Jalan-Jalan Makan Angin

Jalan-Jalan Makan Angin adalah rancangan travelog drama Malaysia terbitan Primeworks Studios. Tidak hanya terhad untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik diseluruh Malaysia, rancangan ini turut mempromosikan kepelbagaian budaya, makanan dan keunikan reka bentuk tersendiri di setiap lokasi yang dilawati.

Jalan-Jalan Makan Angin
Pengacara
Negara asalMalaysia
Bilangan musim3
Bilangan episod38
Penerbitan
Tempoh siaran20–22 minit (30 minit termasuk iklan)
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2016 – 2018

Anas Ridzuan dan Nadzmi Adhwa merupakan pengacara untuk musim pertama pada 2016.[1] Rancangan ini mula disiarkan pada 2 Oktober 2016, setiap hari Ahad, pukul 11.30 pagi selama 13 episod.

Pada 2017, bagi musim kedua, hanya Nadzmi Adhwa dikekalkan sebagai pengacara untuk digandingkan dengan Fikry Ibrahim. Masa siaran dikekalkan dan mempunyai 12 episod.[2][3][4]

Bagi musim ketiga, dua pengacara baharu ditampilkan iaitu Akhmal Nazri dan Atu Zero.

Rujukan sunting

  1. ^ "Anas Ridzuan & Nadzmi Adhwa Kini Hos JALAN JALAN MAKAN ANGIN". Budiey. 2 Oktober 2016.
  2. ^ "Fikry buktikan pelawak mampu berlakon serius". Berita Harian. 30 Jun 2017.
  3. ^ "Eksplorasi Unik Nadzmi Adhwa & Fikry Ibrahim dalam JALAN-JALAN MAKAN ANGIN". Budiey. 9 Ogos 2017.
  4. ^ "Elemen drama berbeza setiap episod". Harian Metro. 12 Ogos 2017.

Pautan luar sunting