Jacques Rogge (lahir 2 Mei 1942 di Ghent, Belgium - 29 Ogos 2021[1]) ― merupakan Presiden kelapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Profesyen beliau ialah doktor bedah ortopedik. Rogge mengambil bahagian dalam pertandingan lumba layar di Sukan Olimpik 1968, 1972 dam 1976.

Beliau merupakan Presiden Jawatankuasa Olimpik Belgium dari 1989 hingga 1992, menyertai IOC pada 1991, dan menjadi ahli Lembaga Eksekutif pada 1998. Beliau dipilih sebagai Presiden IOC pada 16 Julai 2001 di Sesi IOC ke-112 di Moscow.

Rujukan sunting