Jadual kodon DNA dan RNA

Jadual kodon boleh digunakan untuk menterjemah kod genetik menjadi jujukan asid amino.[1][2] Kod genetik yang piawai dilambangkan mengikut tradisi sebagai jadual kodon RNA, kerana apabila protein dibuat dala sel oleh ribosom, ia ialah RNA pengutus yang mengarahkan biosintesis protein.[2][3] Jujukan mRNA ditentukan oleh jujukan DNA genom.[4] Dalam konteks sedemikian, kod genetik piawai dirujuk sebagai jadual terjemahan 1.[3] Ia boleh juga dilambangkan dalam jadual kodon DNA. Kodon DNA dalam jadual sedemikian berlaku pada bebenang DNA bererti dan tersusun dalam arah 5′ hingga 3′.[5] Jadual berlainan dengan kodon berselang digunakan bergantung kepada sumber kod genetik, seperti daripada nukleus sel, mitokondrion, plastid, atau hidrogenosom.[6]

Gambar rajah membulat dipisah menjadi tiga gelung, dibahagikan menjadi tiga bahagian yang dilabelkan dengan huruf: G, U, A, dan C. Setiap huruf melambangkan nukleotida yang dijumpai dalam RNA. Gelung tengah terbahagi kepada empat kawasan yang ditanda dengan huruf yang unik. Gelung kedua terbahagi kepada 16 bahagian juga dilabelkan dengan nukleotida. Ia diatur agar tepi luaran huruf tengah menyentuh empat nukleotida yang unik. Gelung luaran ketiga, terbahagi kepada 64 bahagian yang dilabelkan dengan nukleotida, mengulang ini. Asid amino diletak di luar gambar rajah membulat dan berhubungan dengan nukleotida yang khusus. Menggunakan gambar rajah ini, satu boleh menyambung jujukan tiga nukleotida dengan asid amino yang khusus. Contohnya, "GUC" diberi, satu boleh mengikuti bahagian damping gelung dari tengah hingga ke luar: dari G hingga U dan U hingga C. Ini membawa kepada pengguna ke asid amino Alanina.
Jadual kodon RNA piawai diatur dalam roda
Heliks ganda dua terletak mengufuk. Heliks mengandungi pasangan huruf menegak (contohnya, G & C, C & G, dan A & T) yang melambangkan pasangan bes di dalam DNA. Huruf bawah setiap pasangan tertulis di bawah heliks. Huruf-huruf ini dalam kumpulan tiga (triplet). Di bawah setiap triplet ialah anak panah menunjuk asid amino yang sepadan. Contohnya, anak panah yang menunjuk dari "GCA" ke Alanina.
Tiga bes DNA yang berturutan, dipanggil triplet nukleotida atau kodon, diterjemah menjadi asid amino (GCA ke alanina, AGA ke arginina, GAT ke asid aspartik, AAT ke asparagina, dan TGT ke sisteina dalam contoh ini).

Terdapat 64 kodon yang berbeza dalam kod genetik dan jadual di bawah; paling menentukan asid amino.[7] Tiga jujukan, UAG, UGA, dan UAA, dikenali sebagai kodon henti,[nota 1] tidak kod untuk asid amino tetapi mengisyaratkan pengeluaran polipeptida nasen daripada ribosom.[8] Dalam kod piawai, jujukan AUG—dibaca sebagai metionina—boleh berkhidmat sebagai kodon mula dan, bersama dengan jujukan seperti faktor permulaan, memulaka terjemahan.[3][9][10] Dalam kejadian yang jarang, kodon mula dalam kod piawai boleh juga memasukkan GUG atau UUG; kodon ini biasanya melambangkan valina dan leusina, masing-masing, tetapi sebagai kodon mula ia diterjemahkan sebagai metionina atau formilmetionina.[3][10]

Jadual pertama—jadual piawai—boleh digunakan untuk menterjemah triplet nukleotida menjadi asid amino yang sepadan atau isyarat yang sesuai jika ia kodon mula atau henti. Jadual kedua, sesuai dipanggil songsang, buat yang sebaliknya: ia boleh digunakan untuk menyimpulkan kod triplet yang boleh jadi jika asid amino diketahui. Dengan pelbagai kodon boleh kod untuk asid amino yang sama, tatatanda asid nukleik Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) diberi dalam beberapa contoh.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Amino Acid Translation Table". Oregon State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2020. Dicapai pada 2 December 2020.
  2. ^ a b Bartee, Lisa; Brook, Jack. MHCC Biology 112: Biology for Health Professions. Open Oregon. m/s. 42. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2020. Dicapai pada 6 December 2020.
  3. ^ a b c d Elzanowski A, Ostell J (7 January 2019). "The Genetic Codes". National Center for Biotechnology Information. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2020. Dicapai pada 21 February 2019.
  4. ^ "RNA Functions". Scitable. Nature Education. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2008. Dicapai pada 5 January 2021.
  5. ^ Shu JJ (2017). "A new integrated symmetrical table for genetic codes". BioSystems. 151: 21–26. arXiv:1703.03787. doi:10.1016/j.biosystems.2016.11.004. PMID 27887904. S2CID 1121152.
  6. ^ "The Genetic Codes". National Center for Biotechnology Information. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2011. Dicapai pada 2 December 2020.
  7. ^ "Codon". National Human Genome Research Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2020. Dicapai pada 10 October 2020.
  8. ^ a b Maloy S. (29 November 2003). "How nonsense mutations got their names". Microbial Genetics Course. San Diego State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2020. Dicapai pada 10 October 2020.
  9. ^ Hinnebusch AG (2011). "Molecular Mechanism of Scanning and Start Codon Selection in Eukaryotes". Microbiology and Molecular Biology Reviews. American Society for Microbiology. 75 (3): 434–467. doi:10.1128/MMBR.00008-11. PMC 3165540. PMID 21885680.
  10. ^ a b Touriol C, Bornes S, Bonnal S, Audigier S, Prats H, Prats AC, Vagner S (2003). "Generation of protein isoform diversity by alternative initiation of translation at non-AUG codons". Biology of the Cell. 95 (3–4): 169–78. doi:10.1016/S0248-4900(03)00033-9. PMID 12867081.

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "nota" ada tetapi tag <references group="nota"/> yang sepadan tidak disertakan