Jalan Kempas, Singapura

Kempas Road, ialah kawasan timur tengah di Singapura. Kempas Road juga dikenali dengan nama Mangkaka oleh orang-orang Cina yang bermaksud 'gigitan nyamuk'. Jaraknya ke Orchard Road hanya 30-45 minit jika berjalan kaki.

Ramai artis veteran pernah tinggal di Estet Kempas road. Mereka ialah, Siput Sarawak, Hashimah Yon, A. Romzi, Rozi (bekas pemain dram Kumpulan Panji di Malaysia) termasuk pemain-pemain muzik kelab malam dan ramai lagi. selalu juga wakil2 P.A.P mengadakan funfair2 untuk penduduk-penduduk Kempas Road. Ramai artis 1960-an diundang termasuk penyanyi dangdut Singapura Zaleha Hamid.

Tronoh Road,Boon Keng Road,Idris Road, Petaling Road juga berada dalam kawasan Kempas Road. Kempas Road. Kempas Road ialah estet rumah sewa pada masa itu dan ia telah dirobohkan pada lewat tahun 2001. Kini, Kempas Road telah dibangunkan semula oleh HDB yang dikenali dengan nama 'CITYVIEW', dengan reka bentuk ala-ala kondominium.