Datuk Jahara Hamid adalah ahli politik wanita Malaysia dari Barisan Nasional/UMNO di Telok Ayer Tawar, parlimen Teluk negeri Pulau Pinang. Dari 2004-2008, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang.[1]

Dato'

Jahara Hamid
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Telok Ayer Tawar
Dalam jawatan
1995–2018
Digantikan oleh Mustafa Kamal Ahmad
Majoriti840 (PRU-13)
1,470 (PRU-12)
Butiran peribadi
Parti politik


Beliau menjadi Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang. Tetapi tindakannya menyokong peralihan kuasa dari Tan Sri Rafidah Aziz kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibantah oleh Ketua Wanita UMNO Tanjong, Norjan Hamid ; Kepala Batas, Zabariah Wahab; Bukit Mertajam, Faridah Hussain; Permatang Pauh, Normala Abdul; Batu Kawan, Rohaya Ismail; Jelutong, Saripah Syed Mohd.; Bukit Gelugor, Norliza Abdul Rahim; Nibong Tebal, Sofiah Sharif; Bukit Bendera, Datin Haslinda Hashim dan Bagan, Jumahee Mohd.[2]

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Teluk Ayer Tawar dimenangi oleh Datuk Jahara Hamid dengan majoriti 1,293 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 , Datuk Jahara Hamid mendapat 7,181 undi, menewaskan Johari Kassim (Keadilan) yang mendapat 3,984 undi.

Pada 2008, Datuk Jahara Hamid (BN) mendapat 6,478 undi, menewaskan Norhayati Jaafar (PKR) yang mendapat 5,008. Jahara mendapat majoriti 140 undi.

Rujukan sunting

  1. ^ Lapan negara sahkan penyertaan
  2. ^ "Wanita P. Pinang tolak pelan peralihan kuasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2011-12-30.