Jailani Johari
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Dato' Sri Jailani Johari (lahir 2 Ogos 1965) ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau adalah ahli parlimen Hulu Terengganu P.038 setelah memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya umum ke 13. Beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Tok Randok, Ajil dan tempat mengundi adalah di Sekolah Kebangsaan Tok Randok Ajil, Hulu Terengganu.[perlu rujukan]
Yang Hormat Dato' Sri Haji Jailani Johari SSAP (Pahang); DSMZ (Terengganu), DIMP (Pahang) | |
---|---|
![]() Jailani Johari (2016) | |
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Hulu Terengganu | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ajil, Terengganu | 2 Ogos 1965
Parti politik | ![]() ![]() |
PendidikanSunting
- Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu
- Universiti Malaya di dalam jurusan Undang – Undang. Memperolehi ijazah LLB (Hons) Universiti Malaya.[perlu rujukan]
KeluargaSunting
Beliau berkahwin dengan Datin Sri Siti Nurbiha Mohd. Bisharuddin[1] dan telah di kurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Amir Haziq, Arif Danial, Adriana Batrisyia, Amira Sofea dan Adiba Marsya.[perlu rujukan]
Tugas di SKMMSunting
Ketua Pegawai Kawalselia Industri di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Jun 2010 – 2013
Peranan Utama Bertanggungjawab kepada halatuju pembangunan industri melalui kawalselia yang rapi selaras dengan objektif kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.
Tanggungjawab Utama
- Perancangan & Pembangunan Strategi
- Pengurusan Perhubungan industri
- Pengurusan Operasi
- Pengurusan & pembangunan anggota
Pencapaian
- Mengetuai SKMM sebagai ketua delegasi di Kongres UPU di Doha bertemakan “New World, New Strategy” telah diadakan dari 24 September hingga 15 Oktober 2012. [perlu rujukan]
- Melalui pengundian yang dijalankan, Malaysia telah berjaya terpilih menganggotai ahli Postal Operations Council (POC) untuk tempoh empat tahun (2013-2016) yang terdiri daripada 40 buah negara sahaja. Pada pengundian tersebut, Malaysia telah menerima 105 undi berbanding 76 undi yang di terima di Kongres Geneva pada tahun 2008 (peningkatan sebanyak 38%).[perlu rujukan]
- Bagi rantau ASEAN, Thailand dan Indonesia turut terpilih bersama Malaysia manakala Singapura pula gagal terpilih di dalam penggundian tersebut. [perlu rujukan]
- Peranan aktif Malaysia di dalam UPU telah membolehkan Malaysia menerajui beberapa Jawatankuasa dan Kumpulan Kerja POC. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Fizikal (surat dan bungkusan) dan Pengerusi Kumpulan Kerja Remunerasi Perkhidmatan Bungkusan Antarabangsa. Sebagai Timbalan Pengerusi di peringkat Jawatankuasa, Malaysia juga turut menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan POC.[perlu rujukan]
AnugerahSunting
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – 24 Oktober 2008[perlu rujukan]
- Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ) – 20 Julai 2011[perlu rujukan]