Jalan Negeri Kedah K709

jalan raya utama di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K709 (K709) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.91 kilometer (1.2 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Bandar Baling di barat dengan Taman Sri Aman, Kampung Charuk Nau di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K709
Jalan Charuk Nau
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling
Panjang3.64 km[1] (2.26 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT67 di Kampung Titi Teduri
Persimpangan utama
Hujung timur K708 di Taman Abadi
Lokasi
Destinasi
utama
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Baling
  • Taman Harmoni Fasa 1
  • Taman Harmoni Fasa 2
  • Taman Harmoni Fasa 3
  • Taman Harmoni Fasa 4
  • Taman Kota Bayu Jaya
  • Taman Saga
  • Taman Saga Indah
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Deskripsi laluan sunting

Jajaran sunting

Jalan Negeri Kedah K709, bermula di Kampung Titi Teduri, di dalam kawasan pentadbiran Mukim Baling, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di simpang tiga Jalan Persekutuan 67 (Jalan Sungai Petani–Baling), berhampiran dengan Masjid Titi Teduri dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) Mawaddah Kampung Titi Teduri. Ia akan melintasi sebatang sungai, Sungai Teduri, melalui kawasan estet perumahan kos rendah, Taman Saga Indah. Di lokasi yang sama, ia akan bersimpang dengan jalan capaian ke estet perumahan Taman Saga. Ia akan membengkok ke selatan, melalui kawasan hutan hijau. Selepas menjelajah sejuah 1.2 kilometer dari penghujung barat, K709 akan bersimpang dengan jalan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling. Berdekatan dengan Pejabat PERHILITAN Baling, ia akan bersimpang dengan Jalan Kupang-Baling, di kawasan Kampung Telok Pendiat. Jajaran diteruskan menuju ke utara, melalui kawasan perumahan Taman Harmoni Fasa 1, 2, 3 dan 4, dan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K708 (Jalan Bukit Charuk Nau) berhampiran dengan Sekolah Model Khas Baling, Kampung Charuk Nau.[4][5]

Kesemua jajaran Jalan Negeri Kedah K709 terletak di Mukim Baling.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K709, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]

Nama sunting

Ia dikenali sebagai Jalan Charuk Nau dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K709 ialah sama.[1]

Insiden sunting

Pada tahun 2017, Jalan Charuk Nau telah ditutup sementara akibat kejadian tanah runtuh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Baling menghala ke Kampung Titi Teduri untuk ke Kupang. Tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan dan menyebabkan struktur tanah di jalan itu runtuh serta tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. JKR juga mencadangkan orang awam menggunakan Jalan Kupang-Baling sebagai alternatif.[6]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Titi Teduri0.00  FT67 (Jalan Sungai Petani–Baling) – Pengkalan Hulu, Kuala Ketil, Gerik, Bandar BalingPenghujung barat K709
0.086Jalan Taman Saga Indah – Taman Saga Indah
0.16Jalan Taman Saga – Taman Saga
Kampung Telok Pendiat1.20Ibu Pejabat Polis Daerah Baling
1.90  Jalan Kupang–BalingKampung Sera, Kupang
2.00Taman Kota Bayu Indah
Taman Harmoni2.40Susur Harmoni 1/3 – Taman Harmoni Fasa 1
2.60Taman Harmoni Fasa 2, Taman Harmoni Fasa 3
2.80Taman Harmoni Fasa 4
Kampung Charuk Nau3.64  K708 (Jalan Bukit Charuk Nau) – Kampung Banggol Lada, Taman BukitPenghujung timur K709
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  6. ^ Safuri Kamarudin (5 Februari 2017). "Jalan Charuk Nau ditutup sementara". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 2022-01-01.

Pautan luar sunting