Jaja Iliyes

Pelakon wanita Malaysia

Siti Hajar Iliyes (Jawi: ثيتي حجر بنت اليس; lahir 3 Ogos 1995) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjayanya di dunia hiburan, beliau menjadi finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dan sejak itu, telah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem.[2][3][4][5]

Jaja Iliyes
Kelahiran
Siti Hajar binti Iliyes

(1995-08-03) 3 Ogos 1995 (umur 28)
PendidikanDiploma Teater dan Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2016–kini
Ketinggian1.58 m (5 ka ​2 316 in)

Kerjaya sunting

Kerjaya Jaja dalam bidang lakonan bermula melalui uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan pada 2016 apabila seorang sahabatnya meminta beliau menyertai uji bakat tersebut.[6] Selepas beliau berjaya dalam pertandingan tersebut, banyak tawaran lakonan mula diterima. Beliau membintangi telefilem pertama lakonan beliau, Seutas Gelang Emas dan sebagai watak pembantu dalam Cikgu Dina Pakai Prada dan beberapa buah drama seperti 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku.

Selepas kejayaan drama lakonan beliau seperti drama 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku yang mula ditayangkan di TV3, Jaja mula mendapat tumpuan para peminat drama tempatan.[7]

Pada 27 Mac 2017, Jaja telah membintangi sebuah telefilem terbitan Zambriez Golden Pictures yang bertajuk Kerongsang menampilkan artis terkenal seperti Syafie Naswip, Saidi Sabri dan ramai lagi. Ia bersiaran di TV9.

Dalam tahun 2018, Jaja telah membintangi drama Budak Boys lakonan bersama Nafiz Muaz dan Shuhanty Hanafiah serta drama Papa Nak Menantu lakonan bersama Hafidz Roshdi dan Aman Graseka.

Pada tahun 2020, beliau berlakon bersama Amar Asyraf dalam drama adaptasi novel karya Siti Nur Dhuha, Isteriku 100kg di mana beliau memegang watak sebagai Nelydia; Ini merupakan drama pertama Jaja bersama RTM. Jaja kembali sebagai Nadia dalam 7 Hari Mencintaiku 2.

Kehidupan peribadi sunting

Jaja merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Beliau dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Segamat, Johor. Selain itu, beliau juga merupakan graduan Diploma Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).[8][9]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Petaka Shikin Filem pertama
2022 Seratus Penampilan khas
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Nurul Lestari

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 7 Hari Mencintaiku Nadia TV3 Slot Akasia
2017 Meh Sandar Pada Aku Dr. Aleesya Slot Dahlia
Ops Cinta Din Sardin Nini TV9 Slot Kelakarama
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Syira TV3 Slot Akasia
2018 Budak Boys Adela Slot Iris
Papa Nak Menantu Syahirah Slot Dahlia
Teratai Kemboja Huda Slot Zehra
2019 Kereta Sewa Slot Iris
Ajari Playboy Itu Hana Slot Dahlia
2020 7 Hari Mencintaiku 2 Nadia Slot Akasia
Isteriku 120kg Nelydia TV1 Slot Widuri
Bidadari Salju Anita TV3 Slot Akasia
2021 Yang Bakal Mati Ramadan Ini Alana Awesome TV Slot Drama Ohsem
Malaysian Ghost Stories Amy Astro Ria Episod: "Hantu Orang Asli"
Zara Episod: “Penunggu Pohon Beringin”
2022 7 Hari Mencintaiku 3 Nadia TV3
Tim Mama Salam HD
Ash & Aish Nadia Astro Ria
Dilema Sebuah Anugerah Liyana Awesome TV
2023 Suamiku Old School The Series
Ustaz Aqil Suraya
TBA Hati Yang Merindui Syurga Wafa TV3 Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Seutas Gelang Emas Zaira TV3
Cikgu Dina Pakai Prada TV9
2017 Kung Fu Kaw TV3
Awak Kat Mana TV9
Kerongsang
2019 Titi Kayu TV3
Resort Berhantu Suzi Telefilem untuk DFKL 2019
Penunggu Simpang Deana
2021 Penyiasat Viral Rina TV2
2022 Abang Ngah
Tanam Apa Tu Bang Aji TV3
2023 Cenduai Inang Awesome TV

Iklan sunting

Tahun Iklan Catatan
2017 SSPN - i plus (PTPTN)

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) Dirinya sendiri/peserta ntv7 Penyiasat jemputan
2021 Sepahtu Reunion Live Sofea Astro Warna Episod: "Menantu Atau Hantu"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)[10] Finalis

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 29 Ogos 2018 – melalui PressReader.
  2. ^ Ardini Sophia Sina (27 Mac 2018). Letak syarat berlakon Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (25 Mac 2019). Jaja persiapkan diri Harian Metro. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  4. ^ Jaja Iliyes enggan conteng arang Kosmo!. 12 November 2020. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (3 November 2020). Jaja elak kontroversi Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  6. ^ Rafiq Mazlan (14 Disember 2016). Jaja Iliyes tekad kejar cita-cita Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2017.
  7. ^ Muhamad Fairoz Azizan (27 Januari 2017). Tanpa dirancang, Jaja Iliyes jadi pelakon Berita Harian. Diperoleh pada 22 April 2017.
  8. ^ Nurul Fadila Awaludin. "Harapan wajah baharu penghias televisyen". Kosmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-09. Dicapai pada 9 Julai 2017.
  9. ^ Ardini Sophia Sina (28 Februari 2018). Jaja abai komen negatif Harian Metro. Dicapai pada 23 September 2018.
  10. ^ Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) MyinfoTaip (15 Mac 2016). Dicapai pada 31 Mac 2016.

Pautan luar sunting