Jagat (Tamil: ஐகாட், slanga diambil dari perkataan jahat) ialah filem drama jenayah Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2015.[6][7] diarahkan oleh Shanjhey Kumar Perumal. Filem ini mengisahkan kisah masa lalu yang mendalam menggariskan nasib rakyat India Malaysia yang ditinggalkan oleh pemilik tanah dan terpaksa berpindah ke bandar-bandar, yang masih hidup dalam keadaan yang sukar. Filem ini berkisarkan seorang budak berusia 12 tahun yang bernama Appoy dan hubungan dengan bapanya, Maniam, serta kedua-dua bapa saudaranya iaitu bekas penagih dadah Bala dan samseng tempatan Dorai.

Jagatஜாகட்
PengarahShanjhey Kumar Perumal[3]
PenulisShanjhey Kumar Perumal
Dihasilkan olehDatuk Seri A. Anandan (AG Statue & Silverware)

Myskills Foundation

Skyzen Studios
Mageswari Anandan
DibintangiJibrail Rajhula
Harvind Raj
Kuben Mahadevan
Tinesh Sarathi Krishnan
Senthil Kumaran Muniandy
SinematografiSenthil Kumaran Muniandy
Disunting olehKumarann Arumugam
Muzik olehSpace Gambus Experiment[4]
Syarikat
penerbitan
Skyzen Studios
Diedarkan olehSkyzen Studios
Tarikh tayangan
  • 17 Disember 2015 (2015-12-17)[1][2]
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaTamil
BajetRM300,000[5]

Perumal telah menggambarkan filem ini separa autobiografi, setelah tinggal dua tahun di kawasan setinggan dengan keluarganya.[8] Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 2016, manakala pengarah Shanjhey Kumar memenangi anugerah Pengarah Terbaik.[9] Filem ini juga mewakili Malaysia di Festival Filem Asia 2017[10]

Sinopsis sunting

Pada awal tahun 1990-an, di Utara Semenanjung Malaysia, Shankar, atau Appoy kepada keluarga dan orang sekampung dengannya, merupakan seorang budak berumur 12 tahun. Ayahnya, Maniam bekerja di sebuah kilang dan mempunyai dua bapa saudara. Bala ialah bekas penagih dadah manakala Dorai berkecimpung dalam kegiatan gangsterisme kerana ingin meningkatkan mutu hidup keluarganya. Maniam mempercayai bahawa pembelajaran merupakan jalan keluar mereka daripada kitaran hidup yang daif dan penuh dengan keganasan. Namun demikian, dia sering memukul Appoy kerana ketinggalan dalam pelajaran.

Appoy menghadapi masalah di sekolah kerana lebih cenderung kepada kesenian daripada matematik. Ini menyebabkan prestasinya di sekolah merosot dalam pelbagai aspek kerana cara fikirannya tidak diterima oleh guru-gurunya yang terlalu tegas. Appoy telah bertungkus lumus menyediakan pakaian serupa Michael Jackson untuk pertandingan busana sekolahnya. Namun demikian, bajunya dirobek oleh Maniam kerana telah menghilangkan buku akaun peribadi Maniam untuk pekerjaannya. Perlakuan ini menyebabkan Appoy cuba untuk mengambil nyawanya sendiri pada malam pertandingan tersebut. Appoy juga telah menyebarkan berita bahawa guru Matematiknya, En.Ramu telah meninggal dunia setelah En. Ramu memukulnya dengan teruk. Ini menyebabkan dirinya dibelasah teruk oleh bapanya.

Dorai yang kini dikenali sebagai Mexico telah menjadi orang besar dalam organisasi di bawah pimpinan Da Guo. Vadivelan, seorang penyangak yang bekerja dengan musuh Da Guo bertemu dengan Mexico dan Chicago untuk menawarkan peluang untuk menjual dadah. Mexico enggan melakukannya akibat daripada kesan dadah kepada abangnya Bala. Chicago pula bersetuju untuk berganding bahu tanpa pengetahuan Mexico. Kerjasama ini akhirnya telah menyebabkan Bala meninggal dunia kerana mengambil dadah yang dicampurkan dengan gelas. Mexico memukul Vadivelan dengan teruk sehingga dimasukkan ke dalam hospital. Da Guo berjanji akan membantu Maniam sekiranya Mexico dimasukkan ke dalam penjara, namun ditolak oleh Maniam. Maniam terpaksa menggadaikan barang kemas isterinya untuk menuntut bela Mexico.

