Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur
Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), Laluan Persekutuan adalah sebuah lebuhraya lingkaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya bagi menghubungkan kawasan-kawasan kejiranan di sekitar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Keseluruhan sistem lebuh raya lingkaran ini merangkumi Laluan Persekutuan
, Lebuhraya Damansara-Puchong
(dari Sri Damansara ke Persimpangan Sunway) dan Lebuhraya Shah Alam
(dari Persimpangan Sunway ke Sri Petaling). Walau bagaimanapun, istilah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur merujuk kepada Laluan Persekutuan
memandangkan ia membentuk lebih kurang dua pertiga daripada keseluruhan sistem.
![]() | |
---|---|
Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 35.0 km (21.7 mi) |
Wujud | 1992–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2002 |
Simpang utama | |
Dari | Bandar Sri Damansara |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Ke | Sri Petaling |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kepong Batu Caves Gombak Klang Gates Taman Melawati Ulu Klang Ampang Pandan Indah Cheras Bandar Tun Razak Bandar Tasik Selatan Sungai Besi |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
SejarahSunting
Kerja-kerja pembinaan lebuh raya lingkaran ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu Sri Damansara-Kepong-Gombak, Gombak-Ulu Klang-Ampang dan Ampang-Cheras-Sri Petaling.
Kerja-kerja Fasa 1 dimulakan pada tahun 1996 oleh Jabatan Kerja Raya dengan Bumi Hiway Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama. Fasa 2 pula bermula pada 1998 dengan Sukmin Sdn Bhd. sebagai kontroktor utama.
Laluan perintisSunting
Pembinaan MRR2 turut melibatkan pengambil alihan serta kerja naik taraf beberapa laluan perintis berikut:-
- Jalan Sungai Buloh
- B21 Lebuhraya Selayang-Kepong
- B22 Jalan Batu Caves
- Lebuhraya Karak
- Jalan Ulu Klang
KontroversiSunting
Isu rekahan pada jejambat MRR2 di KepongSunting
Pada tahun 2004, penduduk di Kepong menyuarakan keresahan mereka berikutan terdapat rekahan pada 31 daripada 33 tiang Jejambat Kepong. Jumlah rekahan tersebut dilaporkan dikesan sehingga melebihi 7000 rekahan pada beberapa buah tiang. Kerisauan timbul memandangkan jejambat tersebut digunakan oleh lebih 4,300 kenderaan pada satu-satu masa. 4 daripada 6 lorong jejambat tersebut ditutup sementara tiang-tiang tersebut diperbaiki.
Pada 4 Februari 2006, Jejambat Kepong ditutup terus kepada lalu lintas apabila kerosakan serius didapati pada jejambat itu sendiri, mengakibatkan kesesakan jalan raya yang sangat teruk sepanjang laluan jalan susur Jejambat Kepong (lihat gambar). Jejambat itu akhirnya dibuka semula kepada lalu lintas pada 8 Disember 2006.
Pada pagi 3 Ogos 2008, Jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalu lintas selepas rekahan dijumpai di Tiang 28. 4 lorong tengah bagaimanapun dibuka semula pada petang hari yang sama[1].
RujukanSunting
- ^ "Jejambat MRR2 Dekat Kepong Dibuka Semula". Bernama.com. 3 Ogos 2008. Dicapai pada 5 Ogos 2008.