Jadual berkala

paparan jadual unsur-unsur kimia
(Dilencongkan dari Jadual Berkala)

Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia.

Jadual berkala

Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur.

Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain.

Pengenalan sunting

Terdapat 118 unsur kimia yang diketahui pada masa kini. Jadual Berkala Unsur membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dengan lebih sistematik dan lebih mudah.

Di dalam Jadual berkala dinyatakan:

Dalam Jadual Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik secara mengufuk. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala.

Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama, iaitu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama.

Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan.

Jadual Berkala mengandungi lapan kumpulan iaitu:

Antara Kumpulan II dan Kumpulan III iaitu terletak di tengah-tengah Jadual Berkala, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan.

Jadual Berkala mempunyai 7 kala iaitu dari Kala 1 hingga Kala 7. Kala menunjukkan jumlah petala elektron dalam atom unsur. Kala 1 (1 petala elektron) mengandungi 2 unsur iaitu Hidrogen (H) dan Helium (He). Kala 2 dan 3 masing-masing mempunyai 8 unsur. Kala 4 dan 5 mempunyai 18 unsur manakala Kala 6 dan 7 mempunyai 32 unsur.

Sejarah sunting

Sejak abad ke-18 lagi, beberapa orang ahli sains telah bertungkus lumus untuk cuba mengelaskan unsur sehingga terhasilnya Jadual Berkala Unsur yang digunakan sekarang.

Ahli-ahli kimia yang dimaksudkan adalah:

Kumpulan sunting

Kumpulan jadual berkala adalah lajur menegak dalam jadual berkala bagi unsur. Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala piawai. Unsur dalam satu kumpulan mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam elektron valens (valence shell) mereka, yang memberikan mereka ciri-ciri serupa.

Nombor kumpulan sunting

Terdapat tiga sistem jumlah kumpulan; satu menggunakan nombor Arab dan dua yang lain menggunakan nombor Rom. Nama nombor Rom merupakan nama tradisi asal bagi kumpulan ini; nama nombor Arab adalah skema nama baru yang dicadangkan oleh IUPAC. Skema IUPAC dibangunkan untuk menggantikan sistem nombor Rom lama kerana nombor tersebut mengelirukan disebabkan menggunakan nama yang sama bagi benda berlainan.

Jadual berkala piawaian sunting

Kumpulan → 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
↓ Kala
1 1
H

2
He
2 3
Li
4
Be

5
B
6
C
7
N
8
O
9
F
10
Ne
3 11
Na
12
Mg

13
Al
14
Si
15
P
16
S
17
Cl
18
Ar
4 19
K
20
Ca
21
Sc
22
Ti
23
V
24
Cr
25
Mn
26
Fe
27
Co
28
Ni
29
Cu
30
Zn
31
Ga
32
Ge
33
As
34
Se
35
Br
36
Kr
5 37
Rb
38
Sr
39
Y
40
Zr
41
Nb
42
Mo
43
Tc
44
Ru
45
Rh
46
Pd
47
Ag
48
Cd
49
In
50
Sn
51
Sb
52
Te
53
I
54
Xe
6 55
Cs
56
Ba
*
72
Hf
73
Ta
74
W
75
Re
76
Os
77
Ir
78
Pt
79
Au
80
Hg
81
Tl
82
Pb
83
Bi
84
Po
85
At
86
Rn
7 87
Fr
88
Ra
**
104
Rf
105
Db
106
Sg
107
Bh
108
Hs
109
Mt
110
Ds
111
Rg
112
Cn
113
Nh
114
Fl
115
Mc
116
Lv
117
Ts
118
Og

* Lantanid 57
La
58
Ce
59
Pr
60
Nd
61
Pm
62
Sm
63
Eu
64
Gd
65
Tb
66
Dy
67
Ho
68
Er
69
Tm
70
Yb
71
Lu
** Aktinid 89
Ac
90
Th
91
Pa
92
U
93
Np
94
Pu
95
Am
96
Cm
97
Bk
98
Cf
99
Es
100
Fm
101
Md
102
No
103
Lr


Ini merupakan susunan umum jadual berkala yang memisahkan lantanid dan aktinid dari unsur lain. Jadual berkala lebar menggabungkan blok-f. Jadual berkala luas memasukkan kala ke-8 dan ke-9, menggabungkan blok-f dan menambahkan teori blok-g.

Siri kimia jadual berkala unsur

Keadaan pada suhu dan tekanan piawai (0 °C and 1 atm)
Gas Cecair Pepejal
Kemunculan
Sintetik Dari pereputan Purba Tidak dijumpai

Kaedah lain memaparkan unsur kimia sunting

Ini adalah jadual berkala Diarkibkan 2004-06-21 di Wayback Machine untuk getaran magnet (resonan magnet).