Appoy dibuli di sekolah atas kejadian yang menimpanya. Dia dibelasah oleh dua orang buli dan lari pulang untuk bertemu dengan pak ciknya Dorai. Namun demikian, dia mendengar tangisan kesalan Dorai di dalam bilik dan hilang hormat kepada pak ciknya. Dia lari keluar daripada rumah untuk menghadapi bulinya dan berjaya menewaskan mereka. Pada masa yang sama, Mexico memberitahu Da Guo tentang hasratnya untuk meninggalkan dunia gangsterisme. Da Guo bersetuju hanya jika Mexico dipukul teruk oleh ahlinya untuk "mengambil semula" darah yang dikongsikan oleh Mexico. Dorai pergi setelah menerima syarat tersebut dan senyum kerana akhirnya bebas dari dunia keganasan. Namun begitu, Appoy yang duduk berseorangan di tanah lapang didekati oleh Chicago yang menawarkannya sebatang rokok. Appoy mengambilnya dan kamera melintang ke arah ufuk.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Jibrail Rajhula sebagai Dorai @ Mexico[11]
  • Harvind Raj sebagai Shankar @ Appoy
  • Kuben Mahadevan sebagai Maniam
  • Tinesh Sarathi Krishnan sebagai Chicago
  • Pugalenthan sebagai Takkali
  • Siranjeevi sebagai Gila
  • Perakas Rajaram sebagai Vadivelan

Penerbitan sunting

Filem ini mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan kerana pasukan penerbitan berdepan dengan masalah kewangan.

Penggambaran sunting

Penggambaran dijalankan di 13 lokasi berlainan di Malaysia. Beberapa lokasi termasuk Klian Intan Pangkalan Hulu, Baling, Lenggong, Grik, Kuala Sepetang, Bukit Rotan, Sabak Bernam, Jasin, Jerantut dan Kuala Lumpur.

Sambutan sunting

Filem ini dikeluarkan pada 17 Disember 2015 dan dianggap sebagai salah satu filem Tamil terbaik yang pernah dibuat di Malaysia.[12][13]

Filem ini boleh didapati di Netflix bermula April 2019.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ Smith, Joshua (24 November 2016). "Shanjhey Kumar Perumal interview: "Jagat is my revenge to the system"". easternkicks.com. Dicapai pada 30 November 2016.
  2. ^ "Five Flavours Film Festival - Jagat". Festiwal Filmowy Pięć Smaków. 2016. Dicapai pada 30 November 2016.
  3. ^ "Director's Profile | Jagat". Jagatthemovie.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-20. Dicapai pada 18 December 2015.
  4. ^ ""JAGAT" Original Motion Picture Soundtrack, by Space Gambus Experiment". Space Gambus Experiment Bandcamp site. Dicapai pada 18 September 2016.
  5. ^ Keanu Azman (5 December 2015). "Local film 'Jagat' costs "roughly RM300,000", tells tale of 90's Indian community". The Daily Seni. The Daily Seni. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2015.
  6. ^ "Golden Screen Cinemas :: JAGAT - Synopsis". Gsc.com.my. 30 March 2015. Dicapai pada 18 December 2015.
  7. ^ "Jagat, the other film that matters this week". Star2.com. Dicapai pada 18 December 2015.
  8. ^ "Interview: Shanjhey Kumar Perumal talks Jagat". FilmDoo (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-20. Dicapai pada 2018-08-23.
  9. ^ Yeoh, Angelin (4 September 2016). "'Jagat' bags top film award, creates history". The Star. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 18 September 2016.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-02. Dicapai pada 2019-11-27.
  11. ^ "Cast | Jagat". Jagatthemovie.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-20. Dicapai pada 18 December 2015.
  12. ^ K. Anand (23 December 2015). "Jagat, a harsh dose of reality that works". The Malaysian Insider. Edge Insider Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2015.
  13. ^ Yeoh, Angelin (19 December 2015). "Review: Jagat". Star2 (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group Berhad. Dicapai pada 10 August 2016.
  14. ^ "'Jagat' makes it to Netflix". The Star. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 17 May 2019.

Pautan luar sunting