Jafar Panahi (lahir 11 Julai, 1960 di Mianeh, Iran) merupakan pengarah filem Iran yang kini dipenjarakan di Penjara Evin, Iran. Beliau adalan ikon gelombang baru filem Iran.Antara filem arahanya ialah 'Dayereh' (The Circle).

جعفر پناهی
Jafar Panahi
Jafar Panahi, Cines del Sur 2007
Kelahiran (1960-07-11) 11 Julai 1960 (umur 63)
PekerjaanFilm director

Antara penyertaan beliau ialah :

  • Golden Lion, Venice Film Festival, 2000.
  • Silver Bear, Berlin Film Festival, 2006.
  • Prix de la Camera d'Or, Cannes Film Festival, 1995.
  • Prix du Jury - Un Certain Regard, Cannes Film Festival, 2003.
  • Golden Leopard, Locarno International Film Festival, 1997.
  • HIVOS Cinema Unlimited Award (2007)
  • Podo Award, at Valdivia Film Festival (2007), for his life-time artistic accomplishments.

Penglibatan dalam festival filem antarabangsa:

  • President of the jury of Montreal World Film Festival (2009)
  • President of the jury of Rotterdam Film Festival (2008)
  • Chair of the Kerala International Film Festival Jury (2007)
  • International Eurasia Film Festival (2007)
  • Karlovy Vary International Film Festival (2001)[1]

Ditahan sunting

Ketika balik dari Festival Filem Hong Kong menuju ke Festival Filem Montenegro dan Buenos Aires, agen kastam menahan beliau di Lapangan Terbang Tehran.

Panahi (49 tahun) dipenjara sejak 1 Mac 2010 selepas didakwa menerbit sebuah filem mengenai krisis semasa Pilihan raya Presiden Iran 2009.Kabinet Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dikatakan mengadakan pelbagai sekatan untuk mengekang kebebasan industri perfileman Iran. Ahmadinejad dipilih semula dipilih semula dalam pilihan raya, terjadi rusuhan pelajar dan ramai pembangkang ditahan.

Pada 26 Mei 2010, Jafar dibebaskan dari penjara selepas mogok lapar.Beliau dibebaskan dengan ikat jamin AS$200,000 (RM658,000) tapi akan dihantar pula ke Mahkamah Revolusi Iran.[2]

Festival filem Cannes sunting

Filem kontroversi beliau menyertai Festival Filem Cannes pada 12 Mei 2010 sedangkan beliau berada di penjara. Festival itu turut disertai oleh Menteri Kebudayaan Perancis, Frederic Mitterrand. Jafar mengutus surar kepada festival itu menyatakan bahawa beliau tidak bersalah , tidak pernah menerbitkan sebarang filem yang menentang rejim Iran.

Bagi mensensasikan keadaan, festival itu melantik Pahani sebagai juri festival walaupun tahun beliau dipenjara. Kerusi juri sengaja dikosongkan. Surat yang diseludup dari penjara dibacakan di kemuncak festival. Mitterand dan Menteri Luar Perancis Bernard Kouchner menggesa Iran membebaskan pengarah filem itu. [3]

Bantahan antarabangsa sunting

Ramai pengarah filem Hollywood mendesak beliau dibebaskan. Antaranya ialah Steven Spielberg, Martin Scorsese, Robert Redford, Francis Ford Coppola, Michael Moore, Ang Lee dan Oliver Stone. Pelajar Universiti Seni Tehran turut membantah penahanan Panahi dan Mohammad Nourizad.[4]

Rujukan sunting