Jalan Negeri Kedah K270

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K270 (Jalan Kampung Tualang Lama) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian timur Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K270 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.45 kilometer (0.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Tualang di barat dengan Kampung Gajah Teriak di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K270
Jalan Kampung Tualang Lama
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang1.45 km[1] (0.90 mi)
Simpang utama
Hujung barat K276 di Kampung Tualang
Hujung timurK16 K16 di Kampung Gajah Teriak
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Kampung Tualang Lama (Jalan Negeri K270), bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Tualang dekat simpang tiga Jalan Kelubi–Kampung Tanjung (Jalan Negeri K276). Permulaan jajaran K270 terletak dalam Mukim Binjal, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Berhampiran dengan kawasan penanaman sawah padi, K270 akan membengkok terus ke selatan, lalu terdapat persimpangan tiga hala dengan jalan tanpa nama di kawasan kampung yang sama. Seterusnya, K270 akan menelusuri kawasan perladangan dan penorehan pokok getah berdekatan dengan Kampung Tualang Lama. Jajaran K270 akan tamat dekat Kampung Gajah Teriak, di simpang tiga Jalan Kampung Perik (Jalan Negeri K16), salah satu jalan negeri utama di Kedah.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K270 terletak di Mukim Binjal, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K270 juga merupakan jalan raya tunggal barat-timur dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kota Setar, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasi[4]kmDestinasiCatatan
Kampung Tualang0.00  K276Kampung Lahar, Jitra, NapohHujung barat
Kampung Gajah Teriak1.45 K16 K16Kampung Perik, ChangloonHujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.