Jalan Negeri Kedah K285

Jalan Negeri Kedah K285 (Jalan Tok Kesop atau Jalan Tok Kesop–Kampung Padang) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K285 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.997 kilometer (0.6 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Aman di utara dengan Kampung Padang di selatan.[3]

Jalan Negeri Kedah K285
Jalan Tok Kesop
Jalan Tok Kesop–Kampung Padang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang1.00 km[1] (0.62 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK4 K4 di Kampung Aman
Persimpangan utama
Hujung selatan K280 di Kampung Padang
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K285 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Aman, di persimpangan Jalan Negeri K4 (Jalan Sungai Korok), hanya beberapa meter dari pusat bandar Jitra. Permulaan jajaran K286 terletak dalam kawasan Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Hampir kesemua jajaran K285 akan melalui kawasan pertanian padi. K285 juga akan selari dengan saliran perparitan bernama Tali Air ACLBD1. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jitra 2, K285 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K284 (Jalan Kampung Aman), menuju ke Pekan Jitra dan Lebuhraya Utara-Selatan. K285 diteruskan ke selatan melalui kawasan penanaman sawah padi dan kawasan petempatan berselerak di Kampung Padang, lalu tamat di simpang tiga Jalan Negeri K280 (Jalan Kubang Lembu–Telok Malik), dekat estet perumahan kos rendah Taman Kenanga, dalam kawasan sempadan Mukim Jitra–Mukim Naga.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K285 yang diwartakan terletak dalam Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim di Daerah Kubang Pasu. K285 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K285 dikenali sebagai Jalan Tok Kesop/Kampung Padang dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Aman0.00 K4 K4Sungai Korok, Jitra, KodiangHujung utara
Kampung Tok Kesop0.50  K284 — Pusat Perniagaan Aman, Jitra, Taman Ihsan
Kampung Padang0.99  K280Kampung Telok Malik, Taman KenangaHujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 5)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 20 Februari 2022.