Jalan Negeri Kedah K454

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K454 (Jalan Kampung Sungai Udang atau Jalan Sungai Udang) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di bahagian selatan Daerah Yan, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Jalan negeri ini bermula di Kampung Kuala Sungai Udang ke K1 (Jalan Pantai Barat Kedah) di Kampung Sungai Udang, dengan panjang jajarannya mencecah 1.30 kilometer (0.8 bt).[1][3]

Jalan Negeri Kedah K454
Jalan Kampung Sungai Udang
Map
K454 dilabelkan dengan warna merah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Yan
Panjang1.30 km[1] (0.81 mi)
Simpang utama
Hujung timur K1 di Kampung Sungai Udang
Hujung baratJPD di Kampung Kuala Sungai Udang
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K454 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Sungai Udang, di pertemuan antara K1 (Jalan Pantai Barat Kedah), berhadapan dengan Jambatan Terusan Sungai Udang dan berhampiran dengan sebuah surau bernama Surau Kampung Sungai Udang. K454 akan menuju ke barat dengan melalui kawasan pertanian sawah padi di samping sejajar dengan terusan buatan manusia, Sungai Udang yang bermuara di Selat Melaka. K454 akan melalui kawasan perkampungan tersusun, Kampung KEDA PPRT Sungai Udang, lalu tiba di penamat baratnya di Kampung Kuala Sungai Udang, berhampiran dengan bangunan Persatuan Nelayan Kawasan Yan, Masjid KEDA Sungai Udang dan Jeti Sungai Udang. Muara bagi teursan Sungai Udang terletak berdekatanya, dan diteruskan dengan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Permatang Serentang.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K454 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Yan.[2][3] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K454 terletak di Zon 3 selian JKR Daerah Yan.[5] K454 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Yan, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K454 dikenali sebagai Jalan Kampung Sungai Dulang dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Yan, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Kuala Sungai Udang0.00Jalan Perhubungan Desa (JPD) – Kampung Permatang SerentangPenamat barat
Kampung Sungai Udang1.30  K1Yan, Kampung Singkir, Sungai PetaniPenamat timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Yan (2022). "Borang Sebutharga: Perkhidmatan Memotong Rumput dan Membersihkan Kawasan di Sepanjang Jalan (Zon 3) Tahun 2022 Daerah Yan, Kedah Darul Aman". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.

Pautan luar sunting