Jake Choi (lahir 14 Januari 1992)[1][2] merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi watak sebagai Miggy dalam siri komedi ABC, Single Parents.[3][4] Beliau turut pernah membintangi Front Cover, sebuah filem bebas LGBTQ dan dicalonkan Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Koala Chinese Film Festival.[5]

Jake Choi
Kelahiran (1992-01-14) 14 Januari 1992 (umur 32)
Queens, New York, New York
WarganegaraKorea Amerika
Pusat pendidikanUniversiti Yonsei
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010-kini
Terkenal keranaFront Cover, Single Parents

Kehidupan awal sunting

Choi dilahirkan dan dibesarkan di Elmhurst, Queens, New York.[6] Beliau berketurunan Korea Amerika.[7] Beliau dibesarkan oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal.[8] Beliau aktif bermain dalam Kesatuan Atlet Amatur (AAU).[6] Selepas tamat belajar, beliau berpindah ke Korea Selatan untuk bermain bola keranjang di Universiti Yonsei, dan seterusnya bermain dalam Liga Bola Keranjang Korea.[7][9] Beliau kembali ke Amerika Syarikat untuk bergelar pelakon dan mengikuti kelas di Institut Teater dan Filem Lee Strasberg sebelum meninggalkan kelas tersebut kerana masalah kewangan.[6][9]

Kerjaya sunting

Pada tahun 2015, Choi memegang watak utama sebagai Ryan dalam filem bebas LGBTQ, Front Cover.[10][11][12] Choi's performance received positive critical reviews.[13]

Choi turut pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam beberapa rancangan TV sejak 2015 termasuklah Broad City, Younger, dan Hawaii 5-0.[6] He played a recurring role on HBO's Succession in 2018.[14]

Pada tahun 2018, Choi telah dipilih sebagai membintangi siri TV, Single Parents sebagai Miggy, seorang bapa tunggal berusia 20 tahun.[14][15]

Pada Januari 2019, beliau membintangi sebuah komedi gelap Netflix, EastSiders.[16] Choi turut membawa watak sebagai Charles Bae disamping pelakon Charles Meltondalam filem The Sun is Also A Star (2019).[9]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2018, Choi mengakui beliau sebagai kebendaliran seksual.[9] Dalam temuramah bersama sebuah majalah LGBT, The Advocate, beliau menyatakan bahawa, "Saya rasa ramai memahami dengan lebih baik jika anda hanya mengatakan 'biseksual' yang mana tidak sama, tetapi kadang-kadang apabila orang berkata, 'Oh, jadi anda bi?' - Saya tidak mahu untuk berdebat lagi. Ia sama seperti, 'Ya, pasti.' Saya rasa istilah panseksual sedikit lebih dekat. Dengan saya, saya berkata kebendaliran seksual kerana ia sentiasa berubah.”[16]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Judul Peranan Pengarah Nota
2015 Front Cover Ryan Ray Yeung Pencalonan – Golden Koala Award untuk Pelakon Lelaki Terbaik
2016 Wolves Gil Bart Freundlich
Money Monster Pembaca berita Korea Jodie Foster
2019 The Sun Is Also a Star Charles Bae Ry Russo-Young

Televisyen sunting

Tahun Judul Peranan Nota
2015 Broad City James Episod: "Mochalatta Chills"
2018 Succession Tatsuya 2 episod
2018–kini Single Parents Miggy Park 22 episod

Rujukan sunting

  1. ^ "Jake Choi on Instagram: "It's our birthday! Well since Annabel is a rescue and we don't know her bday, she'll start sharing mine from now on lol which makes…"". Instagram (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04.
  2. ^ "Jake Choi Wiki Bio: Age, Birthday, Family, Sexuality, Boyfriend, Single Parents & More". edailybuzz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-07-31.
  3. ^ ""Single Parents" Is The Successor To "New Girl" We Deserve". BuzzFeed News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04.
  4. ^ "Fall TV 2018: 13 Stars to Watch in New Series (Photos)". TheWrap (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-20. Dicapai pada 2018-12-04.
  5. ^ "Golden Koala Chinese Film Festival 2017". Concrete Playground (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04.
  6. ^ a b c d ""Asian men in media are so desexualized": Rising star Jake Choi fights the Hollywood odds aga..." Salon (dalam bahasa Inggeris). 2016-06-01. Dicapai pada 2018-12-04.
  7. ^ a b "The Silver Lining: Jake Choi | ALIST". alist-magazine.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04.
  8. ^ Yam, Kimberly (May 24, 2019). "Why Jake Choi Of 'The Sun Is Also A Star' Represents The Invisible Asian America". HuffPost. Dicapai pada May 24, 2019.
  9. ^ a b c d "'Single Parents' star Jake Choi is the sexually fluid actor paving the way in Hollywood". Very Good Light (dalam bahasa Inggeris). 2018-09-26. Dicapai pada 2018-12-04.
  10. ^ Goldstein, Gary. "'Front Cover' is a handsome, if wobbly, gay rom-com". latimes.com. Dicapai pada 2018-12-04.
  11. ^ Front Cover (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2018-12-04
  12. ^ Merry, Stephanie (2016-09-29). "In 'Front Cover' a gay Chinese American comes to terms with his cultural identity". The Washington Post. Dicapai pada 2018-12-04.
  13. ^ "Review: In 'Front Cover,' Struggling for Self-Acceptance" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04.
  14. ^ a b Petski, Denise (2018-03-07). "'Single Parents': Kimrie Lewis & Jake Choi Cast In ABC Comedy Pilot". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-04.
  15. ^ "Fall TV 2018: 13 Stars to Watch, From Jay Hernandez to Madeleine Mantock (Photos)". SFGate. 2018-05-20. Dicapai pada 2018-12-04.
  16. ^ a b "Jake Choi's Coming Out Was a Happy Accident". www.advocate.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-08. Dicapai pada 2019-01-09.

Pautan luar sunting