John Baskeyfield

(Dilencongkan dari Jake Baskeyfield)

John Daniel Baskeyfield VC adalah seorang anggota Batalion Kedua, Rejimen South Staffordshire yang diberikan anygerah pinagt Victoria Cross semasa pertempuran di Arnhem dalam Operasi Market-Garden.

John Baskeyfield
Memorial John Baskeyfield di Stoke

Jack Baskeyfield dikerah memasuki tentera dalam bulan Februari 1942, dan dihantar berkhidmat dengan batalion ke-2 Rejimen South Staffordshire. Bersama-sama batalion tersebut dia berperang di Afrika Utara, Sicily dan Itali sebelum batalionnya dihantar pulang ke Britain untuk persediaan penaklukan Eropah. Di Arnhem Jack Baskeyfield mengetuai satu pasukan yang mengendalikan 2 pucuk meriam antikereta kebal. Jake bersama-sama dengan Lonsdale Force mempertahankan rusuk kiri kawasan pertahanan di Ossterbeek.

Seksyen pimpinan Baskeyfield bertekad mempertahankan kedudukan mereka. Pasukannya sudah memusnahkan sebuah kereta perisai dan dua buah kereta kebal Tiger dengan cara membiarkan kenderaan musuh mendekati kedudukan mereka sehingga jarak kurang daripada 100 ela. Dalam pertempuran terakhirnya, anggota Seksyennya kesemuanya sudah terbunuh, dan Jake sendiri sudah cedera parah. Tetapi beliau mengheret dirinya dan menembak meriam beliau untuk menghalang kemaraan askar Jerman sementara menunggukan bantuan daripada lain-lain askar British. Tetapi bantuan yang diharapkan tdiak tiba. Askar Jerman meneruskan serangan dengan kereta kebal dan bedilan mortar. Jake memusnahkan beberapa buah kenderaan Jerman sebelum meriamnya musnah. Tetapi usaha Jake berjaya menghalangkan kemaraan askar Jerman tersebut.

Askar Jerman membuat serangan kali ketiga, tetapi Jake masih bertahan. Dia merangkak ke sepucuk meriam yang lain dan terus menangkis serangan askar Jerman. Serangan ketiga dilancarkan oleh askar-askar Jerman tetapi Jake enggan mengalah. Dia merangkak ke sepucuk meriam yang lain dan terus menentang kemaraan askar-askar Jerman. Dia berjaya memusnahkan sebuah lagi kereta perisai dan sedang bersedia untuk memusnahkan sebuah kereta perisai yang lain apabila kedudukan meriamnya terkena tembakan kereta kebal. Jake terbunuh tetapi mayatnya tidak pernah dijumpai.

Pautan Luar sunting

http://www.pegasusarchive.org/arnhem/john_baskeyfield.htm Biografi John Baskeyfield