Jalan Negeri Kedah K279

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K279 (Jalan Kampung Machang) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K279 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.636 kilometer (1.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Pulau Nyior di timur dengan Kampung Pulau Pisang di barat.[3]

Jalan Negeri Kedah K279
Jalan Kampung Machang
Jalan Kampung Machang–Pulau Pisang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang1.64 km[1] (1.02 mi)
Simpang utama
Hujung baratK191 K191 di Kampung Pulau Pisang
Hujung timur K278 / FT176 di Kampung Pulau Nyior
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K279 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Pulau Nyior, di simpang tiga Jalan Persekutuan 176 (Jalan Kodiang) dan Jalan Negeri K278 (Jalan Batu 14 3/4 Changlun–Pulau Nyior), dekat Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior. Permulaan jajaran K289 terletak dalam kawasan Mukim Gelong barat daya, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K279 akan menelusuri kawasan pertanian sawah padi yang ditanam oleh penduduk setempat, lalu kawasan petempatan kecil di Kampung Nyior. Beberapa meter dari Kampung Nyior, K279 akan melalui kawasan petempatan berjenis berselerak di Kampung Machang (atau Kampung Pulau Machang). Terdapat banyak persimpangan Jalan Perhubungan Desa (JPD) atau jalan kampung di sini.[3][4]

Lalu, K279 akan kembali melalui kawasan sawah padi, dan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K191 (Jalan Tunjang–Kampung Naga), di kawasan Kampung Pulau Pisang, di tenggara Mukim Tunjang, berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Pisang dan Masjid Pulau Pisang. Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K279 terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Gelong dan Mukim Tunjang. K279 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K279 dikenali sebagai Jalan Kampung Machang/Pulau Pisang dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Pulau Pisang0.00 K191 K191Tunjang, Kampung Telok MalikHujung barat
Kampung Pulau Nyior1.64    K278 / FT176Kodiang, JitraHujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 5)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.