Jeong Yun-o ( Hangul정윤오  ; lahir Jeong Jae-hyun ( Hangul정재현 ); 14 Februari 1997), lebih dikenali dengan nama panggungnya Jaehyun. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Jaehyun merupakan salah seorang ahli kumpulan lelaki Korea Selatan NCT dan sub-unitnya NCT U dan NCT 127, memulakan kerjaya pada April 2016 sebagai ahli unit bergilir NCT U dan sebagai ahli unit tetap NCT 127 yang bertapak di Seoul pada Julai 2016.

Jaehyun pernah menjadi hos program televisyen Inkigayo dari Oktober 2019 hingga Februari 2021. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang pelakon dengan menjadi peranan utama dalam siri televisyen kolej-romantik Dear. M (2022).

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Jaehyun dilahirkan pada 14 Februari 1997, di Daerah Seocho, Seoul, Korea Selatan. [1] Walaupun dia dilahirkan sebagai Jeong Jae-hyun ( Hangul정재현 ), dia kemudiannya secara sah menukar namanya kepada Jeong Yun-o ( Hangul정윤오 ). [1] Jaehyun tinggal dan belajar di Connecticut, Amerika Syarikat dari umur lima sehingga 10 tahun dan menggunakan nama Inggeris Jay Jeong. [2] Oleh itu, dia fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Korea. Jaehyun mula berminat dalam bidang muzik sejak usia muda kerana pengaruh ibu bapanya, dan mempelajari cara bermain gitar dan piano. Kemudian, beliau mula menyanyi semasa berada di sekolah menengah. Neneknya yang merupakan seorang penari profesional yang sudah bersara, membantunya dalam latihan tarian. [3] [4] Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Shindong dan Sekolah Menengah Tinggi Apgujeong. Beliau berpindah ke Sekolah Seni Persembahan Seoul pada tahun kedua menengah tinggi dan menamatkan pengajian pada tahun 2016. [5] [6] Jaehyun pernah menjawat jawatan sebagai presiden majlis pelajar. [3]

Kerjaya sunting

2012–2016: Pra-debut sunting

Jaehyun dipilih untuk menghadiri uji bakat di SM Entertainment pada tahun 2012 setelah ditemui oleh pencari bakat di hadapan sekolahnya. beliau mengikuti uji bakat dengan persembahan " Mama " yang dinyanyikan oleh Exo . [2] Pada 9 Disember 2013, beliau telah diperkenalkan sebagai ahli pasukan pelatih pra-debut, SM Rookies . [7] Pada tahun 2014, dia mengambil bahagian bersama ahli-ahli NCT dalam rancangan Exo 90:2014. Dalam rancangan tersebut, mereka mempersembahkan lagu-lagu dari tahun 1990-an. [8] Dari 21 Januari hingga 1 Julai 2015, beliau dan rakan sekumpulannya Doyoung menjadi pengacara di Show Champion . [9] Pada Julai 2015, dia dan ahli NCT yang lain, iaitu Ten bertanding dalam Hope Basketball All-Star . [10] Pada Disember 2015, Jaehyun membuat persembahan " A Whole New World " di Kelab Mickey Mouse, Disney Channel Korea. [2]

2016-2018: Kemunculan bersama NCT sunting

Pada April 2016, Jaehyun secara rasminya memulakan kerjaya sebagai ahli sub-unit pertama NCT, iaitu NCT U, dengan lagu single " The 7th Sense " dan " Without You ". [11] Pada 10 Julai, dia membuat debutnya sebagai ahli NCT 127 dengan albumEP pertama mereka, NCT#127 . [12] Pada Mac 2017, Jaehyun menyertai rancangan radio NCT Night Night sebagai DJ bersama ahli NCT127, Johnny. [13] Pada November 2017, Jaehyun dan Dear mengeluarkan lagu "Try Again" di bawah projek SM Station . [14] Pada bulan Disember, beliau muncul dalam video muzik "The Little Match Girl" yang dinyanyikan oleh Wendy dan Baek A-yeon . [15] Pada Januari 2018, Jaehyun mengeluarkan single "Timeless" bersama barisan NCT U baharu yang merupakan sebahagian daripada projek SM Station . [16]

