Jalan Negeri Kedah K614

jalan negeri di Kedah, Malaysia
(Dilencongkan dari Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau)

Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau (Laluan Negeri Kedah K614) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[1][2]

Jalan Negeri Kedah K614
Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Muda
Panjang5.30 km (3.29 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Batu 36
Persimpangan utama Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus
K694 Jalan Tepi Sungai Muda
Hujung selatanKampung Perak
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Kuala Sin
Kampung Kuala Chepir
Kampung Jerai
Kampung Lubok Batu
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau disenggerakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[3] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.3 kilometer (3.3 bt).[4] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau adalah jalan raya tunggal.[5]

Permulaan jajaran Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau (K614) berada di Kampung Batu 38, bersimpang dengan Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus, Laluan Negeri K17 dan akan bergerak ke timur melalui kawasan perkampungan Kampung Lubok Batu. Seterusnya, kira-kira dalam 1 kilometer (0.6 bt) jalan raya akan kearah selatan dan keadaan jalan raya akan berliku di sepanjang Kampung Jerai hingga ke Kampung Kuala Sin.[5] Di kilometer 1.8, pengguna akan berada di Kampung Jerai manakala Kampung Kuala Chepir terletak di kilometer 2.5. Selepas itu, laluan akan diterusnya ke arah barat menuju ke Kampung Kuala Sin. Kira-kira di kilometer 3.8, terdapat persimpangan baharu iaitu, Jalan Tepi Sungai Muda (Laluan Negeri K694), laluan alternatif ke FELDA Teloi dan Kampung Kuala Lesong di Daerah Baling.[6] Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau akan menuju ke arah barat dan akan berakhir di jalan raya yang sama iaitu, Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus berhampiran dengan Kampung Perak.[5]

Senarai simpang sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

Daerah km[5] Lokasi/nama simpang Destinasi Catatan
Daerah Kuala Muda 0 Batu 36   Sik, Jeniang, Gajah Putih Persimpangan  
1 Kampung Lubok Batu
1.8 Kampung Jerai
2.5 Kampung Kuala Chepir
3 Kampung Kuala Sin
3.8 Jalan Tepi Sungai Muda  K694 Kuala Sungkup, Bukit Selambau Persimpangan  
5.3 Kampung Perak   Bukit Selambau, Kuala Ketil Persimpangan  

Rujukan sunting

  1. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  2. ^ JKR Kuala Muda. "Jalan Raya Negeri di Daerah Kuala Muda". Facebook. Blog Jalan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-20. Dicapai pada 2022-01-27.
  3. ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda-Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ JKR Malaysia (2021-02-19). "Majlis Penyerahan Projek Jalan Tepi Sungai Muda dari Simpang Pokok Machang ke Kuala Sin, Daerah Kuala Muda Kedah". Facebook. Dicapai pada 2022-01-27.

Pautan luar sunting