Jalan Negeri Kedah K293

Jalan Negeri Kedah K293 (diringkaskan K293) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.177 kilometer (1.4 bt).[1] Kebanyakkan jenis jalan raya yang dibina ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[3]

Jalan Negeri Kedah K293
Jalan Kampung Padung, Jalan Kampung Pandung
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Kubang Pasu
Panjang2.18 km[1] (1.35 mi)
Simpang utama
Hujung barat E1 FT1 / E1 di Ladang Bukit Tangga
Persimpangan utama
Hujung timurKampung Padung
Lokasi
Destinasi
utama
  • Kampung Padung
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Kesemua bahagian atau seksyen di jalan negeri ini tereletak sepenuhnya di Mukim Sungai Laka, Daerah Kubang Pasu.[2]

Latar belakang sunting

Kilometer sifar bagi Jalan Negeri K293 terletak di Ladang Bukit Tangga, berhampiran dengan Ladang Yee Woh Yoon, Kawasan Perindustrian PKNK Bukit Kayu Hitam dan Kampung Telaga Dalam. Ia bersimpang dengan dua batang jalan raya yang bertindih iaitu Jalan Kepala Batas–Kemunting sebagai Jalan Persekutuan 1 dan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara sebagai Lebuhraya 1/E1. K293 akan melintasi dua batang saliran tanpa nama, pertama terletak 0.46 kilometer (0.29 bt) dari hujung barat manakala yang kedua tereletak 0.66 kilometer (0.41 bt) dari hujung barat. Masing-masing terletak berhampiran dengan kawasan Ladang Yee Woh Yoon. Menuju ke timur, melalui kawasan estet, ia akan tamat dengan jalan mati di Kampung Padung atau Kampung Pandung.[3][4]

Nama sunting

Ia dikenali sebagai Jalan Kampung Padung, Jalan Kampung Pandung, Jalan Kampung Pandong, Jalan Masuk Kampung Padung dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K293 ialah Jalan Kampung Padong.[1][4]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasi[3]km[4]DestinasiCatatan
Ladang Bukit Tangga0.00    FT1 / E1 (Jalan Bukit Kayu Hitam) – Bukit Kayu Hitam, Changloon, Kuala LumpurPenghujung timur K293; dari arah Thailand sahaja
Kampung Padung2.18Dilanjutkan dengan jalan kampung sedia adaPenghujung barat K293
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  3. ^ a b c "Paparan Satelit di Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  4. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.