Jalan Negeri Kedah K902

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Sungai Tengas (Laluan Negeri Kedah K902) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]

Jalan Negeri Kedah K902
Jalan Sungai Tengas
Map
Laluan K902 dilabelkan dengan warna merah.
Jalan Negeri Kedah K902.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu
Panjang5.18 km[1] (3.22 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Sungai Batu
Persimpangan utamaK901 Jalan Sungai Batu
K907 Jalan Terap–Kuala Dingin
Hujung selatanKampung Sungai Tengas
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Sungai Tengas atau juga dikenali sebagai Jalan Sungai Batu-Sungai Buluh,[3] diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.18 kilometer (3.2 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Batu di utara dengan Kampung Sungai Tengas di selatan.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Sungai Tengas ialah jalan raya tunggal.[5][6]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sungai Batu, di persimpangannya dengan Jalan Sungai Batu (Laluan Negeri K901). Laluan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan Sungai Batu dan Kampung Sungai Kasai. Kira-kira 2.7 kilometer (1.7 bt) dari penghujung utara, akan terdapat simpang kecil menuju ke Kampung Sungai Buluh. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Sungai Tengas, ia bersilang dengan Jalan Terap–Kuala Dingin (Laluan Negeri K907).[4][5][6]

Sejarah sunting

Jalan Sungai Tengas telah menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya akibat penutupan Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil pada tahun 2017.[3]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Kampung Sungai Batu0.00 K901 K901Mahang, Kulim, Sungai KaranganPenghujung utara
Kampung Sungai Buluh0.90Lorong Bersatu — Kampung Sungai BuluhSimpang tiga
Kampung Sungai Tengas5.18 K907 K907Bandar Baharu, Serdang, Kampung TerapPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b @JKRMalaysia (30 November 2017). "Makluman Penutupan Sementara Jambatan Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah (FT136 Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil Seksyen 42.43) pada 4 Disember 2017, Isnin (Jam 12:00 Tengah Malam) hingga 12 Disember 2017, Selasa (Jam 12:00 Tengah Malam)" (Twit). Dicapai pada 23 Februari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K902" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar sunting