Jakal keemasan (Canis aureus), juga dikenali sebagai jakal am, atau jakal Asia[3] ialah sejenis canid yang asli di Afrika timur laut, di Eropah tenggara dan tengah, di Asia Kecil, di Timur Tengah, dan di Asia Tenggara. Ia dikelaskan oleh IUCN sebagai Kurang Membimbangkan, oleh sebab wilayah meluasnya di kawasan dengan makanan dan tempat perlindungan optimum.[2] Ia merupakan spesies sosial, yang unit sosial asasnya terdiri daripada satu pasangan pembiakbakaan, diikuti oleh anak. Jakal keemasan sangat boleh suai, mampu mengeksploit banyak bahan makanan, daripada buah-buahan dan serangga hingga ungulat.[3] Setakat 2005,[4] 13 subspesies diakui tetapi C. l. lupasater sejak itu telah diakui sebagai subspesies serigala kelabu.

Jakal keemasan
Canis aureus - golden jackal.jpg
Canis aureus syriacus di Taman Yarkon di Tel-Aviv, Israel
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Canis aureus
Nama binomial
Canis aureus
Subspesies

12, lihat teks

Canis aureus distribution map.png
Wilayah jakal keemasan

Sungguhpun serupa dengan serigala kelabu kecil, jakal keemasan dibezakan dengan langkah lebih kecil, binaan lebih langsing, muncung lebih tajam dan ekor lebih pendek. Bulu musim sejuknya juga berbeza daripada yang pada serigala dengan warnanya yang lebih fulvus-kemerah-merahan.[5] Sungguhpun namanya, jakal keemasan tidak berkait rapat dengan jakal berbelakang hitam dan jakal tepi berbelang, tetapi lebih berkait rapat dengan serigala kelabu, koyote, dan serigala Habsyah.[6](Fig. 10) Ia mampu menghasilkan kacukan subur dengan serigala, dengan populasi kacukan ditemui di Senegal[7] dan di Bulgaria.[8]

Jakal keemasan ditonjolkan dengan prominen dalam cerita rakyat Afrika, Timur Tengah dan Asia, tempat ia kerap digambarkan sebagai watak licik beranalog dengan rubah dan koyote dalam cerita Eropah dan Amerika Utara, masing-masing.

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Linnæus, Carl (1758). Systema naturæ per regna tria naturæ, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. Tomus I (dalam bahasa Latin) (ed. 10). Holmiæ (Stockholm): Laurentius Salvius. halaman 40–41. Dicapai pada 24 November 2012.
  2. ^ a b Jhala, Y.V. & Moehlman, P.D. (2008). Canis aureus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 22 March 2009. Masukan pangkalan data termasuk justifikasi untuk sebab spesies kurang membimbangkan
  3. ^ a b Jhala, Y. V. & Moehlman, P. D. 2004. Golden jackal Canis aureus. Di Sillero-Zubiri, C., Hoffman, M. & MacDonald, D. W., ed., Canids: Foxes, Wolves, Jackals and Dogs - Tinjauan Status dan Rancangan Tindakan Pemuliharaan 2004, 156-161. Kumpulan Pakar Canid IUCN/SSC, ISBN 2-8317-0786-2
  4. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (para penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan lapini2003 tidak disediakan
  6. ^ Lindblad-Toh; dll. (2005). "Genome sequence, comparative analysis and haplotype structure of the domestic dog" (PDF). Nature. 438 (7069): 803–819. doi:10.1038/nature04338. PMID 16341006.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gaubert tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan moura tidak disediakan

BibliografiSunting

Pautan luarSunting