2019–kini: Gerakan solo dan penampilan sulung sunting

Pada Oktober 2019, Jaehyun menjadi salah seorang pengacara program muzik Korea Selatan Inkigayo bersama Minhyuk dan Naeun, yang disiarkan pada setiap hari Ahad. [17] Pada 4 September 2020, Jaehyun telah membuat debut lakonannya dalam drama KBS2 Dear. M, yang ditayangkan pada tahun 2021. Beliau melakonkan watak sebagai Cha Min-ho, pelajar tahun kedua di Jabatan Sains Komputer di Universiti Seoyeon. [18] Namun, drama itu ditangguhkan untuk ditayangkan selepas pelakon utama, Park Hye-su, dikhabarkan pernah menjadi pembuli semasa zaman persekolahan. [19] Selepas hampir dua tahun ditangguhkan, enam episod pertama Dear. M telah disiarkan secara global pada 29 Jun 2022 melalui perkhidmatan penstriman Viki . [20] Episod berikutnya telah dikeluarkan pada 6 Julai 2022.

Pada 2 November 2021, Jaehyun telah disahkan membintangi siri web KakaoTV, pembikinan semula filem Korea Selatan tahun 2001 Bungee Jumping of Their Own. Beliau sepatutnya memegang watak utama, iaitu Im Hyun-bin. [21] Pada 9 Disember tahun yang sama, semasa pra-produksi, KakaoTV telah mengumumkan bahawa projek itu dibatalkan kerana kebimbangan terhadap plot LGBT daripada penulis skrip filem asal. [22] Pada 18 Ogos, Jaehyun mengeluarkan single pertamanya " Forever Only " yang merupakan sebahagian daripada NCT Lab . "Forever Only" merupakan sebuah lagu bergenre R&B dan liriknya ditulis oleh Jaehyun. [23]

Aktiviti lain sunting

Kedutaan sunting

Berikutan pelbagai kerjasama yang berjaya dengan Prada, jenama itu memilih Jaehyun sebagai duta pada tahun 2022, memetik pengaruh dan gaya fesyennya yang unik sebagai alasan. [24]

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota Rujukan
2015 Show Champion Pengacara bersama Doyoung [9]
2017 Law of the Jungle Peserta [25]
2019-2021 Inkigayo Pengacara bersama Minhyuk dan Lee Na-eun [17]
2022 Dear. M Cha Min-ho Watak utama [18][19]

Rancangan radio sunting

Tahun Tajuk Rujukan
2017-2019 NCT Night Night [13]

Diskografi sunting

Tajuk tahun Kedudukan dalam carta Album
KOR
[25]
AS
dunia
[26]
VIE
[27]
"Try Again"
(with d.ear)
2017 95 <i id="mw_g">SM Station Musim 2</i>
" Forever Only " 2022 120 14 NCT Lab
"—" menandakan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan dalam rantau itu.

Kredit penulisan lagu sunting

Semua kredit lagu diadaptasi daripada pangkalan data Persatuan Hak Cipta Muzik Korea, kecuali disebut sebaliknya. [28]

Lagu Artis Penulis Album tahun
"Dancing in the Rain" NCT U Jaehyun
Ji Yu-ri Jinli Simon Petrén
Andreas Öberg
Ninos Hanna
NCT 2020 Resonance Pt. 1 2020
"Fire Truck" NCT 127 Jaehyun
Taeyong
Mark
Lee Seu-ran
Ylva Dimberg
LDN Noise

Jeremy "Tay" Jasper

NCT #127 2016
" Forever Only " Jaehyun Jaehyun
Ellie Suh
Dewain Whitmore Jr.
Tido Nguyen
Micah Premnath
NCT Lab 2022

