Jalan Negeri Kedah K620

jalan raya di Kedah, Malaysia

Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah (Laluan Negeri Kedah K620) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Jalan Negeri Kedah K620
Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Muda
Panjang5.19 km[1] (3.22 mi)
Simpang utama
Hujung utaraLadang Bukit Selambau
Persimpangan utama Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus
Jalan Tengkorak Batu-Lubok Kawah
Jalan Sungai Petani-Baling
Hujung selatanKampung Lubok Kawah
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Lubok Segintah
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah disenggerakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[4] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.19 kilometer (3.2 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah adalah jalan raya tunggal dan jalan bengkang-bengkok.[5]

Permulaan jajaran Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah (K620) berada di Batu 48 1/2, bersimpang dengan Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus, Laluan Negeri K17 dan akan menuju ke selatan melalui kawasan perladangan Ladang Bukit Selambau. Seterusnya, ada terdapat sebuah jambatan sempit menyerberangi Sungai Selambau yang terletak kira-kira di kilometer 1.4.[5][6] Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah akan bertemu dengan Jalan Tengkorak Batu-Lubok Kawah, Laluan Negeri K616 di kilometer 3.5; destinasi utamanya ialah Kampung Lubok Segintah. Kira-kira di kilometer 4, pengguna jalan raya akan memasuki kawasan Kampung Lubok Kawah. Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah akan menuju ke arah selatan dan akan berakhir di Jalan Sungai Petani-Baling, Laluan Persekutuan 67.[5][6]

Senarai simpang sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

Daerah km[5] Lokasi/nama simpang Destinasi Catatan
Daerah Kuala Muda 0 Ladang Bukit Selambau   Sik, Jeniang, Kuala Ketil Persimpangan  
Jambatan Sungai Selambau
   
Daerah Kuala Muda 3.5 Jalan Tengkorak Batu-Lubok Kawah   Lubok Segintah Persimpangan  / 
4 Kampung Lubok Kawah
4.6 Kampung Lubok Kawah SK Dataran Muda Kawasan sekolah    
5 Jalan Sungai Petani-Baling   Baling, Sungai Petani Persimpangan  

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 4 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda-Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K620". Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar sunting