Jalan Negeri Kedah K264

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K264 (Jalan Padang Asun–Bemban) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K264 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.40 kilometer (1.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bemban di barat dengan Kampung Padang Asun di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K264
Jalan Padang Asun–Bemban
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.40 km[1] (1.49 mi)
Simpang utama
Hujung baratK103 K103 di Kampung Bemban
Hujung timurK262 K262 di Kampung Padang Asun
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K264 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Padang Asun, di persimpangan Jalan Negeri K262 (Jalan Kampung Telok Tenggiri), berdekatan dengan sebuah rumah ibadat bernama Wat Sukkhavutthalai. Permulaan jajaran K264 terletak dalam kawasan Mukim Gelong, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Secara keseluruhannya, jajaran K264 akan melalui kawasan penanaman pokok getah dan sawah padi, yang ditanam oleh penduduk setempat, serta kawasan petempatan berjenis perkampungan. Kira-kira satu kilometer, bersekatan dengan Kampung Padang Asun, K264 akan membengkok ke barat, lalu memasuki kawasan perkampungan Kampung Padang Lorak. K264 diteruskan hingga penamatnya di Kampung Bemban, dalam mukim yang sama dan bersimpang dengan Jalan Negeri K103 (Jalan Batu 15 Jitra–Kampung Langsat).[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K264 yang diwartakan terletak dalam Mukim Gelong, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K264 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K264 dikenali sebagai Jalan Kampung Padang Asun/Bemban dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bemban0.00 K103 K103Kampung Napoh, Kampung Hosba, ChangloonHujung barat
Kampung Padang Asun2.40 K262 K262Kampung Padang Asun, Kodiang, JitraHujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 3)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2022. Dicapai pada 20 Februari 2022.