Rujukan sunting

  1. ^ a b "The Perplexing Story Of Why NCT's Jaehyun Changed His Name Multiple Times". Koreaboo (dalam bahasa Inggeris). 2021-02-13. Dicapai pada 2022-04-03.
  2. ^ a b c Bell, Crystal (October 24, 2018). "All You Need to Know About Korean Group NCT 127 (Except Their Blood Type)". MTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2018. Dicapai pada November 10, 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "MTV" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b ELLE; ELLE (2022-07-27). "NCT 재현의 새롭고 분명한 세계". ELLE (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-07-27.
  4. ^ "NCT 127's Johnny and Jaehyun Reveal Their Heroes, What They Would Tell Their Rookie Selves, And More". Soompi (dalam bahasa Inggeris). April 23, 2020. Dicapai pada 2022-07-27.
  5. ^ Kim, So-young (2018-08-19). "고등학교때 주변 여학생들의 공식 '첫사랑'이었다는 남자 아이돌". Insight (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada 2020-12-16.
  6. ^ "고교시절 압구정 슈퍼스타였다는 아이돌". SBS NEWS (dalam bahasa Korea). 2017-08-05. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada 2020-12-16.
  7. ^ Choi, Ha-na (2018-11-09). "'해투4' 보아부터 태용까지, SM 캐스팅 비화 "오디션서 애국가 불러" [종합]". TV Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada August 7, 2020. Dicapai pada 2020-12-16.
  8. ^ "Mnet [EXO 902014] Ep.03 : 루키즈의 '신화 - 와일드 아이즈' 퍼포먼스!!". Mnet K-POP. August 29, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2020. Dicapai pada October 18, 2020 – melalui YouTube.
  9. ^ a b Choi, Ji-hyun (2015-01-16). "SM루키즈 도영 재현, 쇼챔피언 MC 발탁 됐다". Korea Economy Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada 2020-12-16.
  10. ^ "슈퍼주니어·샤이니·EXO, 인기가수와 함께 하는 희망농구올스타". Jumpball (dalam bahasa Korea). 2015-06-01. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada 2020-12-16.
  11. ^ Son, Ji-hyoung (April 6, 2016). "NCT U confirms lineup, set to unveil singles 'The 7th Sense,' 'Without You'". The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2018. Dicapai pada October 18, 2020.
  12. ^ Park, Soo-in (July 10, 2016). "NCT 127 전곡 음원 공개, 보너스트랙까지 총 7곡 수록". The Korea Herald (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada August 18, 2020. Dicapai pada October 18, 2020.
  13. ^ a b Son, Ye-ji (2017-03-09). "SBS 파워FM, 'NCT의 나잇 나잇! 신설 (공식) | 텐아시아". Ten Asia (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada 2020-12-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ Kim, Eun-ae (2017-11-24). "NCT 재현X디어, 오늘 'Try Again' 발매..환상적인 듀엣". Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada 2020-12-16.
  15. ^ Lee, Ha-na (2017-12-01). "백아연X웬디, 듀엣곡 '성냥팔이 소녀' 오늘(1일) 공개 '음색여신의 만남'". Seoul Economic Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada 2020-12-16.
  16. ^ Herman, Tamar (January 12, 2018). "NCT U Returns With 'Timeless' Video". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-18.
  17. ^ a b "몬스타엑스 민혁, 오늘(20일) '인기가요' 새 MC로 전격 출격". Korea Economic Daily (dalam bahasa Korea). October 20, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2020. Dicapai pada October 18, 2020.
  18. ^ a b Ji, Min-kyung (September 3, 2020). "'디어엠' 박혜수·NCT 재현·김새론·배현성 캐스팅..2021년 상반기 방송 [공식]". Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2021. Dicapai pada December 16, 2020.
  19. ^ a b 뉴스, JTBC (2022-03-24). "[단독] 편성보류 '디어엠', 올 하반기 일본부터 선공개". news.jtbc.joins.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 24, 2022. Dicapai pada 2022-03-24.
  20. ^ Dear M | Korea | Drama | Watch with English Subtitles & More ✔️ (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2022-06-09
  21. ^ "NCT's Jaehyun to star in TV remake of 'Bungee Jumping Of Their Own'". NME (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-02. Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2021. Dicapai pada 2021-12-09.
  22. ^ "'Bungee Jumping Of Their Own' remake reportedly cancelled over writer's "religious beliefs"". NME (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-13. Dicapai pada 2022-03-25.
  23. ^ Jang, In-young (August 12, 2022). NCT 재현, 첫 솔로곡 '포에버 온리' 18일 발매…작사 참여 [NCT's Jaehyun releases his first solo song 'Forever Only' on the 18th... Participate in songwriting]. Newsis (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 12, 2022.
  24. ^ Jang, In-young (June 20, 2022). NCT 재현, 프라다 앰베서더 발탁 [NCT Jaehyun selected as Prada ambassador]. Newsis (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 23, 2022.
  25. ^ a b "Circle Digital Chart - 2022 Weeks 34". Circle Chart. August 14–20, 2022. Dicapai pada August 25, 2022.
  26. ^ "World Digital Song Sales – Billboard". Billboard. 2022-08-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2022. Dicapai pada 2022-08-30.
  27. ^ "Billboard Vietnam Hot 100 - CHART DATE 2022-02-17". Billboard Việt Nam (dalam bahasa Vietnam). February 17, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada February 17, 2022. Dicapai pada February 20, 2022.
  28. ^ "Songs Registered Under JAEHYUN (10012907)". Korea Music Copyright Association. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2020. Dicapai pada November 16, 2020.

Pautan luar sunting

Templat:NCT (band)