Jahannam merupakan neraka yang memiliki seksaan yang amat dahsyat. Dipimpin oleh Malaikat Malik dan memiliki 19 malaikat penyiksa, salah satunya adalah Zabaniah.

Eskatologi Islam
Portal Islam

Pengistilahan sunting

Jahannam berasal dari bahasa Arab جهنم, berakar dari huruf J-H-M dan memiliki banyak maksud. Antaranya adalah:

  • Secara bahasa bermaksud memiliki penampilan jahat atau murung.
  • Berkaitan dengan konsep kegelapan dan Jahm digunakan untuk bahagian tergelap dari malam.
  • Awan yang tak berair.

Jika kesemua maksud tersebut dijadikan satu, maka menjadi - Jahannam merupakan tempat yang teramat menyeramkan dan gelap. Kerana jahannam memiliki penampakan yang dapat menciutkan nyali, tidak mempunyai air dan kering kontang.

Ketika Allah berfirman dalam Al Qur'an tentang Ateisme, fahasbahu jahannam, yang bermaksud “Ketika Jahannam cukup untuk mereka - Inilah tempat yang pantas untuk mereka, sebuah tempat yang tak berair, menakutkan, seksaan yang suram yang akan menghancurkan keakuan mereka.”

Bentuk Neraka Jahannam sunting

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam, gelap dan pekat, tiada cahaya dan tiada pula neraka itu menyala/terang.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Api kamu ini hanyalah satu bahagian dari tujuh puluh bahagian api di neraka jahannam.” Para sahabat mengatakan, ”Yang ini pun sudah cukup berat panasnya.”

Nabi berkata lagi, ”Bahkan api neraka itu melebihi sebanyak enam puluh sembilan kali ganda panasnya api dunia.”

“Api neraka jahannam juga telah dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam, seperti malam yang gelap gelita.” (HR. Tirmidzi).

Jahanam memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap bilik itu pula terdapat 70,000 ekor ular dan kalajengking, dan setiap kalajengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking tersebut mempunyai 70,000 qullah bisa.

Penjaga/Penyeksa Jahannam sunting

Neraka Jahannam di jaga ketat dan memiliki malaikat penyeksa yang sangat patuh terhadap Allah, memiliki tubuh yang sangat tegap, berperawakan besar, riak wajah menakutkan, suara yang amat kasar dan garang, sadis dan keras. Tersebut dalam Al-Qur'an:

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At Tahrim:66:6)

Keluasan sunting

Keluasan neraka jahanam mempunyai 7 tingkat iaitu:

  • Setiap tingkat mempunyai 70 ribu daerah.
  • Setiap daerah mempunyai 70 ribu kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70 ribu rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70 ribu bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70 ribu petak
  • Setiap petak mempunyai 70 ribu ular

Ular ini panjangnya 70 hasta, dalam mulut ular itu mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

Di bawah pokok Zakum ada 70 ribu rantai. Setiap rantai akan diseret oleh 70 ribu malaikat.

Satu rantai sahaja jika diletakkan di bumi nescaya bumi akan cair. Jika percikan sebesar lubang jarum nescaya terbakar seluruh penduduk bumi. Andai sehelai baju api neraka digantung nescaya musnahlah bumi dan isi-isinya. Andai terbuka neraka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakar dunia dan isi-isinya.


Manusia di padang mahsyar terdapat dua macam kelompok

  • Manusia berbentuk minyak petrol, mudah terbakar-orang yang banyak dosa
  • Manusia yang macam air, tidak mudah dijilat api orang beriman.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting