Jalan Negeri Kedah K702

jalan raya utama di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K702 (Jalan Kampung Lalang–Ulu Legong atau Jalan Ulu Legong) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling. K702 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.59 kilometer (3.5 bt),[1] menghubungkan Kampung Lalang di barat dengan Kampung Ulu Legong di timur, di Mukim Siong iaitu sebuah mukim di utara Daerah Baling.[3][4]

Jalan Negeri Kedah K702
Jalan Kampung Lalang–Ulu Legong
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling
Panjang5.59 km[1] (3.47 mi)
Simpang utama
Hujung barat K10 di Kampung Lalang
Persimpangan utama
Hujung timurKampung Ulu Legong
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Dari penghujung barat, Jalan Negeri K702 bermula di simpang tiga K10 (Jalan Baling–Simpang Sik) di Kampun Lalang, Kedah berdekatan dengan Klinik Kesihatan Kampung Lalang. Dalam beberapa meter sebelum Jambatan Sungai Ketil, akan terdapat simpang ke jalan akses ke Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siong. K702 akan membengkok ke utara di Kampung Baru Siong, lalu bersimpang dengan Jalan Tanjung Pari–Ulu Legong (atau Jalan Pintasan Ulu Legong) di Kampung Lubok Bedil, kira-kira 1.4 kilometer dari hujung barat. Bermula di sini, K702 akan menelusuri kawasan perhutanan hijau. Jalan raya ini akan melintasi Sungai Siong di dua lokasi berbeza, yang pertama di sebuah petempatan orang asli Kensiu iaitu Kampung Lubuk Legong manakala yang kedua di Kampung Kuala Kedua. Di antara dua jambatan tersebut, ia akan bersimpang dengan K739 (Jalan Teluk Temelah) di Kampung Lubuk Legong.[4][5]

Seterusnya, ia akan membengkok ke timur laut melalui Kampung Kuala Kedua dan Kampung Legong, tidak ada persimpangan utama sepanjang kampung tersebut, melainkan simpang kecil ke jalan kampung. Kira-kira di Kilometer 5.5, ia akan bersimpang ke jalan pelancongan ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. K702 akan diteruskan melalui kawasan perumahan Kampung Ulu Legong, dan tamat dengan jalan mati. Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri Kedah K702 terletak di Mukim Siong, salah satu mukim di bawah pentadbiran Daerah Baling.[2][5] Pewartaan nama jalan untuk K702 dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Kampung Lalang–Ulu Legong.[6] Hampir kesemua bahagian jalan K702, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Lalang0.00  K10Kampung Weng, Baling, SikPenghujung barat
0.02Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siong
Kampung Lubok Bedil1.40Jalan Tanjung Pari–Ulu Legong – Kampung Weng Dalam, Kampung Tanjong Pari
Kampung Lubuk Legong1.40  K739Kampung Telok Temelah, Kampung Luar
Kampung Ulu Legong5.50Persiaran Haji Buyok Bin Haji Jusoh – Pusat Rekreasi Air Panas Ulu LegongPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling, Kedah" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  6. ^ Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 1) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 1)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.