Tanah Tinggi Lojing (atau Lojing Highlands) merupakan kawasan pedalaman dan juga jajahan kecil yang terletak di negeri Kelantan. Puncak Lojing terletak pada 2000 meter dari aras laut. Tanah Tinggi Lojing boleh dihubungi melalui Gua Musang, Kelantan dan dari Cameron Highlands, Pahang. Pada 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431H, Pemangku Raja Kelantan, Sultan Muhammad V telah merasmikan Jajahan Kecil Lojing di Kampung Penangau, Lojing.[5]

Lojing
Kelantan Jajahan kecil Kelantan
Jajahan Kecil Lojing
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiججاهن كچيل لوجيڠ
Lojing di Kelantan
Mohor rasmi Lojing
Peta Lojing dalam Gua Musang di Kelantan.
Map
Lojing is located in Bumi
Lojing
Lojing (Bumi)
Koordinat: 4°38′N 101°28′E / 4.633°N 101.467°E / 4.633; 101.467Koordinat: 4°38′N 101°28′E / 4.633°N 101.467°E / 4.633; 101.467
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Pecahan Gua Musang
Pentadbiran tanahPejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Pentadbiran
 • Ketua JajahanShahrin bin Abdullah[1]
Keluasan
 • Jumlah1,817 km2 (702 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah10,609
 • Kepadatan5.8/km2 (15/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak diperhatikan)
Poskod
18350[4]
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD

Nama Lojing dipercayai dari perkataan 'logging' yang bermaksud pembalakan, aktiviti yang paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi Lojing. Perkampungan orang Asli di Tanah Tinggi Lojing ialah Pos Brooke. [6]

Sejarah sunting

Pada mulanya Lojing terletak di bawah pentadbiran Jajahan Gua Musang. Namun pada 5 Ogos 2010, Lojing telah diisytihar sebagai sebuah jajahan kecil oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra..

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pembesar negeri serta pegawai Jabatan Persekutuan dan Negeri.Dengan keluasan 181,700 hektar, Lojing dapat dijadikan satu jajahan yang berasaskan ekonomi pertanian dan dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

Kawasan Jajahan Kecil Lojing meliputi tiga daerah iaitu Betis, Hau dan Sigar yang keseluruhannya mempunyai 5,613 penduduk. Di majlis tersebut juga Pemangku Raja telah berkenan meletak batu asas pembinaan masjid Keputeraan yang pertama di Jajahan Lojing.

Geografi sunting

Jajahan Kecil Lojing terletak di hujung barat daya Kelantan dikelilingi Jajahan Gua Musang di utara dan timur, juga bersempadan dengan Pahang di selatan dan Perak di barat. Jajahan kecil ini berkeluasan 1817 kilometer persegi. Bentuk muka bumi jajahan kecil Lojing keseluruhannya berbukit-bukau dan bertanah tinggi dengan purata ketinggian 735 meter dari aras laut. Titik tertinggi jajahan kecil Lojing ialah Gunung Yong Belar yang juga merupakan gunung tertinggi di Kelantan, dengan ketinggian maksimum kira-kira 2,181 meter dari aras laut.[7]

Pentadbiran sunting

Jajahan Kecil Lojing ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Gua Musang. Jajahan Kecil Lojing juga dibahagikan kepada tujuh mukim.

 
Peta Jajahan Kecil Lojing

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
20109,492—    
202010,609+11.8%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Kecil Lojing ialah seramai 10,609 orang dengan kepadatan penduduk enam orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di jajahan kecil Lojing merupakan masyarakat orang Asli, seramai 7,710 orang.[8][9]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 1,982
Bumiputera lain 7,710
Cina 10
India 590
Lain-lain 16
Bukan warganegara - 301
Jumlah 10,609

Agama sunting

Di jajahan Pasir Puteh, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 57 peratus diikuti agama Kristian sebanyak tiga peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain mencatatkan lebih dua peratus. Lebih 36 peratus dari jumlah penduduk pula tidak beragama [9]

Isu pembalakan sunting

Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra tidak berpuas hati dengan aktiviti pembalakan haram yang disyaki dilakukan oleh 22 syarikat yang kebanyakannya milik warganegara asing yang bersepakat dengan orang-orang tempatan. Pembalakan haram akan menjejaskan kualiti alam sekitar kerana sungai akan tercemar dan air sungai menjadi keruh.

Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli Malaysia dan Penilaian Alam Sekitar (EIA) telah membuat penyiasatan dan penilaian berhubung pembalakan haram di Lojing. Dato' Sazmi Miah mahu pihak terlibat dikenakan tindakan. [10] 18 syarikat telah didakwa mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan disabitkan kesalahan dengan didenda sehingga RM100,000 dan penjara selama lima tahun.[11]

Laporan Jabatan Alam Sekitar berhubung Tanah Tinggi Lojing mendapati:

  • 6 projek EIA milik syarikat All Green mendapat kelulusan EIA
  • 2 projek pertanian milik PKINK mendapat kelulusan EIA
  • 2 projek milik Jabatan Pertania
  • 7 projek tidak perlu kelulusan EIA iaitu penanaman bunga dan sayur-sayuran oleh Theme Industries Sdn Bhd, projek sayur oleh Venue Vision, projek pembangunan pertanian bagi penanaman cendawan dan bunga, projek pembangunan sayur-sayuran oleh Multi System Sdn Bhd dan Projek Yakin Tea Sdn Bhd bagi tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga.
  • Projek Pusat Latihan Atlit oleh Majlis Sukan Negara ditolak oleh EIA kerana laporannya tidak lengkap dan memuaskan.
  • Projek kemajuan rekreasi YAKIN-KPA ditolak EIA
  • Projek KADA diluluskan oleh EIA.
  • Projek pertanian oleh Liquid Gold Sdn Bhd dijalankan tanpa kelulusan EIA.
  • Projek pertanian oleh Layar Abadi ditolak kerana EIA kurang memuaskan.

Jabatan Alam Sekitar mendapati pemusnahan alam sekitar di Lojing disebabkan oleh aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah tanpa kawalan oleh penanam sayur tidak berlesen yang kebanyakannya adalah milik warganegara asing. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli Dan alam Sekitar, Dato' Sazmi Miah menjelaskan JAS tidak ada kuasa mengambil tindakan berhubung penerokaan tanah di Tanah Tinggi Lojing kerana masalah undang-undang antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Lojing juga tidak diwartakan sebagai tanah tinggi. Kebanyakan tanah seluas 8000 hektar di Lojing merupakan hak milik persendirian.[12]

Penghutanan semula sunting

 
Jambatan di Lojing

Syarikat Telemont Group telah diberi kontrak untuk menjalankan aktiviti penghutanan semula dan biotet intregrasi di kawasan Lojing semenjak tahun 2002. Sehingga tahun 2007 syarikat Telemont ini telah menanam 3,380,000 batang pokok jati, 600,000 batang pokok mahogani dan 1,400,000 batang pokok karas di kawasan seluas 900 hektar. Pengarah Telemont Group ialah Datuk Peter Khoo Tai Chong. Program penghutanan semula pokok ini mendapat kerjasama dan penyeliaan dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor. Lebih 20 juta batang pokok telah ditanam di kawasan Lojing dalam tempoh 4 tahun.

Pada tahun 2007, Syarikat Telemont Group dengan kerjasama Lembaga Industri Perkayuan Malaysia dan Forest Plantation Sdn Bhd telah menanam pokok getah yang juga menyumbang kepada ekonomi tempatan. Aktiviti penghutanan semula giat dilakukan pada aras 500 m dan 300 m dari aras laut.

Rujukan sunting

  1. ^ "11 PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN NEGERI KELANTAN". www.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2022-09-09.
  2. ^ "Jajahan Kecil Lojing" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-03-29. Dicapai pada 2016-12-20.
  3. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ "Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing - Makluman poskod baru bagi Jajahan Kecil Lojing". Dicapai pada 2023-07-17.
  5. ^ http://www.bharian.com.my/articles/LojingdiisytiharjajahankecilKelantan/Article/[pautan mati kekal]
  6. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1118&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_09.htm&arc=hive
  7. ^ "Lojing topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-08.
  8. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  10. ^ http://www.redorbit.com/news/science/891766/reforestation_going_on_in_lojing/index.html?source=r_science[pautan mati kekal]
  11. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_10.htm&arc=hive
  12. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=296823

Pautan luar sunting