Jalan Negeri Kedah K403

Jalan Negeri Kedah K403 (Jalan Empangan Ahning atau Jalan Ampang Ahning) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Padang Terap, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Padang Terap. K402 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.13 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Baru Padang Sanai di barat dengan Empangan Ahning di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K403
Jalan Empangan Ahning
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Padang Terap
Panjang3.13 km[1] (1.94 mi)
Simpang utama
Hujung baratK402 K402 di Kampung Baru Padang Sanai
Persimpangan utama
  • TEKIH di Ladang Sungai Seraya
Hujung timurEmpangan Ahning
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Dari penghujung barat dekat Kampung Baru Padang Sanai, Jalan Negeri K403 bermula di simpang tiga Jalan Negeri K402 (Jalan Durian Burung). Kilometer sifar bermula di simpang ini, dan akan menuju ke timur dengan melalui kawasan perladangan kelapa sawit. Kemudian, kira-kira 1.6 kilometer dari titik permulaan, ia bersimpang dengan Jalan Rentas Pedalaman Kedah Timur (TEKIH), di timur laut Kampung Peng Pak Tani. Selepas itu, ia akan melintasi sebatang sungai, Charok Sena, anak sungai kepada Sungai Ahning, lalu membengkok ke selatan menelusuri kawasan Bukit Balek Angin, lalu membengkok seperti jajaran asal iaitu ke timur dekat Kampung Tok Ujang, dan tamat di depan pintu masuk ke Empangan Ahning dan Tasik Ahning.[3][4] Jalan Negeri K403 merupakan jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan, yang diselia oleh JKR Padang Terap dan hampir kesemua jajaran terletak dalam kawasan pentabdiran Mukim Batang Tunggang Kiri, salah satu mukim di Daerah Padang Terap.[2][4]

Pewartaan nama bagi Jalan Negeri K403 dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Padang Sanai–Kampung Baru–Ampang Ahning.[1]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Padang Terap, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Baru Padang Sanai0.0 K402 K402Padang Sanai, Kuala Nerang, Durian BurungPenghujung barat
Kampung Tok Ujang1.6TEKIHDurian Burung, Kampung Gulau, Tasik Pedu
3.1Empangan Ahning, Tasik Ahning, Kampung KuakPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kota Setar/Padang Terap, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.