Jajahan Kota Bharu

Jajahan Kota Bharu merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan ini terletak di utara negeri Kelantan dan berpusat di Bandar Kota Bharu.

Kota Bharu
Jajahan Kota Bharu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوت بهارو
 • Tulisan Cina哥打峇鲁
 • Tulisan Thaiโกตาบารู
Bendera Kota Bharu
Logo rasmi Kota Bharu
Lokasi Kota Bharu dalam Kelantan
Lokasi Kota Bharu dalam Kelantan
Map
Peta
Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
PusatP.020 Pengkalan Chepa
P.021 Kota Bharu
P.024 Kubang Kerian
P.026 Ketereh
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Perbandaran Kota Bharu (dibahagian utara)
Majlis Daerah Ketereh (dibahagian selatan)
Pentadbiran
 • Ketua Jajahan & Yang Dipertua MDKPIHaji Tengku Ab. Rahman Bin Tuan Yunus[1][2]
 • Yang Dipertua MPKB-BRIMohamad Anis Bin Hussein[3]
 • Ahli Dewan RakyatTakiyuddin Hassan (Kota Bharu)
Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa)
Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian)
Khlir Mohd Nor (Ketereh)
Keluasan
 • Jumlah409 km2 (158 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[5]
 • Jumlah555,757
 • Kepadatan1,400/km2 (3,500/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diperhatikan)
Poskod
  • 15000
  • 15050
  • 15200
  • 15300
  • 15350
  • 15400
  • 15508
  • 15594
  • 15612
  • 15720
  • 16100
  • 16400
  • 16450
  • 16500
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD

Di bawah pentadbiran Jajahan Kota Bharu terdapat 14 buah daerah (diketuai penggawa), 131 buah mukim (diketuai penghulu) dan 601 buah kampung. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Majlis Daerah Ketereh.

Antara bandar dalam jajahan ini ialah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Ketereh.

Geografi sunting

Jajahan Kota Bharu terletak di utara negeri Kelantan bersempadan dengan jajahan Tumpat dan Pasir Mas di barat, jajahan Bachok dan Pasir Puteh di timur serta jajahan Machang di selatan. Bentuk muka bumi di jajahan ini keseluruhannya mendatar kerana berada di kawasan pantai dan delta sungai. Titik tertinggi di jajahan ini mencapai ketinggian 195 meter berdekatan sempadan jajahan Machang.[6] Aliran sungai utama di jajahan ini ialah Sungai Kelantan yang menjadi sempadan semulajadi di barat jajahan.

Pecahan pentadbiran sunting

Jajahan Kota Bharu ditadbir dua pihak berkuasa tempatan dan dibahagikan kepada 14 daerah dan 131 mukim.

 
Peta Jajahan Kota Bharu

Bandar dan pekan

  1. Kota Bharu
  2. Bandar Baru Kubang Kerian
  3. Pekan Mulong

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991366,770—    
2000398,835+8.7%
2010468,438+17.5%
2020555,757+18.6%
Sumber: [7]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Kota Bharu ialah seramai 555,757 orang dengan kepadatan penduduk kira-kira 1400 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di jajahan Kota Bharu berbangsa Melayu, seramai 522,788 orang.[8][9]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 522,788
Bumiputera lain 1,912
Cina 16,879
India 1,390
Lain-lain 1,562
Bukan warganegara - 11,222
Jumlah 555,753

Agama sunting

Di jajahan Kota Bharu, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 96 peratus diikuti agama Buddha sebanyak dua peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[9]

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Kota Bharu. Terdapat sebanyak 145 buah sekolah di jajahan ini;[10]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 92
Sekolah Jenis Kebangsaan 3
Sekolah Rendah Agama 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 41
Sekolah Menengah Agama 3
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 2
Sekolah Berasrama Penuh 1
Kolej Vokasional 2

Pengangkutan sunting

Laluan Persekutuan 3 merupakan laluan utama di Jajahan Kota Bharu. Rangkaian jalan negeri, jalan pihak berkuasa tempatan dan jalan kampung juga meliputi seluruh jajahan Kota Bharu.

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu - Perutusan Ketua Jajahan". www.ptjkb.kelantan.gov.my.
  2. ^ "Laman Web Rasmi Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam - Perutusan YDP". mdketereh.kelantan.gov.my/.
  3. ^ "Peruntukan YDP MPKB-BRI (Laman web rasmi MPKBBRI)". mpkbbri.kelantan.gov.my.
  4. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu - Latar Belakang PTJKB". www.ptjkb.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
  5. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Kota Bharu topographic map". topographic-map.com. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  7. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  8. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  10. ^ "Sekolah di PPD Kota Bharu-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar sunting