Penjelasan mengenai jadual berkala sunting

Jumlah atom kerangka elektron menentukan golongan kala yang mana ia berada. Setiap kerangka terbahagi kepada beberapa subkerangka (subshells), yang mana apabila nombor atom meningkat mengisi secara kasar susunan yang berikut:

Subpetala: S G F D P
Kala
1 1s
2 2s 2p
3 3s 3p
4 4s 3d 4p
5 5s 4d 5p
6 6s 4f 5d 6p
7 7s 5f 6d 7p
8 8s 5g 6f 7d 8p


Dengan itu terbentuk struktur jadual. Oleh kerana elektron paling luar akan menentukan ciri-ciri kimia, ia cenderung serupa dalam sesuatu kumpulan. Unsur yang bersebelahan dalam kumpulan yang sama mempunyai ciri-ciri fizikal yang serupa, walaupun mempunyai jisim yang berbeza. Unsur yang bersebelahan dalam jadual mempunyai jisim serupa tetapi ciri-ciri berlainan.

Sebagai contoh, berhampiran dengan nitrogen (N) dalam kala kedua jadual berkala unsur adalah karbon (C) dan oksigen (O). Walaupun unsur-unsur tersebut mempunyai jisim yang hampir serupa (ia berbeza hanya beberapa unit jisim atom), ia mempunyai sifat-sifat yang amat berbeza, sebagaimana yang boleh dilihat dengan melihat alotrop mereka: diatomic oksigen adalah gas yang menyokong pembakaran, diatomic nitrogen adalah gas yang tidak menyokong pembakaran, dan karbon adalah pepejal yang boleh dibakar (ya, berlian boleh dibakar!).

Sebaliknya, amat hampir kepada klorin (Cl) dalam kumpulan hampir akhir dalam jadual (halogen) adalah fluorin (F) dan bromin (Br). Walaupun terdapat perbezaan jisim yang ketara di antara setiap unsur dalam kumpulan tersebut, alotrop-alotropnya mempunyai sifat yang serupa: Semuanya bersifat mengkakis (semuanya bertindak balas dengan logam untuk membentuk garam logam halida); klorin dan fluorin adalah gas, sementara bromin mempunyai titik didih cecair yang amat rendah; klorin dan bromin mempunyai warna.

Sejarah sunting

Jadual awal dibentuk tanpa pengetahuan mengenai struktur dalaman atom: jika seseorang mengatur unsur menurut jisim atom (atomic mass), dan kemudian melakar ciri-ciri lain tertentu menurut jisim atom, akan kelihatan alunan atau perkalaan kepada ciri-ciri tersebut sebagai fungsi jisim atom.

Orang pertama menyedari kesamaan ini adalak ahli kimia Jerman Johann Wolfgang Döbereiner, yang pada 1829, menyedari beberapa triad unsur yang serupa:

Beberapa triad
Unsur Jisim atomik Ketumpatan
Klorin 35.5 0.00156 g/cm3
Bromin 79.9 0.00312 g/cm3
Iodin 126.9 0.00495 g/cm3
 
Kalsium 40.1 1.55 g/cm3
Strontium 87.6 2.6 g/cm3
Barium 137 3.5 g/cm3

Ini diikuti oleh ahli kimia Inggeris John Alexander Reina Newlands, yang menyedari pada tahun 1865 bahawa unsur yang jenisnya serupa akan berulang setiap lapan kali. Dia menyamakannya dengan oktaf muzik, namun hukum oktafnya telah ditertawakan oleh saintis sezaman dengannya. Akhirnya, pada tahun 1869, Lothar Meyer dari Jerman dan ahli kimia Rusia Dmitry Ivanovich Mendeleev membangunkan jadual berkala hampir pada masa yang sama, dengan menyusun unsur mengikut jisim. Bagaimanapun, Mendeleev meletakkan beberapa unsur luar daripada urutan jisim yang ketat supaya dapat memadankan cirinya dengan ciri 'jirannya' dengan lebih sesuai, membetulkan ralat dalam nilai beberapa jisim atomik, dan meramalkan kewujudan beberapa unsur baru serta ciri-cirinya dalam sel-sel kosong dalam jadualnya. Mendeleev kemudiannya dibuktikan benar dengan penemuan struktur elektronik dalam unsur pada akhir abad ke-19 dan ke-20.

Lihat juga sunting

Sumber lanjut sunting

  • Mazurs, E.G., "Graphical Representations of the Periodic System During One Hundred Years". University of Alabama Press, Alabama. 1974.
  • Bouma, J., "An Application-Oriented Periodic Table of the Elements". J. Chem. Ed., 66 741 (1989).

Pautan luar sunting