pada tahun 1534, orang Eropah telah menjelajah kebanyakan daripada Pantai Timur Amerika Utara. Tidak mengira Viking, Pantai Timur telah dijelajahkan sebelum Cartier (dan kemungkinnya sebelum Christopher Columbus juga; sila lihat: João Vaz Corte-Real) untuk tuntutan pihak British (oleh John Cabot), Perancis (oleh Giovanni da Verrazano) dan kemaharajaan Portugis (oleh [ayandanda dan anakanda [Corte-Real]]).

Sumber-sumber perikanan di Grand Banks, Newfoundland telah pun didieksploitasi, khususnya oleh nelayan Breton dan Bask, sehingga laluan Cartier yang pertama di antara Newfoundland dengan benua Eropah telah pun menjadi terkenal dan sering diguna sewaktu itu. Setakat Newfoundland merupakan sebahagian Kanada, Cartier tidak boleh diperikan sebagai "penemu Kanada".

Sumbangan Cartier lebih merupakan orang Eropah yang pertama untuk menembusi benua itu, dan lebih tepat lagi, kawasan dalaman timur di pinggir Sungai St. Lawrence yang akan merupakan kawasan pertama yang didiami oleh orang Eropah di negara itu sejak Viking. Bagaimanapun, seseorang harus mempertimbangkan bahawa Newfoundland hanya menjadi sebahagian Kanada baru-baru ini sahaja (1949); tambahan pula, pada masa Cartier, "Kanada" telah digunakan untuk negara-negar pertama untuk memerikan bahagian dalaman untuk benua itu di mana terdapatnya banyak "desa-desa" ("kanata") yang merupakan bahagian selatan Québec yang sebenarnya. Dalam konteks ini, Cartier sebenarnya ialah orang Eropah yang pertama untuk menjelajah "Kanada". Tetapi setakat ini, penggunaan perkataan "penemu" mungkin terlalu ghairah, kerana kedua-dua anak lelaki Donnacona yang memandu Cartier dalam pelayarannya yang kedua untuk mencari laluannya di delta St. Lawrence sehingga desa Stadacona.

Meskipun perkara-perkara yang kritis ini, keupayaan profesional Cartier dapat dipastikan dengan mudah. Memandangkan bahawa Cartier:

  • melaksanakan tiga pelayaran penjejahan di perairan yang berbahaya dan tidak diketahui sewaktu itu tanpa menghilangkan sebuah kapal;
  • masuk dan keluar daripada lebih kurang lima puluh pelabuhan yang belum ditemui tanpa sebarang kemalangan yang serius; dan
  • anak-anak kapal yang mati merupakan mangsa waba di tanah;

beliau boleh dianggap sebagai salah seorang penjelajah yang terhemat pada zaman itu.

Tugu peringatan sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting