Jalan Negeri Kedah K719

jalan raya utama di Kedah, Malaysia
(Dilencongkan dari Jalan Gua Reban-Charok Sikin)

Jalan Negeri Kedah K719 (dikenali sebagai Jalan Guar Raban–Charok Sikin atau Jalan Guar Raban–Charuk Sikin) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Baling, dalam negeri Kedah, Malaysia. Penghujung barat K719 terletak di pertemuan K718 di Kampung Gua Raban manakala penghujung timurnya terletak di FT 67 di Kampung Charok Bemban,[3] dengan panjang jajarannya mencecah 1.32 kilometer (0.8 bt).[1][2]

Jalan Negeri Kedah K719
Jalan Guar Raban–Charok Sikin
Jalan Guar Raban–Charuk Sikin
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang1.32 km[1][2] (0.82 mi)
Simpang utama
Hujung barat K718 di Kampung Gua Raban
Persimpangan utama
Hujung timur FT 67 di Kampung Charok Bemban
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K719 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian tengah Daerah Baling, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Pulai.[1] Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 1.32 kilometer (0.8 bt).[1][2] Selain itu juga, K719 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Baling, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K719 terletak di Zon 3 selian JKR Daerah Baling.[5] K719 dikenali sebagai Jalan Guar Raban–Charok Sikin dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K719 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Gua Raban di simpang tiga dengan K718 (Jalan Kampung Padang–Kupang) berdekatan dengan Masjid Al-Ariffin. Lalu, K719 bakal melengkung ke utara, kemudian membelok ke timur apabila bersimpang dengan jalan susur ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ketil. Tidak jauh dari lengkungan itu, K719 akan bertemu dengan K748 (Jalan Kampung Banggol Sadang). K719 akan melalui kawasan pertanian dan perkampungan di Kampung Charok Sikin, dan seterusnya akan membelok ke tenggara. Sebelum tamat, ia akan merentasi Sungai Ketil dahulu; berdekatan dengan stesen minyak BuraqOil Kampung Charok Bemban. K719 tiba di penamatnya di Kampung Charok Bemban, di simpang tiga FT 67 (Jalan Sungai Petani–Baling) dekat Masjid Al Ma'bud Kampung Charok Bemban.[2][4]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]Destinasi[3][4]Catatan
Kampung Gua Raban0.00  K718Kupang, Kampung PadangPenghujung barat
0.40 K748 K748Kampung Banggol Sadang
Kampung Charok Bemban1.32  FT 67Kuala Pegang, BalingPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 3) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.