Jalan Negeri Kedah K714

jalan raya utama di Kedah, Malaysia
(Dilencongkan dari Jalan Kampung Sungai Tawar)

Jalan Negeri Kedah K714 (K714) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian selatan Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.28 kilometer (2.7 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Keledang di utara dengan Kampung Padang Setol di selatan.[3]

Jalan Negeri Kedah K714
Jalan Kampung Sungai Tawar
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling
Panjang4.28 km[1] (2.66 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT67 / FT4 di Kampung Keledang
Persimpangan utama
  • K713 di Kampung Sungai Tawar
Hujung selatanJalan Padang Setol di Kampung Padang Setol
Lokasi
Destinasi
utama
  • Kampung Sungai Tawar
  • Ladang Katumba
  • Ladang Sungai Tawar
  • Ladang Tan Geok Heok
  • Ladang Tthe Mow
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Deskripsi laluan sunting

Jajaran sunting

Jalan Negeri Kedah K714, bermula di Kampung Keledang, di dalam kawasan pentadbiran Mukim Tawar, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di simpang tiga Jalan Persekutuan 67 (Jalan Sungai Petani–Baling), yang bertindan dengan Jalan Persekutuan 4 (Lebuhraya Timur–Barat). Jalan raya ini akan menelusuri ladang kelapa sawit hijau, di kawasan Ladang Katumba dan Ladang Sungai Tawar. Ia akan melintasi anak sungai Sungai Tawar yang bernama, Charok Purun, yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari hujung utara, lalu melintasi cabang Sungai Tawar kedua dekat lintasan Charuk Purun. Seterusnya, kira-kira 3.6 kilometer dari kilometer sifar, ia akan bersimpang degan jalan estet ke Ladang Bukit Hijau Bahagian Katumba. Jajaran diteruskan hingga di simpang K713 (Jalan Kampung Hangus–Ladang Sungai Tawar), lalu tamat di Kampung Padang Setol dekat Klinik Desa Ssngai Tawar dan Pondok Polis Sungai Tawar; ia akan dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.[4][5]

Kesemua jajaran Jalan Negeri Kedah K714 terletak di Mukim Tawar.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K714, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong, satu hala untuk satu lorong.[4]

Nama sunting

Ia dikenali sebagai Jalan Kampung Sungai Tawar, Jalan Sungai Tawar dan Jalan Estet Sungai Tawar dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K714 ialah Jalan Batu 12 Jalan Sungai Petani–Sungai Tawar.[1]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Keledang0.0    FT67 (Jalan Sungai Petani–Baling) / FT4 (Lebuhraya Timur–Barat) – Pengkalan Hulu, Kuala Ketil, Gerik, Bandar BalingKilometer sifar K714
Ladang Katumba3.6Jalan Ladang Katumba – SJK (T) Ladang Katumba
Kampung Sungai Tawar3.9  K713 (Jalan Kampung Bukit Hijau) – Kampung Hangus, Kampung Jerai
4.3Jalan Padang Setol – Kampung Padang Setol, Kuala PegangK714 tamat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.